Bulan lepas ke 2 bulan lepas, ada beli ikan kod.. Pastu blur tak tau nak masak ape kan.. so try je la buat macam kat chinese rest, stim ikan kod.
yang ni, me steam ikan kod tu dengan halia kejap, then masak kicap cair + palm sugar + kicap lemak manis . then me saute bawang putih yang dicincang tu, lepas steam tu me curah je kuah yang dah masak tadi, actually tak nak masak pon xpe just gaul-gaul sebati je nanti curah atas ikan and steam lagi kejap.. lastly, tabur la daun bawang & daun sup.. time dah angkat tu baru me taburkan bawang putih dah digoreng tadi.. kalau nak sedap, letak minyak bijan skit tapi sebab takde so tak letak.
yang ni sebab tak tau nak masak ape, so me grilled je dengan salt & pepper pastu saute je garlic. sedap jugak weh!
yang ni plak, me steam ikan cod ni dengan halia.. pastu curah je sos tiram + kicap cair + brown sugar or palm sugar sikit, then goreng bawang putih & halia sikit tabur atas ikan dah stim tadi.. lastly masukkan cili and daun ketumbar. me guna cili besar, sebab takot terpedas sangat ke ape plak takot jadi x sedap plak..