NASI KERABU

my first attempt Nasi Kerabu. resepi dapat kat sini tapi sebab utk makan berdua je, so pandai pandai sendiri la ubah..

daging bakar & ayam bakar. daging bakar tu me perap dengan garam+kunyit je dan bakar. yang ayam tu plak guna sos marinate yang dah siap.

|daging bakar|

|ayam bakar|

cehh dah siap bakar, cucuk2 macam skewer plak.

utk buat tumis nasi kerabu ni, me guna dalam 5 biji bawang puti + 5 biji bawang merah + 1 labu bawang besar + halia skit + gula melaka + cili kering dlm 8 gtu la + 1 serai + asam keping. blend je semua kecuali serai dan asam keping. dah tumis semua baru masukkan serai, dah naik minyak masukkan santan dan last masukkan garam+gula+aji no+asam keping. ikot resepi dia suruh campurkan budu sekali, tapi me asingkan je.

|sambal tumis|

utk sambal kelapa, me rebus 2 ekor ikan sardin. then gorengkan kelapa parut tu, tumbuk 2 biji bawang merah dan 1 batang serai. nanti tumbuk dan gaulkan semua sekali dan letak garam skit.

|sambal kelapa|

ulam yang ni je mr.hubby belikan. timun+kobis+kacang panjang+bunga kantan+daun kesum nak lagi sedap letak tauge sekali

|ulam|

|sambal| keropok| nasi kerabu| budu|

sambal tu memang dah sedia ada dlm peti ais, just tuang je dlm bekas. HAHA budu pon sama. keropok Mama ada bawa last week, so goreng je la. tapi telur masin berapa kedai cari takde ๐Ÿ™ takpe la takde telur masin pon. ingat nak buat solok lada sekali tengok resepi mcm senang tapi memikirkan me sorang je yg makan tak payah la nak beria sangat.. and nasi kerabu biru tu, just masak macam nasi biasa dan me letakkan 1 sudu pewarna biru. supposedly guna 1 sudu kecil tapi tersalah guna 1 sudu besar, amik kauuu.. biruuunya! dan letak daun limau 2-3 keping + serai sebatang dalam nasi tu bagi wangi skit..

tadaaa.. my homemade nasi kerabu ๐Ÿ™‚

alhamdulillah, mr.hubby cakap sedap macam nasi kerabu makcik bedak sek7 hahaaa! actually tumis tu ada lebih banyak, the ย next day me buat ayam percik je la..

Leave a Reply