terliur tak? terliur takkk?? lately ni ramai orang duk share pergi makan seafood dekat Shell Out and terbaru dekat Ocean Hauz.. so since last month dah planning nanti dah balik Shah Alam nak celebrate birthday dekat sini la.. tapi 1-2 hari before my birthday, kitorang duk google macam macam plak orang review. so terus cakap dengan mr.husband, tak nak la shell out or ocean hauz.. let’s shell out at homeee..
terus esoknya mr.husband balik kerja beli barang barang..
ready to cook.. actually me main belasah je masak ape yang biasa dimasak je..nampak lebih kurang tu kira jadiii la HAHA
chili crab
bahan – bahan :
- ketam
- cili kering
- bawang putih
- bawang merah
- serai
- serbuk kari ikan
- asam keping
- telur
cara – cara :
me blend je bawang putih + bawang merah + serai + cili kering yang dah direbus. and tumis semua sampai dah agak kering, masukkan sedikit serbuk kari ikan + asam keping+ garam + serbuk perasa. then masukkan ketam. nak goreng dulu pon boleh tak nak pon takpe. me terus masukkan je nampak warna ketam tu dah oren oren sket terus pecahkan telur.. siap.
udang masak merah/sambal
bahan – bahan :
- udang
- bawang merah
- bawang putih
- bawang besar
- cili kering
- belacan
- air asam jawa
cara – cara :
blend bawang merah + bawang putih + bawang besar + cili kering yang dah direbus + belacan yang dah dibakar.. tumis semua sampai pecah minyak, masukkan air asam jawa + garam + gula + serbuk perasa and lastly masukkan udang.
lala masak sweet sour
bahan – bahan :
- lala
- serai
- bawang putih
- cili padi
- sos cili
- sos tomato
cara – cara :
tumbuk serai + cili padi + bawang putih. tumis semua sekali then masukkan sedikit sos tomato + sos cili. tak payah letak air pon takpe, sebab nanti dah masukkan lala dia dah masak keluar air dari lala tu..
sotong bakar/panggang berempah
bahan – bahan :
- sotong
- sos panggang maggi
- serbuk kunyit
cara – cara :
marinated sotong dengan sos panggang maggi + sedikit serbuk kunyit. and just bakar dalam pemanggang ajaib.
oh actually sos panggang maggi ni me tak sure kat pasaraya ada jual ke tak, sebab one of my friend yg kerja chef bagi and setakat ni me belum pernah jumpa lagi kat pasaran.. tapi serious sos ni ni buat perap ayam ke lamb ke segala benda memang terbaekkk..
and utk vege + corn tu me just boiled kejap with salt n pepper.. jagung tu boiled kosong je, me tak letak pape pon.. and sebab nak nampak ala ala shell out/ocean hauz sangat me hidangkan atas parchment paper yang me duk buat baking tu and alas dengan plastick wrap yang kebetulan ada yang me buat packing choc ke ape masa tu HAHA.. and tadaaaaa.. inilah hasilnya..
let’s shell out uolsss..
zoom skettt.. heheeee
alhamdulillah settle 🙂 and tersangatlah murah total around RM40 dengan ketam 3 ekor, udang 15-20 ekor, lala and sotong.. yang paling terkejut beli sotong dah la besar besar jugak sizenya, terkejut tengok harga RM0.25 untuk 5pcs erkkk biorrr betikkk?
2 comments