hari ni me nak share 3 resepi sambal udang, udang pedas, udang sambal, udang masak merah or whatever yang korang panggil.. kenapa sampai 3 resepi? sebab time takde bahan me guna la resepi yang sesimple mungkin.. ok kita start dengan yang paling simple..
bahan-bahan :
- udang
- bawang putih
- cili padi
- sos cili
- sos tomato
cara-cara :
panaskan minyak and tumis bawang putih + cili yang dah ditumbuk. nak lagi sedap letak bawang putih banyak banyak sikit.. then terus masukkan sos cili + sos tomato.. letak air skit and boleh terus masukkan udang. nak letak garam sikit pon boleh ikut suka korang, tapi biasa me tak letak pon sebab sos cili and sos tomato tu dah ada perasa sendiri dah kan.. nak tambah letak bawang besar + cili besar pon boleh.
bahan-bahan :
- udang
- bawang putih
- bawang merah
- cili boh
- air asam jawa
cara-cara :
tumbuk bawang putih + bawang merah.. firstly me tumis cili boh dulu, goreng bagi garing sikit, then baru masukkan bawang yang dah ditumbuk tadi.. dah pecah minyak, masukkan air asam jawa and boleh la letak garam, and sedikit gula. jgn banyak, biasa me letak hujung2 sudu je.. then boleh masukkan udang tu.. siap.
tapi me sekarang dah jarang buat guna cili boh ni, sebab kadang kadang kecewa kena cili boh yang tak sedap, and kadang kadang tu tak merah. mula la emo HAHA tengok la pic yang me attached tu dah berapa kali kena cili boh tak best, terus sambal udangĀ aku tak cantik T___T
bahan -bahan :
- udang
- cili kering
- bawang putih
- bawang merah
- bawang besar
- belacan
- serai
- air asam jawa
cara-cara :
firstly, rebus sekejap cili kering tu.. then boleh blend terus sekali dengan bawang merah + bawang putih + bawang besar + belacan. serai tu optional je kalau ada me letak. kalau takde tak payah. dah settle blend, boleh terus menumis. tumis sampai pecah minyak, then masukkan la air asam jawa + garam + gula + serbuk perasa. kalau korang suka banyak kuah boleh tambah air, tapi me biasa tak suka kuah banyak banyak ni.. so dah mendidih selepas masukkan air asam jawa tu, me terus masukkan udang. siap