hari tu jumpa ngan blogger Egie.. first time jumpa, tu pon sebab Egie singgah Setiu jap semata mata nak bagi perencah mee bandung and mee rebus Muar.. thank you dear, and nice to meet you 🙂 tak sabar nak buat mee bandung hehe
WORDLESS WEDNESDAY -8-
APAM POLKADOT
percubaan pertama. dan tak menjadi. so malas nak upload pic selepas masak, tak snap pon sebenarnya HAHA jom nangis!
jangan tertipu. ini bukan saya punya 🙁 *sob sob* pinjam pic eh akak..
I.LOVE.CHOCOLATE
NM CHOCOLATE MOIST CAKE
sempena Teacher’s Day hari tu NM buat promotion untuk choc moist cake.. hanya 10 yang terawal je me terima, selebihnya normal price..
order from Faris for Teacher’s Day
order from Mr. AHY
order from Dahlia
order from Pokloh for his niece
order from Ain
order from my bff, Syafa
order from Anies
order from Pokloh for his beloved fiance
order from Mr.I for his gf
order from Mama’s friend..
HOMEMADE CHOCOLATE -part ii-
masih ingat entry NM Homemade Chocolate? sebulan yang lepas kalau tak silap, pastu berazam nak buat lagi dan lagi sampai jadi. tapi janji tinggal janji. tak buat buat jugak. pastu tetiba rasa macam bersalah plak kat diri sendiri, sebab dah janji nak belajar buat sampai jadi kan.. maka, malam tu.. pukul 2-3 pagi, lepas buat cake.. terus buat chocolate ni.. sejam buat, tak jadi. buat lagi. tak jadi. and try lagi. still tak jadi. ok fed up! masuk bilik tido. tapi tak dapat lelap mata, macam tak puas hati gila, sebab buat tak menjadi T_________T sedih tak payah cakap la kan.. sebab sakit hati, sedih, marah kat diri sendiri sebab buat banyak kali tak menjadi jadi, terus bangun balik pegik kitchen and buat lagi.. and akhirnyaaaa..
hampir Subuh, baru siap. ok lega. menjadi la jugak, even tak secantik orang lain buat. ada tebal, ada nipis, ada warna tak sekata.. macam macam la. ok takpe, orang kata practice make perfect.. so kita try and try lagi..
and terus packing untuk si Faris bawa ke Sekolah sempena Teacher’s Day 🙂
esoknya, lepas buat cake.. terus buat choc lagi. semangat ok! yang semalam buat pon ada yang tak jadi lagi, tapi belagak macam dah pro terus nak buat lolichoc.. ok comot!
siap packing. dah sudah dijual untuk ke esokkan harinya. yang penting orang cakap SEDAP. :p
and sambung buat lagi, buat sambil belajar. and me jadikan free gift untuk orang yang beli choc moist cake sempena Teacher’s Day hari tu..
siap packing untuk kawan kawan Faris. packing macam ni sudey, sebab budak sekolah kan..
and yang ni buat sebab kawan kawan sekolah Faris nak beli. target market, budak budak sekolah. HAHA and now macam semakin excited buat chocolate ni.. tapi bab color tu, kejap je buat.. bile dah start tak jadi rasa nak campak je mould choc tu.. tapi bila dapat duit 🙂 HEHE
O.V.E.N..I’M LOVING IT
dah lama nak beli oven, tapi time nak beli je duit macam tak berapa nak cukup kan.. tapi rezeki itu dimana mana, baru 2 hari berniaga choc moist cake, tengah malam tu ada orang kasi oven.. omaigoddddd! tak happy? sangat tipu la kan. nak melompat kot. HAHA
bukan satu. tapi 2 🙂
haruslah tak sabar kan nak buka..
|ECE vs PENSONIC|
|PENSONIC AE 19-N |
|ECE EEO 308 (R)|
pukul 4 pagi, tengah pilih. rambang mata. baru 2 kot. dah tak tahu nak pilih. sebab orang tu tau, kalau dia beli nanti mesti me tak berkenan la tak nak la ape kan, so dia minta ngan orang kedai bawa balik dua dua.. so senang sket nak buat pilihan.. pilih punya pilih before 6am buat keputusan, me pilih Oven ECE.. oh yeahh tak sabar nak bake!!! thank you kepada yang memberi, semoga dimurahkan lagi rezeki 🙂
CHICKEN and VEGE with BLACKPEPPER MUSHROOM SAUCE
tak tau nak bagi nama masakan ape, so kita belasah je chicken and vege with blackpepper mushroom sauce 🙂
bahan bahan yang diperlukan :
- ayam
- cauliflower
- carrot
- mushroom blackpepper sauce
cauliflower and carrot tu celur kejap je la, letak seasoning sket.. and ayam tu letak garam+kunyit and goreng dengan bawang besar.. dah masak ayam tu, boleh la letak blackpepper mushroom sauce.. yang ni memang ada stock la kat fridge, habis je me buat terus.. senang nak makan ngan lamb 🙂 oh lama tak makan lambbbbbbb!!!
chicken with blackpepper mushroom sauce, last sekali baru letak cauliflower and carrot tu..
|NM chicken and vege with blackpepper mushroom sauce|
ready to eat 🙂
WORDLESS WEDNESDAY -7-
KURSUS HOUSEWIFE -part ii-
Day 8 |sup ayam| sup cendawan| sambal belacan| ikan goreng|
Day 9 |ayam + ikan goreng| timun| sambal belacan| petola masak lemak|
Day 10 |tomyam campur| singgang ikan tongkol + kacang bendi| kacang panjang + taugeh goreng| ayam percik|
Day 11 |ulam fresh| ulam celur| budu + tempoyak| budu| ikan budu| ikan masin|
|kari ayam| kari ikan| sotong masak hitam| udang masak sambal| siput sedut masak lemak| ikan goreng|
time ni balik KB, memang heaven gila kot makan. my fav siput sedutttt.. yummehhh!
Day 12 | bubur ayam| ikan bilis goreng| lobak jeruk| sambal|
Day 13 | terung sambal| ikan goreng| ayam masak lemak cili padi| ikan kerapu bakar|
Day 14 |udang masak lemak cili padi| petola goreng| lala masak pedas| ikan goreng|
2 minggu sudah. lepas ni, si Kakak akan busy dengan aktiviti membuat cake and choc.. so adik adik sila masak ok untuk si Kakak!
PROMOTION (Teacher’s Day)
IKAN TUKA TUKA BAKAR
|ikan tuka tuka|
dah siap cuci segala, boleh terus marinated dia.. barang yang diperlukan aluminium foil, rempah ikan bakar yang dah siap.. malas nak buat, beli yang jual kat kedai kedai tu sudey… sedap jugak :p
marinated dalam setengah jam macam tu, pastu bakar..
done!
ternyata sangat sedap. HAHA tapi kalau nak super sedap kena buat sendiri la rempah ikan bakar tu.. tapi yang me beli dekat Mydin ni pon not bad la.. sedap jugak..
HAPPY MOTHER’S DAY -part iii-
last Thursday, Mama cakap nak balik KB. hoyeaaaahhhhhh!!! sebulan kott tak balik.. mesti la rendu kat warga Sri Nakhoda kann? 🙂 sebab dah lewat petang baru Mama bagitahu.. so macam..errr, sempat tak nak buat cake? sempat tak sempat takkk? terus je godek peti ais and foods cabinet, ada lagi bahan bahan sket.. so buat je la.. boleh bagi cake Mom’s Day kat aunties tersayang kat KB kan..
cake tak sempat sejuk terus buat topping sebab takot tak sempat. sekaliiiiiiiiiiiiiiiii.. 2 jam menunggu. cis! tak lawa dah cake tu T_____T sebab choc yang me tabur atas tu cair, ye la cake baru siap masak kan.. aishhh.. takpe la aunties semua, janji cake ni siap kan 🙂 Happy Mom’s Day Aunties.. Love you all.. and sorry to aunties yang duk jauh tak dapat la merasa :p
FEINAZ CUPCAKE, SHAH ALAM
rakan rakan yang duk area Shah Alam, kalau teringin nak makan cakes/cupcake boleh contact Feinaz Cupcake, Sek 7 Shah Alam.. me sendiri pon tak pernah rasa cupcake dia, tapi dah 3 kali order HAHA..
first time order Nov last year, masa ni untuk surprise birthday my mr.fiance.. and suruh akak ni delivery je terus ke rumah my mr.fiance..
second time order last April, masa ni 5th years anniversary kitorang..
and yang ni last week, untuk birthday my cousin, Bella..
and yang ni 2 hari lepas order for future MIL
even me tak pernah rasa cupcake akak ni, tapi me tengok pon macam dah tau sedap.. so, families and friends kalau nak order boleh contact akak ni eh..
Owner : Kak Azlina
Phone no : 0172190371
Location : Apt Danaumas, Sek 7 Shah Alam
Email : azlina1175@yahoo.com.my
Blog : http://www.feinazcakes.blogspot.com
atau boleh add kat facebook : Azlina Amizi
































































