dulu me selalu fikir, susahnya nak buat kurma ayam, kurma daging. tau makan je, tapi nak buat tak reti. pastu sejak kahwin ni family in law selalu la buat kurma ayam, kurma daging ni.. maybe fav family in law kot.. so baru la terasa keinginan nak belajar. padahal tak susah pon. HAHA
bahan-bahan :
- ayam
- ubi kentang
- cili besar
- bawang besar
- bawang putih
- bawang merah
- halia
- lada hitam
- rempah kurma ayam adabi
- santan
cara – cara :
me tumbuk je bawang merah + bawang putih + halia + lada hitam.. actually arwah atok mertua yang ajar suruh letakkan sedikit blackpepper nak bagi lagi sedap. so me ikutkan je la..lepas tumbuk semua bahan bahan tu, boleh la tumis sekejap, then masukkan rempah kurma adabi. masukkan ayam or daging..kacau kacau sekejap and tutup sekejap, bagi ayam or dgaing tu empuk skit boleh masukkan terus garam or serbuk perasa.. and masukkan santan.. lastly masukkan kentang, bawang besar dan cili besar. bawang besar tu biasanya me potong 4 macam tu je.. tapi ni me buat takde cili besar me campak je cili padi hahaa..
actually belakang ni ada je direction tapi sebab takut mencuba kot dulu hahaaaa.. dah buat, eleeehhh.. senang jeee rupanya ngeh ngeh` yang brand lain, setakat ni me belum pernah cuba. selalu buat pakai yang adabi ni je. dah tau yang ni sedap and kena dengan selera malas la nak tukar tukar..