Selalu nampak review best pasal kedai ni dekat Food Panda, tengok location Seksyen 15 jugak so memang area rumah ni jugak la.. pastu pernah orang suggest dekat group Sarban, alang-alang xtau nak dinner mana malam ni so kitorang try sini la. Tapi nasib baik check kat FB dulu, rupanya kedai dia pukul 8pm dah tutup. Terus whatsapp no kedai tu, sebab takot dia tersalah update closed 8pm tu.. so dia cakap takpe dia tunggu kalau nak datang so kitorang order terus senang sampai boleh terus makan..
menu
Grilled NZ Sirloin Steak
Spaghetti Aglio Olio & Grilled Chicken
Masa kitorang sampai memang takde orang dekat food court tu, oh lupa nak bgtau kedai ni dekat Food Court baru Seksyen 15, kemain makanan food court sekarang haha.
overall semua sedap, sos blackpepper dia pon sedap.. steak pon cantik elok je dia masak.. nanti datang boleh try menu lain plak..tapi tu la macam awal sangat dia tutup.. sibaik rumah dekat haha.
EATJE WESTERN FOOD
Gerai No 24, Medan Selera MBSA Seksyen 15B,
Jalan Soket, Shah Alam
11:00am – 8:00pm, Isnin – Sabtu