balik KB, dinner dekat Nasi Air Manisnya Madu. sebab macam dah lama gila kot tak makan sini. dah lama tak makan kat sini haruslah makan pon bertambah tambahkan.. then seminggu lepas tu, Mama cakap terliur plak nasi air sebab tak puas hari tu makan dekat KB.. so buat sendiri je la sebab kat Setiu tak tau ada orang jual ke tak nasi air camni.. biasa yang macam sup tu terus ada la.
|bubur nasi, nasi air, moi, porridge|
|kangkung goreng belacan|
tapi me tersalah letak kicap plak dah nampak macam kangkung goreng kicap HAHA
|ikan masin|
yang ni senang beli yg dalam botol tu je.. ikan tenggiri masin tak silap dia tulis.
|telur masin|
|ikan bilis|
4 lauk je buat. last min punya plan kan, mana nak cekau memalam buta lauk lauk lain.. tapi 4 lauk ni pon dah cukup selera..
nahhh.. utk tatapan 🙂