PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT

hari Mama balik from Umrah tu, ade la buat puding karamel.. tapi bukan puding karamel biasa tu, me ade tengok kat blogresipi die ade buat puding karamel lapis coklat, nampak macam menarek tu yang teringin nak buat.. TAPIIIIIIIII..

caramel4

jadi ke tak jadi, me tunjuk la jugak..

caramel

Bahan yang diperlukan:

  • susu cair 2 tin
  • telor gred A 6 biji
  • esen vanila
  • serbuk koko
  • gula

Resipi Puding Karamel Lapis Coklat

Bahan A

  • 1 tin susu cair
  • 5 s/b gula
  • 3 biji telur A
  • 1 s/k esen vanilla

Bahan B

  • 1 tin susu cair
  • 5 s/b gula
  • 3 biji telur A
  • 4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C

  • 2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu-kite guna 5 s/b gula. suke karamel manyak2. :)
  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan-kite kukus guna oven. Letak air dlm dulang pembakar dan kukus pd suhu 200?C.
  3. Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
  4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
  5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
  6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.-kite buat 3 lapis je. So kukus lama sikit pd setiap lapisan.
  7. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan
  8. Potong dan hidangkan.

caramel1

bahan A

caramel2

bahan B

caramel3

and inilah hasilnya.. yang sebelah kiri tu cilok dr blogresipi cantik molek je die buat.. sepatutnya jadi macamtu la tapi sebab me gelojoh sangat tak sabar, tengoklah hasilnya sebelah kanan tu.. dah bercampur aduk, macam kek marble dah. haha. takpe takpe, practice makes perfect, lenkali cuba lagi. 🙂 sedapkan hati. HAHA.

6 comments

Leave a Reply