AYAM KAM HEONG

bahan-bahan:

  • ayam
  • lada hitam
  • serbuk kunyit
  • tepung jagung
  • bawang putih
  • bawang merah
  • cili padi
  • daun kari
  • bawang besar
  • sos tiram
  • kicap
  • sos cili
  • serbuk kari

cara-cara :

ayam dah siap cuci me taburkan sedikit serbuk lada hitam + sedikit serbuk kunyit + garam. perap la kejap 5min camtu, then me gaul dengan sedikit tepung jagung. malas nak celup telur dulu ke ape, gaul je terusĀ  and goreng.

ayam dah siap digoreng

sediakan serbuk kari+kicap+sos tiram+sos cili. tapi kehabisan serbuk kari ayam/daging me belasah je guna serbuk kari ikan.

firstly, tumis bawang putih+bawang merah+cili padi+ daun kari. kalo nak real macam kat kedai pakai cili kering. dah nampak bawang semua tu dah nak garing, me masukkan serbuk kari+sos tiram+sos cili+kicap tu tadi and masukkan la sedikit air sebab kalau tak dia jadi kering sangat. and lastly masukkan ayam yang dah digoreng + bawang besar. garam ke ape me dah tak letak sebab sos semua tu dah cukup rasa, but if korang nak tambah boleh je.

ayam kamheong

malas nak masak lauk lain, me goreng je telur mata makan bersama ayam kamheong ni. cewah dah macam makan kat kedai haha.

Leave a Reply