SAMBAL SOTONG SUMBAT

Bahan – bahan :

  • 2 biji telur
  • daun ketumbar
  • bawang besar
  • carrot
  • kacang buncis
  • sotong
  • bawang merah
  • bawang putih
  • cili boh
  • air asam jawa

Cara – cara :

firstly, kita buat isi yang nak sumbat dalam sotong dulu.. me guna 2 biji telur + daun ketumbar + bawang besar + carrot + kacang buncis. actually kalau nak sedap, boleh letak isi udang yang dah dicincang, or ada jugak yang letak sosej. tapi sebab takde udang or sosej, me letak sayur je semua, cewah konon healthy la sikit bahhaha! untuk nak buat telur ni senang je, campur je semua letak garam sikit then kacau-kacau masukkan dalam kuali or pan dengan sedikit minyak. tapi me pakai non stick pan, takde letak minyak ke ape dah.. kacau la sampai dia masak, ala-ala buat scrambled eggs.

ni telur yang dah siap, then tunggu sejuk sikit boleh la sumbat dalam sotong. actually untuk bahan me buat ni boleh untuk 6 ekor sotong, tapi sebab macam banyak sangat me buat 4 ekor je la..

part ni macam buat ketupat sotong masukkan kepala sotong tu and cucuk dengan toothpick, supaya nanti dah masak takde la telur tadi terkeluar..

untuk sambal dia plak, me blend 4 ulas bawang putih + 2 biji bawnag merah + 1/4 bawang besar holland. panaskan minyak, tumis cili boh or kalau rajin nak belnd cili kering pon boleh tapi sebab malas me guna je cili boh lagi senang, dah nampak garing boleh masukkan bawang yang diblend tadi. kacau sampai pecah minyak, masukkan garam + seasoning and sedikit air asam jawa.

nampak sambal dah masak and kering, boleh la masukkan sotong tadi. biasanya dah masukkan sotong, banyak la air sotong keluar. jangan panik, kacau je sampai texture sambal korang suka camne. me buat ni tak berapa cair sangat tapi tak berapa pekat sangat, kira sedang-sedang je la.

Sambal Sotong Sumbat by NM

dah ada sayur dah ada telur, so tak payah la nak masak 2-3 lauk hahaaa.. makan sambal sotong sumbat ni aje la dengan nasi yumms!

 

 

2 comments

Leave a Reply