ASAM FISH

my first attempt asam fish. sambil buat asam fish terbayangkan asam fish dekat Adam Lai. kecur air liur wehh..

bahan – bahan :

  • dory fillet
  • lada hitam
  • garam
  • lemon @ serbuk limau
  • tepung jagung
  • tepung beras
  • baking powder
  • cili padi
  • belacan
  • bawang merah
  • bawang putih
  • bawang merah
  • kunyit
  • halia
  • lengkuas
  • asam jawa
  • asam keping
  • kacang bendi
  • bunga kantan

cara – cara :

dory

me guna 2 slice dory fillet. then potong cube.

asamfishdory

lepas cuci dan toskan, me marinated kejap ikan dory tu dengan blackpepper + salt + lemon. then sediakan 1 sudu kecil baking powder + 2 sudu besar tepung beras + 3 sudu besar tepung jagung.. then gaulkan dekat ikan dory yang dah dimarinate tadi.. nak guna telur pon boleh tak nak pon takpe..

2015-06-25 19.11.24

dan goreng sekejap.. tak payah lama sebab ikan cepat je masak..

asamfishdory1

untuk sambal, me blend bawang putih + bawang besar + bawang merah + halia + lengkuas + kunyit + belacan + cili padi. tumis sampai pecah minyak, masukkan garam + gula + perasa + air asam jawa.. last sekali baru masukkan bunga kantan + kacang bendi.. boleh tambah air sikit if nak berkuah.. and boleh la masukkan ikan dory yang dah digoreng tadi..

2015-06-25 19.24.32

NM asam fish

One comment

Leave a Reply