malam birthday Chox, makan makan dekat D’Perahu area rumah je, hari birthday dia tu kebetulan ada pergi KT, and kawan dia ajak makan kedai dia.. so pergi je la.. Makang Sekak Sekak Nok.. actually kedai ni ada steamboat buffet, tapi my family ni bukannya yang jenis makan banyak so for me, tak berbaloi kot nak makan setakat makan ciput ciput je.. kalau pergi ngan mr.hubby harus kot amek hahaha..
kedai ni kalau from Setiu, jumpa roundabout batu bersurat tu terus ke kanan.. nanti ada deret kedai kedai kat situ je.. nak explain lebih lebih pon tak reti sbb im not familiar sangat dengan jalan KT bhahaha.. nak tau more info pasal kedai ni, boleh tengok dekat dia punya fb or website.
|menu|
so sebab masing masing tak nak makan steamboat, so order ala carte je semua..
|nasi goreng seafood|
|kuey teow goreng|
|telur separuh masak|
|fries|
|sup daging|
|ayam masak halia|
|kangkung goreng belacan|
tapi tu harga masa promotion, harga sekarang untuk :
Dewasa RM 23.90
Kanak kanak RM 13.90
so, insyaAllah next time boleh try steamboat buffet dia plak..
“Makang Sekak Sekak Nok , Biar Se’eh Perot Baru Bayor”
surprise birthday for bro, Chox. kebetulan dia ada balik Setiu, so maghrib tu terus start buat cake.. nasib baik sempat masak cake.. dah masak cake, sibuk plak lil sis, Sri nak suruh buat layer dengan nutella la ape awal awal bukan nak cakap, suruh suruh tu macam la birthday dia kan hohoo.. so buat la jugak choc moist cake layered byt nutella.. Chox xtau pon cake ni utk dia, dah siap cake tu terus g lepak D’Perahu..
|choc moist cake layered nutella|
happy birthday Chox..
kebetulan masa ni kawan kawan Iwe ada sekali so celebrate sama sama.. Faris and Kiki je pon yang makan sebab orang lain semua dah kenyang makan cake. 🙂
Warung Mat Pulau Pisang. first time datang. orang lain dah berkali kali datang, me baru first time. takpe la, better late than never kannn.. kebetulan nak g cari barang bakery kat KB, so my aunty Umiyah ajak lunch kat sini.. sebelum ni warung dia depan rumah dia je, now dah pindah kat Medan Ikan Bakar Kedai Buluh.. tempat lama me tak pernah pegi la, tau tau dah pindah sini.. so, meh tengok ape yang kitorang makan..
| daging goreng |
kenap daging goreng dia pon sedap? aishh.. makanan lain tak sampai lagi tapi daging goreng dah nak habis hahaha..
|ayam kampung bakar|
serious lembut gila.
|sup urat keting|
nahhh semangkuk besar.. pastu dah nak habis makan siap mintak lagi satu mangkuk sebab tak cukup haha..
close up sket.
|sup ikan|
sup ikan pon sedap. yang ni me and Umiyah je duk habiskan. HAHA
|teh ais madu|
and paling menarik dan tertarik dia punya teh ais madu, mak aihhh.. tak tau nak cakap ape speechless kejap masa minum tu seriously sedap. dah balik rasa menyesal tak tapau air ni.. tapi sup tu awal awal dah siap tapau hihihi.. dah la orang belanja, mintak tapau plak tu bahhaha.. total RM90+ untuk 6 orang makan, and tapau 2 bungkus.. tengah buat entry ni dah telan air liur bape kali tengok air ni aishhhh!
khal’s cafe. kedai ni pon area my house jugak. dah banyak kali nak singgah tapi tak tersinggah sebab kadang kadang nak pergi tengok tengok dah tutup, sebab kalau tak silap before this dia buka till 9pm je.. sekarang sampai 11pm.. so kebetulan my cousin, Nadia datang rumah and ajak lunch, so terus je pergi sini.. jalan kaki pon bolehh hehee
time datang ni ada 2-3 orang je maybe dah lepas lunch hour kot, makanan pon banyak dah habis..
so, kitorang order kari kambing gearbox..
order 3 layer tea habis, avocado pon habis. so dua dua order milo tabur.
ni dia punya signature dish
and if me tak silap owner dia from Johor kot, sebab tu menu dia banyak masakan Johor :p
and ada discount untuk student, but make sure kena bawa la id card.. so kalau nak pegi sini boleh tengok address kat atas tu..
wash ur gossips. tak tau pon kedai ni area rumah je. kebetulan hari tu bosan so pusing pusing la nak cari kedai minum and lepak. sekali ternampak kedai ni, tapi tak jadi plak singgah so postponed datang lepas tu.. so planning dgn my cousins, Aimi and Nadia.. my sis Mirna untuk lepak sini..
konsep kedai ni, cafe and laundry. sambil laundry baju boleh melepak sambil makan minum
|barley| ovaltine| strawberry smoothies| teh tarik|
sebab before datang lepak sini, kitorang dah makan beriani kambing yang me masak kat rumah so, order pon share share je la.
|keropok lekor|
|mee kari|
|ginger beef kuey teow|
dah nak siap makan baru mr.hubby and Nabil sampai.. kitorang lepak sini pon tak lama sangat, sebab terkejar kejar nak pegi Raffiey Nasir sebelum kedai tutup..
FOODILICIOUS KITCHEN. lastweek pergi makan nasi arab dekat D’Arab Cafe, sekali ternampak kedai Foodilicious Kitchen ni, tapi sebab masa kitorang pergi tu Ahad so kedai tutup, dapat tengok signboard je la and bunting yang tergantung kat luar tu.. oh kedai western food. balik rumah terus google pasal foodilicious, so terus set ngan mr.hubby nanti nak pergi makan sana heheee.. so 2-3 hari lepas tu, ajak my cousins Nadia, Aimi n Nadia’s fiance Affiz lepak lepak and makan kat sini..
ok ni menu dia
Nadia order 7 spices lamb chop set
Aimi order 7 spices lamb chop
mr.hubby pon sama macam Aimi jugak
me order shitake grill chicken
Affiz tetiba nasi plak haha. dia order chicken kabsah. sebab kedai ni kan style foodcourt so ada kedai2 lain jugak. dia tak nak makan western so dia order nasi arab dekat D’Arab Cafe..
ok anyone yang berminat nak try western dia boleh tengok address kat atas tu ye..
or nak tau info or pape boleh check and contact diorang punya Blog, FB, Twitter,Instagram or Email diorang ok 🙂
ok jakun. Hayaki kat Shah Alam punya dah nak dekat setahun buka tapi baru tau. boleh dikatakan hari hari pergi Sek 13, tapi boleh tak perasan. mayb sebab depan tu ada construction sket so jadi tak nampak. hari tu boleh ternampak pon sebab nak pergi lepak Toran Cafe, sekali jalan tu tutup plak sebab tengah buat jalan ke ape benda so terpaksa lalu jalan lain eh ehhh sekali terpandang Hayaki.. apa lagi esoknya terus pegi okkkk..
Hayaki Shah Alam ni dekat Seksyen 13, betul betul bawah Sri Acapella Serviced Apartment ni dulu Old Town White Coffee sekarang dah Hayaki.. ye la time balik KB boleh la nak bermanggo rock, kat sini takkan nak pergi sampai Danau Kota kan kalau kebetulan pergi area sana boleh la, tapi now dah ada kat Shah Alam best la hari hari pon boleh minum manggo rock heheee 🙂
malam tu pergi dengan mr.hubby untuk dinner sanggup ni tak nak masak sebab nak makan kat Hayaki so kitorang order set, nasi lauk ayam and mee kari.. dan semestinya manggo rock yummeh! tapi tak semanis kat KB kot, maybe susah nak dapat manggo yang betul betul manis kat sini.. tapi takpe, layankan jugak..
and the next day, lepas lepak dekat Subur Corner, Nabil ajak lepak Hayaki plak sebab dia tak pernah lepak sini. so supper kitorang malam tu, nasi kerabu ayam percik, pulut mangga dan manggo rockkkk 🙂
kalau tak silap sekarang Hayaki dah ada 8 cawangan kot, kat KB ada 4 kat Danau Kota 1, Shah Alam 1 and lagi satu dekat Damansara Utama Uptown.. oh yang dekat Damansara tu je yang belum pernah pegi.. insyaAllah kalau ada masa boleh pegi.. bermanggo rock kat Damansara pulak hihi..
Toran Cafe, since 2011 tak silap tengok kat profile FB dia, tapi last month baru kitorang tau.. tu pon masa tu saja pusing pusing cari kedai nak lepak tapi tak banyak plak buka maybe sebab masa tu awal awal Ramadhan lagi, sekali pusing pusing area Sek 13 tu, terjumpa Toran Cafe. so terus je terjah.. so sebab makanan dia pon sedap sedap biasa la mr.huby ajak la member member lain lepak sekali, then tak pasal pasal boleh dikatakan sekarang seminggu 2-3 kali jugak la pegik kadang kadang sampai 2-3 hari deret pon ada pergi, lepak dan teman mr.hubby, bro in law and bff dia lepak n shisha. sebab shisha dia gila murah RM6 per bottle. so daripada ikut je lepak lepak, apa lagi me makan makan dan makan.. ni ada la beberapa menu yang sempat snap time pergi sana..
mee goreng
nasi + butter curry chicken
nasi goreng tomyam
nasi goreng cili padi
indo mee special (beef)
fried meehon blackpepper
nasi goreng tomyam + ayam goreng
makanan western pon ada..
beef steak
lamb chop
and pernah order mushroom soup, fish & chip jugak tapi terlupa pic save kat mana..
tapi yang selalu diorder FRIES 🙂
cheese fries
chili fries
honey lemon
lemon mint
and air plak me biasa duk ulang ulang honey lemon takpon lemon mint, teh o ais, teh ais gitu je la. minum honey lemon teringat Hayaki..
ni rasanya pic lama kot sebab sekarang 1 bottle RM6.. so apa lagi jom lepak and makan makan sambil shisha at Toran Cafe 🙂
sahur : ikan rebus goreng masak sambal + telur mata
first day puasa, takde feeling nak masak masak lagi sebab baru je sehari balik Shah Alam and terus start puasa plus barang barang dapur pon tak beli lagi, so makan luar je senang hihi.. actually kedai ni my sis, Mir yang recommend cakap best.. so try la plak Ayam Penyet Jawa ni kat Giant Sek 7.. Mir cakap dia makan Ayam Penyet Best dekat Desa Pandan and mr.hubby ada cakap dekat PKNS ada, then tru google cakap kat Giant Sek 7 pon ada so terus pegi situ je la senang sket parking ke ape, tapi tgk nama lain plak. tapi menu sama, outlet pon sama. so maybe kat sini tukar nama la kot bhahaha pandai pandai je buat conclusion sendiri, mana mana je la janji ayam penyet dia sedap boleh lawan Ayam Penyet RIA jugak la sambal dia.
berbuka : empal penyet + ayam penyet + terung balado + teh o ais limau + sup rawon
2 kali jugak la try buat sambal goreng tapi tak pernah menjadi, nasib baik kali ni buat mr.hubby cakap jadi tak tau la saje nak puji ke memang betul jadi bahahaha..
Day 3
sahur : nasi goreng cili padi
sahur dekat Toran Cafe
berbuka dekat F’Ketil Restaurant makan nasi campur. nak makan kat tempat lain tapi kedai still banyak lagi tak buka, so g kedai ni je. not bad jugak foods dia.
Day 4
sahur : pizza mozarella
berbuka : nasi ayam
Day 5
sahur : nasi ayam
kebetulan ada simpan nasi ayam yang berbuka semalam so sahur makan nasi ayam je, tak payah nak masak lagi :p
berbuka : telur masin + sambal belacan + ulam + kari daging
Day 6
sahur : pizza quattro formaggi
berbuka : ayam penyet dan bebola daging
berbuka dekat ayam penyet Padang Jawa, orang ramai gila. and foods dia murah gila. 1 set 4.50 – 5.50 macam tu je, nak kata sedap gila takde la, ayam penyet RIA, waroeng penyet, AP, Wong Solo, Nusantara tu sedap lagi la tapi yang ni sambal dia not bad jugak sedap and senang cite sesuai dengan harga la. kalau nak bandingkan ngan ayam penyet lain jauh lagi murah la.
alhamdulillah settle puasa 6 🙂 tapi mr.hubby lagi 2 hari kena puasa, sebab time me puasa tu ada yang dia kena attend open house company so dia lambat 2 hari la hehee
hari kelima mr.hubby puasa me buatkan buttermilk chicken
and hari ni last day mr.hubby puasa, me buatkan ayam masak lemak cili padi je.. so dah habis puasa 6 kitorang, yeay esok raya hihii
plan nak balik raya ke Johor tak jadi sebab MIL tak sihat, so malam raya sempat la last day puasa berbuka rumah mertua, then terus gerak balik KB.. sampai Kb terus check in, sempat la tidur sejam dua..
takde orang nak tlg snapkan bhahaha.. kesian
then around 9 lbih mcm tu baru jumpa family semua.. stay kat KB sampai raya ke empat, raya kelima stay kat Setiu then seminggu raya baru balik Shah Alam.. pic raya semua tak sempat nak mintak dekat cousins haha, so tepek muka sdiri je la ye 🙂
phewww.. finally siap. order orang kemain lagi dah siapkan sekali untuk sendiri makan takde aiyo.. so semalam bertungkus lumus jugak la siapkan sket sket and alang alang dah buat, buat untuk bagi kat Mama sket and MIL sket.. now tengah packing malam ni balik KB.. actually ni last min plan, ikot plan asal kitorang balik Johor dulu then from Johor nanti terus gerak ke KB and baru balik Setiu raya ke 4 ke gitu and baru balik ke Shah Alam balik.. tapi biasala kita hanya merancang Tuhan yang menentukan.. so plan bertukar, so now excited nak balik KB horayyy!!! 🙂
btw, thank you utk semua customer yang sudi order cookies dgn NM Homemade Pastry & Bakery.. and kepada yang last min order tak sempat nak buat tu mintak maap banyak banyak ye.. insyaAllah kalau umur panjang raya tahun depan boleh order lagi 🙂 btw, Selamat Hari Raya Aidilfitri dr Nieja, NM Homemade Pastry & Bakery..
Ramai duk request nak resepi buttermilk chicken, ok ni nah resepinya.. me pon first time buat alhamdulillah menjadi and sedap 😉
bahan – bahan :
ayam
serbuk kari
telur
tepung jagung
butter
daun kari
bawang putih
bawang besar
cili padi
cili kering
susu cair
susu pekat
cara – cara :
Sediakan butter, daun kari, cili padi, bawang putih dan bawang besar. Actually biasa mkn kat kedai diorang letak cili kering tapi me saja nk bg ada rasa pedas sket so letak cili padi skit. if korang nak letak dua dua pon boleh lagi sedap.
Fillet ayam ni me gaulkan dengan serbuk kari + garam + ajinomoto and gaulkan dengan telur dan tepung jagung
dah gaul semua and goreng dalam minyak panas2..
and ni cara cara nak buat sos dia, cairkan butter, then masukkan bawang putih + bawang besar+ daun kari+ cili padi.. goreng sampai garing.. and baru masukkan susu cair + sedikit susu pekat.. me letak satu sudu kecil je.. and biar mendidih terus masukkan ayam tadaaaa..