AIMI X IQBAL

Last few weeks, ada wedding my cousin Aimi dekat Ipoh, tapi dah habis semua majlis baru sempat nak update haha, so sekali jalan je la. Semua pakat excited sebab lama gila PKP kan and lama gila x jumpa family, raya ape semua mana boleh balik.. last kitorang balik pon bulan 3 kot masa Umiyah meninggal tu pon time tu kena surat bagai kan.. time nak buat wedding ni pon, macam 50-50 boleh ke nak pegi, last-last cakap dah boleh merentas kan.. so terus cari homestay, kitorang cari airbnb je.. family lain ada yang booked hotel.

Recommended. Zhi Shin Ipoh. Rumah bersih + luas, rooms ada 5.. toilet ada 6, aircond dekat setiap bilik, ok la.. parking pon luas.

MAJLIS KHATAM QURAN

10/11/21

majlis khatam quran. sehari sebelum tu ada majlis doa selamat and bacaan yassin. tapi kitorang tak sempat join pon.

MALAM BERINAI

11/11/21

semua gerak from KL, Kuantan, KB, Trg.. me & mr.husband plan asal nak gerak sekali je dgn Mir & Sri, last min gerak asing-asing plak. Sampai petang tu lepak rumah Teh dulu kejap tolong sikit-sikit then terus check in airbnb. sebelum maghrib camtu, Mama semua sampai, 8 bulan wehh tak jumpa family 🙁

malam berinai, bollywood theme.

MAJLIS AKAD NIKAH

12/11/21

pagi, majlis akad nikah. time pagi ni tak ramai pon datang.. wakil each family je.

MAJLIS BERSANDING

lepas majlis akad nikah, Aimi & Iqbal amik gambar jap, then terus tukar baju untuk majlis bersanding. musim pkp kan, tak boleh lama-lama majlis.

MANDI SAMPAT

malam, ada acara mandi sampat. my 3rd time join ni.. 1st dulu masa Teh kawen dgn Uncle Shamil, 2nd time masa tu ada buat majlis utk anak-anak Teh, kalo tak silap time tu ada majlis berkhatan Afnan, khatam Quran Aimi, tindik telinga Aimi & Fira, and naik buai Baby Chica.

lepas acara mandi sampat tu, semua dah naik salin baju.. and ada sesi kenal mengenal antara family.

13/11/21

hari yang kitorang nak gerak balik tu, ada majlis utk geng motor Uncle Shamil & Teh.

MAJLIS BERTANDANG

27/11/21

2 weeks lepas majlis kat Ipoh, majlis sebelah Iqbal plak dekat A-Park Lakehouse.

Alhamdulillah, its a wrap.. congrats Aimi & Iqbal.. and welcome to our family Iqbal!

HAPPY 10th ANNIVERSARY

We had our ups and downs, this we both know through it all our love still managed to grow. Different thoughts we had about many things but our love for each other no attached strings.

Alhamdulillah, today is our 10th years anniversary. Happy anniversary love!

celebrate our anniversary dekat kedai fav, Suki-Ya kemain la pergi yang dekat Klang Parade je sebab best situ orang tak ramai sangat eh sekali.. sampai sana Suki-Ya Klang Parade dah tutup huhuu.. so terus pergi Paradigm Mall je la.

nothing’s gonna change my love for u <3

DEMOQ STATION

Beberapa hari lepas dah nak datang makan sini, actually dah banyak kali la baca review dekat foodpanda orang review ikan bakar sini sedap.. tapi time nak datang je dah tutup, rupanya kedai dia sampai 6 ke 7pm je buka.. so kebetulan hari ni mr.husband balik awal so ajak la dia makan kat sini.

kitorang order set ikan pari bakar & ikan tilapia bakar

sedapppp.. kena dgn taste kitorang. sambal dia pon takde la pedas sangat, secukup rasa la.. perah plak dengan limau tuu..yumm! pastu dia ada bagi air asam & kicap sekali.. tu pon ngam je rasa dia and yang penting harga dia sangat reasonable. kitorang order 2 set ni RM30 include nasi tambah haha.

DEMOQQ STATION

Food Court Belakang Unisel

KOPI POKOK

balik lunch tadi ajak mr.husband singgah ngopi dekat Kopi Pokok area Seksyen 6, time kitorang datang dalam 4 lebih kot so orang tak ramai sangat lagi.. so kitorang order signature kopi pokok & latte. Actually sebelah stall kopi pokok ni ada jual mee bandung la, tauhu bakar ape ntah lagi orang duk cakap mee bandung dia sedap, tapi sebab kitorang baru lepas makan takde la order, maybe next time?

mr.husband

mine

both sedap, tapi yg me order ni sedap tak manis sangat.. boleh la datang lepak lagi haha.

EATJE

Selalu nampak review best pasal kedai ni dekat Food Panda, tengok location Seksyen 15 jugak so memang area rumah ni jugak la.. pastu pernah orang suggest dekat group Sarban, alang-alang xtau nak dinner mana malam ni so kitorang try sini la. Tapi nasib baik check kat FB dulu, rupanya kedai dia pukul 8pm dah tutup. Terus whatsapp no kedai tu, sebab takot dia tersalah update closed 8pm tu.. so dia cakap takpe dia tunggu kalau nak datang so kitorang order terus senang sampai boleh terus makan..

menu

Grilled NZ Sirloin Steak

Spaghetti Aglio Olio & Grilled Chicken

Masa kitorang sampai memang takde orang dekat food court tu, oh lupa nak bgtau kedai ni dekat Food Court baru Seksyen 15, kemain makanan food court sekarang haha.

overall semua sedap, sos blackpepper dia pon sedap.. steak pon cantik elok je dia masak.. nanti datang boleh try menu lain plak..tapi tu la macam awal sangat dia tutup.. sibaik rumah dekat haha.

EATJE WESTERN FOOD

Gerai No 24, Medan Selera MBSA Seksyen 15B,

Jalan Soket, Shah Alam

11:00am – 8:00pm, Isnin – Sabtu

DAY TRIP TO SEKINCHAN

last min plan, dah tengah malam mr.husband ajak pegi Tanjong Karang esok pagi.. on je la kan hehee..boleh la JJCM :p

kitorang gerak from Shah Alam dalam 10 lebih kot, so target sampai sini boleh lunch terus.. sibaik masa sampai tu dapat table sebab orang dah start ramai.. kitorang try AZR Mentarang & Seafood sebab selalu nampak orang recommend kedai ni.. so kita try la.

dah order belangkas, sekali orang kedai cakap dah habis sebab dah ada orang booked ke ape ntah, kul 12 belangkas dah habis 🙁 takpe la try menu lain je la.

kitorang order cencaru bakar + mentarang bakar + kerang bulu bakar + telur dadar + asam pedas telur mayong. Total semua RM80 x silap sebab ikan cencaru bakar tu sekor RM30, bagi kitorang ikan bakar tu rempah dia biasa je.. tapi overall smua sedap la.. sebab kerang, mentarang tu fresh-fresh oi.. asam pedas dia pon not bad..

alhamdulillah kenyang 🙂 next time kena datang awal lagi la kot takot tak belangkas habis lagi haha

lepas lunch, terus gerak ke Kem Laman Cikgu sebab Nabil ada shooting utk youtube dia kat sana.. so lepak sana kejap sebab dah tengahari panas lit lit oiii.. ngam-ngam kitorang sampai dia baru nak siap shooting, dapat la makan ubi kayu masak kari kering.

otw pegi cari kopi sawah sempat la stop tepi sawah padi tu bgambar haha..

ni pon nampak viral, kita singgah la..

kopi sawah, stall dia macam-macam jugak ada jual mee kari la mee sup, bakso laksa boleh la lepak santai petang-petang.. konon order ayam je sebab nak singgah ladang tebu aidil tu tapi tak jadi pegi.

next, pegi Pantai Redang. uiii panas gilaaa time ni.. tak lama pon lepak sini sebab nak lepak kedai-kedai or stall area situ semua chinese je..mcm x jmpa kedai org melayu niaga sini, so lepak makan eskrem je haha.

pegi Padi Box tu pastu orang situ cakap tu utk guest situ je, so x jadi la.

next shoot tu Nabil & team shoot kat tempat lain plak, ladang daun pandan.. fuh sampai je situ baru buka pintu kete dah bau pandan semerbak oii.. wangi gila.

last before balik, singgah Sungai Kajang.. depan ni macam-macam stall org niaga..

konon otw balik nanti nak singgah makan mee udang, sekali dari pantai sg kajang tu kitorang lalu jalan mana ntah mcm jalan kg camtu tau-tau keluar tu dah tlepas kedai mee udang bahhaha! around 9pm sampai Shah Alam, malas nak singgah mana-mana dinner kat kedai bawah ni je.

SUP IKAN MERAH

bahan – bahan :

  • bawang putih
  • bawang merah
  • bawnag holland
  • rempah 3 sekawan
  • tomato
  • carrot
  • potato
  • daun ketumbar

cara – cara :

me tumis bawang merah + bawang putih yang dah dihiris tu sekali dengan rempah 3 sekawan tu, kalau ada sup bunjut utk sup ikan tu pon boleh lagi senang campak je semua.. then nampak bawang semua dah kekuningan, masukkan air sampai dah mendidih sikit tu boleh la masukkan carrot + potato + akar daun ketumbar and ikan.. lastly, baru masukkan bawang holland yg dah dipotong 4 and tomato.. masukkan la garam + white pepper skit and seasoning to taste.

sup ikan merah by NM

takde daun bawang + daun sup, belasah aje la letak daun ketumbar sedap jugak hehe.. nak makan boleh perah limau + potong cili padi yumms!

OCTOBER <3

Last year, dapat celebrate kat Setiu.. sebab time tu me dah nak balik Shah Alam eh sekali PKP balik ke ape masa tu.. this year x dapat celebrate sama dgn adik-adik kita anta kek aje la..

18 oct, Sri’s birthday..

9 oct, Faris & 19 Oct Iwe

tengah diorang celebrate kat sana, budak kecik Yusuf ni call ngam-ngam kul 12 nak wish birthday.. so sweet Yusuf 🙂

thank you Love

thank you Mama Fai & anak-anak

Thank you for your warm and heartfelt wishes on my birthday 🙂

SELERA MALINDO

beberapa hari lepas tertengok dekat Food Panda ada restoran baru area rumah ni, pastu suruh la mr.husband singgah beli terus.. kedai pon kecik je, 1 shoplot bagi 2..

kitorang order ayam penyet + ayam geprek sambal setan

ayam penyet

ayam geprek sambal setan

not bad jugak, boleh la try menu lain plak nanti

PIZZA HUT & KFC VACCINE

last month ada orang share pasal KFC Vaccine ni, tapi macam biasa la tempoh redeem sebulan dekat-dekat nak expired baru pergi redeem bhahaha! boleh take away or delivery tapi tersilap tick utk delivery tu yang asyik lupa je nak redeem..

Pizza Hut pon buat jugak time ni, so me redeem sekali la kat Pizza Hut Vaccine ni boleh pilih pizza saje or amik set yang ni.. so me decide amik yg ni je la.

pastu tengok eh, ada new menu cinnamon roll ape lagi add on je la hehe

mana yang belum apply utk redeem ni boleh la try kot-kot masih ada..

HAPPY BIRTHDAY AMANI & ALIESYA

beberapa minggu lepas Amani ada bagitau nak buat birthday sebab dah lama x buat birthday kat sini, rasa dulu 1st time me join and kenal jiran tetangga ni pon sebab birthday diorang ni la.. since Rina tengah preggy and x berapa larat nak masak-masak, so me volunteer la tolong masak-masak kat rumah dia, buat nasi goreng cina + sambal bilis, spaghetti bolognese, pasta carbonara.. jemputan pon tak ramai, kitorg 4 family je rapat kat sini.. pastu ada abang Rina and adik Nizar join tu je la.

from Mama Nieja

from Ummi

from Mama Fai

Happy Birthday Amani & Aliesya..

siap tapau konon nak makan breakfast, eh sekali terus habis malam tu jugak bahhaha!