bahan – bahan :
- roti
- sosej
- cheese
- telur
- breadcrumb / biskut
- cara – cara :
amik sekeping roti, then roll bagi nipis. kemain cari roller rupanya semua tertinggal kat Setiu. sedih betul last last pakai botol je, janji nipis je la. then letak 1 slice cheddar cheese. and baru letak sosej. sosej tu ada orang rebus dulu kejap, ada org grill kejap, tapi keje nak cepat main letak je. takpe benda dah masak pon kan, lagipun nanti nak goreng jugak lagi sekali.
then roll la sampai jadi macam ni. and kat tepi tu make sure sapu telur sikit nak bagi melekat.
then celup dalam telur and baru celup dalam breadcrumb. me takde stock breadcrumb, so pakai vege cracker. hancur hancurkan je pakai lesung sebab malas nak basuh blender HAHA dah salut biskut me salut telur lagi sekali and salut biskut tu lagi sekali. saja nak bagi melekat betul betul.
me sejukkan kat fridge then baru goreng.
pakai biskut lagi sedap dari pakai bread crumb. tapi serious memang mengeyangkan la makan ni..