E-DAY -HandFlower-

10 days before e-day, tertengok kat FB RizalMin.. owner Zaiza Bridal. dia baru upload hand flower/ hand bouquet.. serious, sekali tengok terus berkenan. then cepat cepat comment kat FB dia cakap nak bunga macam ni nant HAHA

actually, sebelum tu.. Yuni adik RizalMin ni ada tanya nak hand flower camne? tapi me just cakap, buat je la macam mana, janji PINK. sekali dah tengok yang ni dah lawa, terus cakap nak yang ni je.. padahal hand flower ni kat Zaiza Bridal cawangan baru buka, kat Jertih.. tapi sebab me nak yang ni jugak, diorang sanggup bawa datang dari sana.. thank you Zaiza Bridal..

pink and white. sweet bukan? :p

E-DAY -Make Up-

pening duk memikirkan pasal untuk orang nak make up kan on that day.. memang memula terus terfikir kat Nana and Dib.. tapi dua dua duk Johor.. bukan tak nak try kat Bridal area sini, tapi ntah.. sebab tak nak la nampak over sangat macam make up orang kawen kan.. so lepas discuss ngan Dib and Nana.. akhirnya Nana buat keputusan, dapat balik 2 days before my e-day oh yippieeee! tapi masa ni dah bagitahu Sis Mir gak.. soh standby jugak kan.. mana la tau tetiba Nana cuti dibekukan ke ape.. tapi nasib baik, semuanya ok je hari tu..

before and after.

during make up session.

dah siap make up, next step.. buat rambut pulak.

and lastly, pakai veil..

tadaaa.. inilah hasilnya πŸ™‚

shoe yang dipakai on that day πŸ™‚

thank you to my dear bff, Nana.. and my lovely sis, Sis Mirna.. you guys make my day!

E-DAY -Dress-

4 helai baju. masa ni tengah pening, tak tau nak pakai which one.. yang penting semua ada pink πŸ™‚

with maxi dress..

this one, pernah pakai masa wedding my cousin, Sis Ilah.. memula plan nak pakai yang ini je, just jahit manik je la. tapi macam.. sebab dah pakai kan.. tak nak la.

yang ni plak, angkara pegik survey kat Bridal, majoriti sewa baju sahaja RM250- RM280.. OMG! mahal gila kot hanya untuk beberapa jam sahaja. maka, frust gila. balik KB pegik beli kain lace and jahit.. baru je siap jahit plan nak pegik hantar untuk jahit beads.. tapiii.. terpegik Zaiza Bridal dulu.. and baju kat situ macam menarik perhatian.. and, of course la PINK kan..



first time try, macam tak muat T___T second time pegik, try lagi. dah muat sket, tapi still macam tak selesa sket.. third time pegik, confirm muat. oh yeahhh! tak sia sia mengamalkan *tettt* will be update later bout this..

kali ke tiga pegik Zaiza Bridal, Yuni cakap ada baju baru dia beli. pink and black. serious berkenan. siap dia bagi bawa balik rumah dulu. 4-5 hari duk tilik baju tu. HAHA tapiiii.. sayangnya..kat lengan tu macam tak berapa selesa. erkkk.. selepas difikirkan seminggu seminggu before majlis, akhirnya membuat keputusan untuk pakai baju pic yang ketiga diatas. dan inilah hasilnya…

ni pon me combined ngan black maxi dress.. sebab nak pink black jugak kan πŸ™‚

pstt.. ini baru baju untuk tunang kalau baju untuk nikah? patplohpat kali kot try. HAHA, thank you to my dear bff, Syafa sebab sanggup menemani and melayan kerenah kawanmu ini, tapi on my e-day dia tak dapat dtg sebab balik Sarawak T___T

E-DAY -Mini Pelamin-

mini pelamin. masa ni dalam 50 – 50 lagi nak buat ke tidak. so pergi survey kat kedai pengantin. ok tak berkenan. terus cancel nak buat mini pelamin for e-day nanti. tapi bila balik rumah sibuk duk mengoogle pic mini pelamin for e-day.. yang penting semua pink HAHA

this one lawa kan?Β  sebab macam simple je. tapi sebab tak nak kerusi, kang takot nampak x lawa plak.

dah try deco sendiri. guna my pinky kelambu. HAHA. lawa jugak, tapi sedikit cacat nampak. KAHKAHKAH. sebab nant takde lampu macam kat atas ni. takkan nak sewa lampu saje kan? sebab kelambu and bunga memang dah ada, eh baru nak tunjuk pic yang me tiru ala ala yang ada kelambu ni, tapi tak jumpa simpan kat folder mana.. ntah ntah ada orang yang terdelete T___T

yang ni rasanya pelamin tunang my junior kat MSU kot, Wardah.. correct me if im wrong.

yang ni macam terlampau simple pulak..

yang ni plak terlampau over kot kalau nak tunang. HAHA. dont like la.

yang ini lawa kann?

yang ni ponnnnn..

pink + white. lawa jugak.

yang ini pon simple. comel je.

pink and black. eh tetiba je muncul idea nak buat pink black.

this one pon combination of pink and black.. sebab macam dah terbekenan theme pink and black, terus rasa nak buat pelamin tunang pink and black. 2-3 kedai je pegik survey, yang lain tanya rakan rakan saje. orang itu bagi feedback itu orang ini bagi feedback ini.. lastly, me decide nak pegik Zaiza Bridal. 21 mac, 32days before e-day ajak Syafa temankan pegik sebab tak tahu tempat, sampai sana macam biasa la belek belek album kat kedai tu dulu kot kot ada yang berkenan dihati. tapi tak buat keputusan lagi la. second time pegik lagi with Syafa and Mama. 50-50 gak masa ni. minggu ketiga, pegik with Syafa and Sri. masa ni, memang dah buat keputusan. memang nak amek kat sini. sebab tunjuk pic kat Yuni, dia cakap boleh buatkan macam me nak tu. ok set. and one week before majlis, pegik lagi skali with family, untuk confirmation.. and suruh diorang datang pasang awal 4 days before majlis. bukan ape, sebab takot ada yang tak kena ke ape kan boleh adjust.. lagipon nak kemas rumah la ape la lagi kang nanti takut kelam kabut plak.. so hasilnya…

finally, pink and black menjadi pilihan hati. thank you Zaiza Bridal. sangat berpuas hati πŸ™‚

E-DAY -GuestList-

sebulan before majlis, start invite kawan kawan terdekat.. nak invite semua, tapi sebab tunang je kot.. korang korang yang tak dapat invitation jangan la sentap pulak ok? on my big day i’ll invite semua.. no worries πŸ™‚

schoolmate. thankyou bff sebab sanggup balik form Johor and Shah Alam..

Najmi’s family.. my future SIL

schoolmate. Apex n Pokloh. Esah n Azim. thanks Azim!

Nana and Ariff. tak sabar nak tunggu on ur big day :p

dua dua bff. Mok and Esah.

Na.. Shafiq’s gf.. future cousin mayb πŸ™‚

tetamu paling lambat sampai. Anot, Bell and Razer.

last but not least, mr.photographer Akim..

serious memang tak invite ramai pon.. hanya kat atas atas ni je orang luar, yang lain semua family.. family sebelah arwah Pa, family sebelah Mama and family my mr.fiance.. if ikotkan ada lagi family members yang tak dapat datang, sebab last minute my uncle, Papa masuk ward.. so diorang semua terus pegik Kuantan je.. hope u get well soon, Papa..

friends and families, thank you guys for coming!

PREPARATION

memula hanya menggunakan buku ini..

teringat plak time kat college dulu selalu kena marah dengan HOD sebab kalau ada buat event pape, mesti me gunakan buku yg kecikgila macam ni.. majoritinya semua buku memo yang dapat hadiah time sekolah tadika+rendah.. gila lama bukan? tapi sebab masih simpan, so digunakan la time time macam ni.. sebab macam senang nak dibawa kesana kemari..tapi sebab macam banyak sangat nak dicontengkan, terjumpa buku sekolah dulu yang tak diguna pakai, malas nak pikir lain.. capai je buku ni, catat je semua.. dari A-Z la kot semua ada dalam buku ni..

all about my preps..

MY ENGAGEMENT DAY

Event :: Nieja & Akim a.k.a Man’s E-day

Date :: 23.4.11

Theme :: PinkBlack

sepatutnya majlis start before Zohor.. around 11 or 12pm.. atas sebab sebab tertentu, buat after Zohor.. so after Zohor, rombongan pihak lelaki sampai.. masa ni dah dup dap dup dap dah.. nervous ok! nasib baik my bff ade temankan kat bilik..

Uncle Shamil sebagai juruacara majlis.. actually ada record, tapi malas la nak upload besar sangat file. so, simpan buat kenang-kenangan sudey!

habis discuss, Sis Mirna masuk bilik panggil.. dia and Teh yang iringi masa nak g sarung ring tu..

muka cuak gila. damn!

nasib baik tak terketar ketar tangan masa tu HAHA.. future MIL siap sarungkan ring merisik n tunang, phewww.. macam nak jerit horayy kat situ jugak.. sebab macam dah lega gila..

Mama sarungkan ring kat my mr.bf, opsss.. sekarang sudah my mr.fiance πŸ™‚

bacaan doa oleh my uncle, Ayah Chik..

we’re engaged πŸ™‚

bro and sis, semoga kalian cepat bertemu jodoh πŸ™‚

sibling

with Mama


alhamdulillah, setelah 5+ years.. akhirnya kami bertunang πŸ™‚ thank you families and friends yang datang and memeriahkan majlis..

more update about preparation, make up, foods, hantaran, pelamin and bla bla blaaa.. so, stay tune!

EXCLUSIVE..

rakan rakan dan family members yang tak dapat datang, request suruh cepat cepat upload pic.. tak sabar betul korang ni. HAHA.. so, atas permintaan ramai.. exclusive hanya di NiejaMuhaimiDotCom sahajaaaaa…

semua pic dah dapat. gila cepat bukan? so nanti ada kelapangan waktu.. diupdate semua kat blog..

NM HOMEMADE CHOCOLATE

actually dah lama nak try buat chocolate ni. tapi macam entahh.. tak berapa nak excited sangat time tu, tapi ntah kenapa tetiba rasa macam excited nak buat.. so terus buat. padahal time tu dah nak kul 3 pagi kot. tapi takpe, sebab excited sangatkan? pukul 4 – 5 pagi pon sanggup. HEHE

|double boiled choc|

|chocolate mould|

dah cair choc tu, nant terus tuangkan dalam choc mould ni..

sangat comot. sebab guna spoon je masa buat ni.

dah siap, sejukkan dalam peti ais..

tapi.. sayangnya sebabbbb……….

tak berapa menjadi T___________T ok percubaan pertama. dimaafkan. esok nak buat LAGI!!! sehingga berjaya..

HAPPY BIRTHDAY, NAJMI

after Maghrib, Mama cakap nak g celebrate birthday Najmi.. Iwe’s gf. OMG! gila lupa. banyak sangat benda nak pikir sekarang ni, sampaikan birthday bakal adik ipar pon terlupa. hoho. tapi nasib baik sebab Mama cakap dia dah g beli cake tadi petang. so takde la nak kelam kabut sangat. around 10 lebih, Iwe datang pick up kitorang kat rumah.. then baru pick up Najmi.. Iwe ajak g makan ikan bakar, ingat nak makan dekat rumah ni je.. tapi macam dah selalu sangat lepak situ.. so Iwe ajak pegik celebrate katΒ  Pantai Penarik..

|Restoran ThaiMalay|

ikan bakarrrrr πŸ™‚ i loikeee!

tak ramai pon, adik beradik saja. Chox plak last minute tak join sebab ada badminton. rugi! HAHA

|apple juice| laici| teh ais| laici| milo ais|

tapi warna air teh and milo macam nak same je.Β  lepas order air, me n Mama terus pegik pilih ikan. fresh woo.. tangkap terus dari aquarium dia.

|siakap masak kaisum|

first time try. nama macam pelik kan. tu yang try. notΒ  bad la. masam masam gitew.. and ada lagi satu masak ape ntah nama pon macam pelik gila je. takpe next time boleh datang try πŸ™‚

|ikan kerapu bakar|

|kerabu perut|

|paprik belut|

|telur dadar|

|daging goreng kunyit|

lepas makan, naik kereta tu ngam ngam pukul 12 am.. then terus hantar Najmi, and bagi cake kat dia..

Happy Birthday my dear Najmi, sweet 7teen πŸ™‚

oh noooooooooo.. kenyang gilos!