IKAN BAKAR PORTUGIS

my first attempt, ikan pari bakar portugese. ni gara gara tengah makan asam pedas pari beberapa hari lepas, then mr.husband cakap kuah asam pedas me buat ni rasa macam ikan bakar portugese yang femes kat Giant 13 tu ecehhh cehhh.. ye yeee je kan.. then arini terus terfikir, try la buat ikan bakar portugese mana la tau kot kot betul sedap HAHAA.. so, awal awal lagi me siapkan sambal dulu. konon nanti berbuka boleh la buat surprise kat mr.husband.. ok nah me tepek resepi..

2015-06-23 16.04.04

bahan – bahan :

  • ikan pari
  • bawang merah
  • bawang putih
  • bawang besar
  • cili kering
  • belacan
  • lada hitam
  • halia
  • kunyit
  • air asam jawa
  • asam keping
  • kacang bendi
  • bunga kantan

cara – cara :

rebus cili kering, toskan dan blend sekali dengan bawang putih + bawang merah + bawang besar + lada hitam + halia + kunyit + belacan. tumis semua bahan bahan yang diblend tadi sampai pecah minyak, then masukkan air asam jawa + garam + serbuk perasa + gula. lastly me masukkan asam keping. sebab tak nak berkuah sangat so, tumis la sampai hampir kering.. dah siap, boleh sejukkan sekejap..

ikanbakarportugese

amek 1 aluminium foil, letak la ikan pari or ikan ape korang suka. tapi me rendam air asam jawa dulu ikan tu tak nak bagi bau hanyir ke ape nanti.. pastu boleh la letak sambal yang dah siap tadi.. then letak kacang bendi + bunga kantan yang dah dipotong slice..

2015-06-23 18.59.19

me bakar dalam pemanggang ajaib,api slow dlm 15min.. ngam ngam jugak siap time orang azan maghrib.. tadaaaa..

2015-06-23 19.23.00

NM ikan pari bakar portugese

Leave a Reply