AYAM GORENG KARI

ada balance daun kari, tak tau nak masak ape me google la resepi ayam daun kari, sekali nampak ayam goreng kari ni sedap so me try la buat.

bahan-bahan :

  • ayam
  • ubi kentang
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • bawang besar
  • daun kari
  • serbuk kari

cara-cara :

ayam tu me letak garam+kunyit and goreng dulu kejap, then goreng kentang. kentang tu saje me potong wedges gtu.

dah settle goreng ayam & kentang, bleh tumis bawang besar + daun kari kejap sampai garing and masukkan bawang merah+bawang putih+halia yang ditumbuk. kalau nak buat kuantiti banyak, blend aje la ni sebab buat sikit je malas aihh nak cuci blender bagai. bawang-bawang semua dah nampak kekuningan, me masukkan serbuk kari yang dah dicampur sedikit air + cili kisar. and last sekali me masukkan sedikit air asam jawa + garam + gula. dah nampak pecah minyak tu boleh la masukkan ayam+kentang tadi, gaul sebati.

ayam goreng kari

actually bila dah siap, oh macam sama je me duk buat ayam kari kering bezanya yang tu ayam& kentang me tak goreng dulu.

Leave a Reply