NASI AYAM HAINAN

kemain la dah snap pic step by step buat nasi ayam hainan ni, maklum la biasa me duk buat nasi ayam NM je haha, tetiba macam nak buat nasi ayam hainan, actually me takde la suka sangat kalau kat kedai pon me lagi suka yang roasted or goreng, tapi mr.husband mmg suka yg steam camni..

excited la first time nak buat nasi ayam hainan, eh sekali bila check balik semua pic dah terdelete bhahaha! takpe la gambar dah siap je pon..

bahan – bahan :

  • ayam
  • halia
  • minyak bijan
  • kicap cair
  • lada sulah
  • daun ketumbar
  • daun bawang
  • cili merah
  • air limau

Firstly, buat ayam dulu. Ayam ni lumur dengan minyak bijan + kicap cair + sedikit lada sulah + garam. Lumur kat seluruh ayam tu, biarkan kejap dalam 20min ke camtu baru rebus. Dalam air rebusan tu, me masukkan daun ketumbar + daun bawang + bawang putih + halia + bawang besar sekali. Actually kalau buat utk seekor ayam, semua ni sumbat je dalam perut ayam tu.. tapi sebab me buat 4 ketul ni je so me campak dalam air rebusan tu la. Nampak ayam dah masak boleh la angkat and celup dlm air sejuk or air ais, utk stop cooking process.. tak nak pon takpe.

ayam dah siap direbus

utk sos kicap masukkan minyak bijan + kicap cair + gula and garam sikit je, tak nak letak pon xpe sebab kicap cair tu dah masin kan.

untuk sambal, cili merah + halia + bawang putih blend sikit dgn air, then masukkan sedikit gula + garam + air limau..

sup ni, me amik je air rebusan ayam tadi tambah seasoning sikit, siap.

oh, utk nasi plak me amik lebihan kulit/lemak ayam masa cuci ayam tu pastu goreng kejap sampai keluar minyak.. slow cook je smpai keluar minyak dari kulit ayam tu then masukkan bawang merah + bawang putih + halia sampai kekuningan, then masukkan beras yang dah dicuci.. and masukkan air rebusan ayam tadi, masukkan dlm rice cooker mcm biasa.

ayam dah siap tadi, siram dgn sos kicap yg kita buat tadi

my first attempt, nasi ayam hainan 🙂

nak lagi detail, boleh tengok video kat SINI

Leave a Reply