tengah kemas bilik, sekali terjumpa la box yang ada isi rantai la, gelang la ape benda. senang cite accessories la.. accessories dizaman college dulu kot.. time diploma. haha! ni baru jumpa 1/2 kot rantai rantai ni.. gelang pon ada lagi tapi lupa kat box mana.. earing satu box entah hilang kemana. maklom la bilik dah macam stor sekarang, mana la nak jumpa.
dah bagi orang separuh. pastu baru terpikir.. alaaaaa.. macam sayang la plak.
sebahagian drp gelang. nahhh pilih!
bentuk camne korang nak? bulat? tiga segi? petak? semua ada. bukan setakat tu je, warna ape nak? boleh pilih saje.. HAHA. bila dikenangkan balik.. iskk macam membazir je dulu..
jam. zaman skolah dulu kot. masa tengah kemas tu macam semak je banyak banyak barang. dah bagi orang pon, suruh tukar battery je. sekali dah kemas kemas lagi, terjumpa la 3-4 jenis jam. baru la menyesal, kenapa tak simpan T___T tapi, tak kan nak mintak balik kann?? kang buruk siku HAHA
so, conclusionnya.. barang barang lain simpan je la untuk anak cucu cicit.. :p
?























































































