pernah makan mango ice rock dekat Hayaki? me pantang kalau pergi Hayaki mesti nak order Mango Rock. tapi time order Hayaki dekat Shah Alam or KL ni tiba tiba mangga dia tak berapa manis plak, masam.. and kebetulan last weekend ada balik kg, so Mama ada bg 2 biji mangga. ape lagi.. buat mango rock la..
cuci dan potong mangga. suka hati la nak potong camne sebab nanti nak blend jugak semua..
masukkan mangga, ais and air sket dalam blender. tak nak letak air pon boleh me pon letak sket je sebab letak ais banyak banyak.. dah masukkan dalam blender baru terpandang shake and take. cis. takpe la malas plak nak tukar tukar, guna aje la blender. then blend sekejap, jangan lama sangat kang cair sangat x sedap.
then boleh la tuang dalam gelas.. terliurrr takkk??? eh sabar belom siap lagi..
now, potong skit mangga tadi. potong cube macam ni.. and boleh la tabur dalam air manggo tadi..
Semalam dinner dekat sini with family in law.. Actually kat Shah Alan ni ada 2 outlet Polperro, dekat Sek 7 satu then yg ni baru buka dekat Sek 13..
Menu
satu buku menu tepek kat blog ni, kang korang nak g makan boleh tengok tengok kat sini dulu hehe.. air me order yang gelas besar, jimat boleh minum 2 orang. tapi air dia pon harga normal macam kedai biasa takde la mahal sangat kan.. macam teh o ais dia RM1.70 gitu je bukan RM5-6.. ok ni yang kitorang order semalam..
Lamb Chop Combo
Beef & Lamb Grill
Baked Cheese Beef Lasagna
tengok ramai yang order ni so me order ni jugak. sedap sebab banyak cheese. nyummm..
Lamb Supreme
Grill Fish
Blackpepper Chicken Rice
and lagi satu order Golden Mushroom Chicken Rice.. gambar tak sempat nak snap sebab kalut duk makan, tapi lebih kurang je dengan blackpepper chicken rice ni cuma tukar sauce dia je.
last week, my first time beli ikan pari. sebelum ni memang suka asam pedas pari or ikan pari bakar portugis, tapi tak pernah beli and masak sendiri. time semangat nak masak pari pergi cari pari habis la ape, so niat tu terhenti disitu sahaja hahaa.. then kebetulan last week tengah beli barang dapur ternampak ada pari.. wahh terus beli 4 ketul.. the next day terus masak asam pedas pari, resepi macam kat bawah ni.. actually ni resepi my friend, Dib yang ajar dulu sebab dulu nak makan asam pedas pari je suruh dia masakkan.. tapi sekarang tak lagi, dia pon menghilangkan diri n ignore me. ok forget it. resepi ni pon ingat tak ingat jugak.. so belasah aje la..
beberapa tangkai cili kering, rebus sekejap..or rendam dlm air panas pon boleh..
bawang besar
bawang merah
bawang putih
lada hitam
belacan
kunyit
blend je semua sekali dengan cili kering yang direbus kejap tadi..
then boleh la panaskan minyak and tuangkan semua yang dah diblend tadi.. masak sampai pecah minyak.. then boleh masukkan air asam jawa..
air asam jawa
asam keping
bunga kantan
lepas masukkan air asam jawa boleh la masukkan ikan pari tadi, bunga kantan ke daun kesum ke nak letak tomato, kacang bendi ke ape semua boleh masukkan, letak garam and aji no moto sket..nak letak gula sket pon boleh.. me biasa letak gula sket, sket je tak banyak kang manis plak asam pedas ko hahaa..
ok nahhh.. my first attempt asam pedas pari. me saje buat pekat pekat sebab me and mr.husband suka asam pedas pekat pekat camni..
the next day, buat asam pedas pari lagi hahaa.. mentang mentang dah pandai buat asam pedas pari kannn.. hari hari buat asam pedas.. tapi this time try buat cair sket.. not bad, sedap HAHA..
and this one, asam pedas ayam. yang ni selalu jugak masak. sebab dulu tak reti buat asam pedas pari lagi kan, so selalu la jugak buat asam pedas ayam.. kadang kadang buat asam pedas daging, tapi gambar tak jumpa cari plak.. yang penting bahan bahan me guna sama je macam dekat atas tu, just gantikan aje daging ke ikan ke daging ke ape..
yes. today tak payah masak. sebab ada kenduri Mus & Zaty. keji tak. HAHA nampak sangat pemalasnya. actually Mus ni our classmate masa dekat MSU dulu.. planning ramai yang nak pergi tapi last min, masing masing ada hal 🙁 so yang perginya Miss Z, me n mr.husband.. Anis n husband+anak. Majlis ni dekat dewan SIRIM Shah Alam.. dekat je beberapa min dari rumah.
sampai dekat Dewan, tengok tengok Anis dah makan, ape lagi kitorang pon terus makan je la..
tengah syok makan and bergossip, sempat je kan bergossip hahahaa.. maklum la lama tak jumpakan.. pengantin sampai.. haruslah wefie dulu kejap.. lepas makan, Anis tak lepak lama so tinggal kami bertiga je la. sambil tunggu turn nak naik bergambar dengan pengantin, lepak lepak makan eskrem dulu.. ramai kot family Mus so kitorang tunggu la turn kejap..
fettuccine aglio olio cheezy with stickyrice sausage
cewahh nama kemainnn lagi kauuu.. semalam main reka je resepi, ada fettuccine so buat aglio olio je la tapi prawn bagai takde.. tinggg!! teringat ada sosej pulut yang beli masa balik Setiu aritu.. maka, terhasillah fettuccine aglio olio cheezy with stickyrice sausage tu.. kat bawah ni meh me ajar cara buat..
garlic
onion
capsicum
sausage
black pepper
chili flakes
mix herb
lemon
nak pakai sosej biasa pon bolehhh..
sebab nak bagi cheezy cheezy sket me letak mozzarella cheese sket..
firstly, boiled fettuccine tu kejap. then tumis garlic and onion. dah garing sket, masukkan blackpepper coarse, chili flake and mixed herb.
then baru masukkan sausage and capsicum. salt sket and lemon. kalau tak suka masam masam tak payah letak. and lastly masukkan la fettuccine yang dah direbus tadi. nak buat spaghetti pon boleh.
spaghetti aglio olio cheezy with stickyrice sausage
semalam fettuccine, arini spaghetti plak. ni gara gara semalam masa me buat fettuccine me makan sorang sorang kesian kat orang tu tgk pic je bhahahha.. so arini me buatkan la spaghetti plak kat dia..
Unplanned. Dari Shah Alam balik Setiu. tapi semua dah dekat KB. konon nak buat surprise. tapi diri sendiri tersurprise sebab kunci rumah semua takde T___T so nak tak nak kitorang balik KB. sampai sana diorang semua tengah busy decorate untuk birthday party esoknya.
before majlis settlekan belon belon sebab ada yang pecah maklumlah musim panaskan.. and set up table utk foods. susun doorgift and duk prepared games. theme birthday, Lego & Harley Davidson tapi sebab ada je barang barang yang birthday sebelum ni so guna aje la mana yang ada..
supa dupa ni pon dari pagi masalah. bukan benda ni masalah. orang yang handle ni bermasalah. bahhahaa.. janji nak pasang pagi sampai ke tengahari tak nampak batang hidung pastu tetiba cakap x dapat bagi sewa sebab bocor bla bla and deal dengan beberapa orang lagi dah last minute letak harga kaw kaw la.. last last my aunty semua duk deal dengan yang mana ntah sebab banyak sangat deal, dapat jugak. takde la kecewa sangat budak budak sebab semua dah excited nak melompat lompat dalam tu..
dah makan ni terus terlupa nak makan bihun goreng and laksa. tapi nasib baik malam tu sempat makan skit laksa, laksam & bihun tak sempat T___T tetiba craving plak. cis.
clown dah datang..
last min, orang dah tak nak terima order. so order choc moist cake je.
decorate by me. kata theme harley davidson & lego kannn..
this week super duper busy ket, sebab last min ada order utk cotton candy and lolychoc plak. so this week cuti seminggu pergi gym.. semalam cuti hari pekerja. and today sepatutnya mr.husband kerja tapi last min cakap cuti plak.. and kebetulan arini ada birthday party Caca n adiknya. and last min jugak Mama Caca bagitau majlis cancel sebab Caca tak sihat. kesian Caca. tapi sebab nak bagi anak happy, Mama n Baba dia buatkan jugak decoration untung Caca.. surprise la dia bangun tido tengok frozen sana sini hehee..
sebab ada je makanan yang takleh cancel so buat kecil kecilan je la birthday party tu.. before pergi dah tanya mr.husband nak balik KB tak.. nak tak nak tak nak.. last last main amek je 2-3 helai baju, so senang nanti lepas majlis decide balik ke tak. agak agak jem kite x payah balik bahhahah..
aritu try spaghetti dekat food junkies, arini kite try dekat sac spaghetti. padahal baru balik makan mee kari and sandwich rumah MIL on the way nak balik rumah tengok gerai spaghetti ni baru buka, sebab dah berapa kali datang dah habis T____T so alang alang baru buka terus terjah even perut dah kenyang bahahahha.. kat sini ada 2 pilihan je spaghetti bolognese & spaghetti carbonara je. so me order carbonara je sebab mr.husband dah kekenyangan tahap tak leh nak tengok makanan da hehee..
harga sama macam dekat Food Junkies jugak RM5 each. tapi for me, me lagi suka yang Food Junkies. biasalah tekak masing masing kan, takde la tak sedap tapi for me macam too creamy.. tapi tak try lagi yang bolognese dia maybe bila bila boleh try.
anyone yang nak try boleh tgk map ni.. betul betul sebelah Petronas Sek20 yang dekat KPJ Shah Alam tu..
kerabu kaki ayam. me loikee veryyyy much. dulu me la anti kaki ayam. tak tau kenapa maybe sebab dari kecik tak pernah makan kot.. rasanya sejak kenal mr.hubby kot dah start skit skit makan, dulu ingat lagi masa me practical kat Pontian me duk ngan family Aca 6 months, ada satu hari tu Mama Aca masak 1 periuk besar sup kaki ayam. macam terkejut pon ada sebab tak pernah makan so tgk 1 periuk besar Mama masak lagi terkejut, diorang suruh try pon me tak try bahhahaha.. tapi sekarang dah pandai makan kaki ayam, kalo letak dalam sup memang sedap la. actually me tak tau sangat kaki ayam ni bleh masak ape lagi selain sup & kerabu kaki ayam. kerabu kaki ayam pon fav, tapi susah nak jumpa. time bulan puasa biasa ada jugak orang jual. aritu pergi pasar malam abg tu bg banyak plak kaki ayam, so kite try buat kerabu kaki ayam..
lepas dah cuci boleh terus rebus dan masukkan sedikit garam. lagi lama lagi bagus nant senang nak buang tulang dia.
x berapa cantik nak buang tulang dia dulu, buang mana yang boleh je. takpe sebab semua dah lembut kan.. belasah je la..
bawang besar
bawang merah
cili padi
tomato
serai
nak letak bunga kantan, kacang panjang ke ape ape je la lagi boleh je. tapi ini je yang ada dalam fridge kita guna je ape yang ada. dah potong semua, dah boleh gaul dalam kaki ayam yang dah direbus tadi
season to taste. me just letak serbuk limau sket, since kat rumah ni memang dah berzaman tak beli limau sebab pakai serbuk limau ni lagi senang setahun pon tak habis habis bahahha.. pastu letak cuka sket and gula sket..gaul hingga sekata..
|kerabu kaki ayam|
dah siap baru terpikir kenapa tak putih macam selalu beli tuu?? google punya google ohh rupanya yang tu dia rebus letak cuka terus baru la nampak putih.. takpe la next time kite try lagi.
firstly cuci sotong ni dan potong ikot la macam mana korang nak and cuci lagi sekali dan toskan..
sotong tadi lepas dah toskan me letak serbuk kari + garam sket, nak letak salt pepper saja pon boleh. then celup dalam telur and tepung, yang ni nak pakai tepung jagung boleh tepung beras pon boleh if takde pakai aje la tepung gandum. or tepung readymade mana2 yang ada pon boleh aje guna.
and make sure bagi minyak panas dulu and baru masukkan sotong ni..
sementara tu, boleh la cuci telur masin ni and rebus sekejap. and just amik yang kuning telur ni sahaja.
dan hancurkan je pakai garfu.
ok ni bahan bahan untuk nak tumis..
butter
cili
cili kering
daun kari
bawang besar
bawang putih
cairkan butter and tumis semua sekali tadi sampai garaing..
and boleh masukkan terus telur masin yang dah dilenyek or dihancurkan tadi
kacau kacau sampai nampak dah bubble bubble gitu boleh masukkan sotong yang dah digoreng tadi
gaul gaul sampai sebati telur masin tadi dengan sotong..and ready to eat 😉
udang goreng oat atau udang goreng nestum mana mana pon boleh. sebenarnya nak buat udang goreng nestum tapi takde nestum kat rumah so, kita tukar nestum tu kepada oat. firstly, cuci udang dulu dan toskan..
udang tu nak perap dengan lada sulah dan garam saja pon boleh tapi me letak serbuk kari sikit dan letak garam and sedikit aji no moto. gaul bagi rata dan boleh celupkan dalam telur dan kemudian dalam tepung. tak kisah nak pakai tepung jagung ke tepung gandum biasa ke ape, me guna tepung beras. sebab tengah kalut kalut tak jumpa mana letak tepung jagung hahaa, nampak tepung beras so belasah guna tepung beras.
panaskan minyak then goreng sekejap udang tadi. and put a side. ok ni bahan bahan utk nak menumis dia plak..
bawang putih
bawang besar
cili padi
cili kering
daun kari
oat or nestum
gula
boleh guna oat or nestum, planning nak beli nestum 3 in 1 tu je so tak payah nak mix dengan gula susu tepung ke ape kan tapi mr.hubby cakap kedai dia pergi takde jual plak so me guna aje oat yg ada kat rumah ni just tambah gula je sket.
ok memula kena cairkan butter dlm 1-2 sudu.. and masukkan semua bahan bahan tadi goreng sampai naik bau and garing sket..
then terus masukkan oat yang dah dicampur gula tadi..
kacau kacau sampai garing, then boleh masukkan terus udang yang dah digoreng tadi..
our last weekend activity, pergi beli wallpaper then terus balik rumah pasang. plan dari beberapa bulan lepas tapi masa tak berapa mengizinkan, so hari ni kena siapkan jugak.. alang alang dah beli kang kalo simpan ntah bila la plak kan nak tampal.. a week before dah siap siap ukur senang nanti pergi beli bagi ukuran je so takde la kita beli x cukup or terlebih banyak roll kan.. utk ruang tamu ni org kedai tu cakap pakai dlm 4 roll. ok me beli 4 roll.
before pasang make sure turunkan frame ke ape yang tergantung and bersihkan dulu dinding tu dari habuk habuk.. kang x melekat plak nanti..
nak pasang sorang pon bleh sebab my cousins aunty semua duk pakat pasang sorang pon boleh tapi agak penat la, so nak senang buat berdua. berdua lebih baik. tak gtu? mcm corak yg kitorang pilih ni nak kena sambung bunga/ corak dia tu kan so mr.hubby pegang n buka gam dia dari atas n me duk adjust cantumkan bunga2 kat bawah tu takot tak sama kan tak cantik plak..
dalam 2jam lebih gtu siap semua. mula mula je macam susah sket tapi dah pro cepat je..
dah siap, boleh bancuh gam dia. mula mula plan x nak pakai pon tapi untuk mengelakkan yang tengah2 tu terbuka dikemudian hari better gam la sket.. sebab antara 1 roll ke 1 roll tu kita tindan sket kan so letak gam dia dekat2 situ je. oh sebelum terlupa, yang me beli ni memang dah ada sticker/gam kat belakang dia so just buka sticker tu je and tampal, gam ni just utk nak bagi tahan lagi lama and just apply kat tengah2 sambung tu je.
puas hati dan berbaloi. beli dan pasang sendiri. daripada upah orang ntah berapa plak kena charge. nak lagi senang google je cara pasang wallpaper ada siap tunjuk step by step, ada yang upload video sekali.
pernah makan pindang tapai? kalau orang kelate panggil pindey tapei. dulu me pon tak suka sangat sebab nampak macam tak sedap jee.. tapi bila dah makan nak lagi dan lagi. dah la susah nak jumpa orang jual tapi my aunty, Umiyah selalu la jugak buatkan.. actually me pon baru je blaja resepi ni dengan Umiyah last month.. balik Shah Alam ada orang mengidam nak makan pindang tapai, kebetulan sabtu aritu ada orang jual tapai so me beli la sket. kat Setiu RM1 sepeket, kat KB RM2 sepeket kat Shah Alam RM2.50 sepeket huhuu T_________T gst kah? bhahahhaha..
ni 3 paket. ok la takde la sikit sangat.
then cuci kejap then toskan. tak nak cuci pon takpe, tapi kalau rasa org jual tak hygiene boleh cuci kejap then tos skejap.
telur
santan
gula
garam
daun pandan
actually telur nak letak banyak pon boleh, lagi rasa berlemak. santan nak guna yg serbuk pon boleh, sebab cari kat pasar aritu semua santan segar habis so me guna santan kotak je. gula ikut tahap kemanisan korang,3 ke 5 ke 7 sudu depend. and sedikit garam nak bagi rasa berlemak skit kan, dan daun pandan. whisk je semua sekali and letak atas dapur.
kacau kacau sampai menggelegak kuah dia and dah boleh masukkan tapai tadi..jangan kacau kuat sangat kang hancur plak and slowkan api tutup sekejap dlm 3-5 min macam tu..
ready to eat. tapi simpan dlm peti ais semalaman lagi ummmmphhHhhhh..! and surprise mr.hubby yang tak suka pon boleh makan sampai habis berebut pulak dengan tetamu bahahhaha..
tak tahu nak masak ape, so kita try resepi ayam masak serai. plan nak buat ayam masak merah tapi macam dah boring plak ada serai so kita buat ayam masak serai je la..
cuci ayam, and perap dengan garam kunyit aji no moto sket.. and goreng je ayam tu macam buat ayam goreng biasa tu..nak goreng tak nak garing sangat pon boleh sebab nanti nak masak lagi sekali..
bawang merah
bawang putih
halia
bawang besar
serai
lada kering – rebus or rendam dlm air panas skejap..
blend semua dan tumis..
tumis sampai pecah minyak..
then baru masukkan serai dan asam keping, and season to taste.
|ayam masak serai|
tengah masak ayam masak serai terpikir nak buat nasi butter kismis, tapi biasanya orang letak susu cair la bagai tapi kat dapur takde susu cair, maka kita buat je guna barang yang ada bhahahha..
butter
bawang merah
bawang putih
halia
rempah 3 sekawan
firstly, cairkan butter then terus masukkan semua sekali yg list kat atas tu..
cuci beras macam biasa, and air pon sama macam masak nasi biasa, just tambahkan bahan bahan yang ditumis dengan butter tadi je..nak letak salt skit pon boleh tak nak pon takpe sebab butter tu mcm da masin skit kan..
tanak nasi macam biasa, dah kering masukkan kismis and gaul sekejap dalam 3 – 5 min dan siap utk dihidang..