HOMEMADE CHOCOLATE -part ii-

masih ingat entry NM Homemade Chocolate? sebulan yang lepas kalau tak silap, pastu berazam nak buat lagi dan lagi sampai jadi. tapi janji tinggal janji. tak buat buat jugak. pastu tetiba rasa macam bersalah plak kat diri sendiri, sebab dah janji nak belajar buat sampai jadi kan.. maka, malam tu.. pukul 2-3 pagi, lepas buat cake.. terus buat chocolate ni.. sejam buat, tak jadi. buat lagi. tak jadi. and try lagi. still tak jadi. ok fed up! masuk bilik tido. tapi tak dapat lelap mata, macam tak puas hati gila, sebab buat tak menjadi T_________T sedih tak payah cakap la kan.. sebab sakit hati, sedih, marah kat diri sendiri sebab buat banyak kali tak menjadi jadi, terus bangun balik pegik kitchen and buat lagi.. and akhirnyaaaa..

hampir Subuh, baru siap. ok lega. menjadi la jugak, even tak secantik orang lain buat. ada tebal, ada nipis, ada warna tak sekata.. macam macam la. ok takpe, orang kata practice make perfect.. so kita try and try lagi..

and terus packing untuk si Faris bawa ke Sekolah sempena Teacher’s Day 🙂


esoknya, lepas buat cake.. terus buat choc lagi. semangat ok! yang semalam buat pon ada yang tak jadi lagi, tapi belagak macam dah pro terus nak buat lolichoc..  ok comot!

siap packing. dah sudah dijual untuk ke esokkan harinya. yang penting orang cakap SEDAP. :p

and sambung buat lagi, buat sambil belajar. and me jadikan free gift untuk orang yang beli choc moist cake sempena Teacher’s Day hari tu..

siap packing untuk kawan kawan Faris. packing macam ni sudey, sebab budak sekolah kan..

and yang ni buat sebab kawan kawan sekolah Faris nak beli. target market, budak budak sekolah. HAHA and now macam semakin excited buat chocolate ni.. tapi bab color tu, kejap je buat.. bile dah start tak jadi rasa nak campak je mould choc tu.. tapi bila dapat duit 🙂 HEHE

Leave a Reply