MUKMIN IKAN BAKAR ALAI CRYSTAL BAY, MELAKA

semalam, Mir ajak pergi Melaka. saja-saja g makan ikan bakar. ramai yang suggest Mukmin Ikan Bakar dekat Crystal Bay ni. nak ke Medan Selera Ikan Bakar Crystal Bay ni kena lalu kawasan perumahan. memula macam pelik jugak sebab kawasan perumahan belakang tu tempat makan..actually kat sini banyak gila kedai yang jual ikan bakar, so boleh pilih je yang mana berkenan. kebetulan kitorang sampai sana pon 8 lebih, ngam-ngam time orang dinner kan, memang penuh la.

ni pilihan seafood yang ada, alaskan king crab pon ada kat sini. harga dekat pic tu semua per KG. yang penting semua fresh la. sebab berdua je so order pon takde la banyak pon.

ketam telur masin

udang butter cereal

ikan pari bakar + ikan pari bakar berempah

semua sedap, tapi pari berempah tu rempah dia bagi kitorang macam tak berapa kick, and sambal dia letak pon tak banyak tengah makan me request tambah sambal tu lagi hahaa.. pari bakar biasa tu just cicah dengan air asam, sedap. total ikan pari bakar sekor 1.2kg + udang 6 ekor size besar + ketam 2 ekor besar RM80. kalau korang nak makan ikan bakar boleh la try kat sini, takpon pilih je kedai area situ berlambak..

MUKMIN IKAN BAKAR ALAI

Jalan Alai Perdana 8, Alai, Melaka 

operation hour :Rabu – Isnin (dinner)

 

 

Leave a Reply