3 bulan lepas kot, Wardah ada bagi sambal bunga kantan. sambal bunga kantan? erk.. apakah? tak pernah dengar and for sure tak pernah makan.. time dia datang tu awal pagi me masih tidur kot, dia gantung je kat pintu rumah. husband nak g keje baru perasan ada sambal ni dalam bekas. and tengahari tu, terus tak sabar nak lunch dengan sambal bunga kantan. first time kot, jakun la kejap.
terus je masak nasi, goreng ayam.. pastu kebetulan semalam tu ada buat nasi lemak, sambal nasi lemak ada lebih so makan la sekali.. first time makan. whoaaa.. sedap. masam pedas manis semua cukup lengkap. makan dengan nasi putih dengan telur mata pon boleh buat lagi selera ni.. 2 hari je kot dah habis sebekas yang Wardah bagi, so order la dengan Wardah lagi.. dah bagi tester beli la plak kali ni, yang ni 1 hari dah habis. then kebetulan weekend tu ada pergi pasar malam, tertengok orang jual bunga kantan.. beli je la. konon konon nak buat tapi takde resepi. tapi sebab dah beli, try and error aje la. sebab google sambal bunga kantan macam takde jumpa plak. 1st trial buat, menjadi alhamdulillah balik Setiu, Mama beli bunga kantan soh buat, kemain la banyak buat senang nak simpan stock sekali malam tu families from KB datang.. licinnn.. maklumlah bukan me je dulu memula jakun diorang pon sama.. HAHA and ni kali ketiga buat, since ramai duk inbox dekat fb and duk tanya pasal resepi ni.. nah resepinya.. tapi as usual, my resepi bahan bahan dia main agak agak saje..
biasa me buat dalam 5 batang bunga kantan ni.. batang ke kuntum? lantak la janji paham hahaaa.. and potong/mayang halus macam dalam pic ni.. tapi takde la halus sangat..penat la nak habiskan 5 batang ni..
bahan-bahan :
- bunga kantan
- cili padi
- bawang besar
- ikan bilis
- belacan
- asam keping
- gula
- garam
bahan yang perlu blend :
- 5-7 cili padi
- 1 biji bawang besar
- ikan bilis
- sedikit belacan
ok cili padi tu nak lagi pedas letak la lagi banyak, ikan bilis biasa dlm suku cawan je, tapi kalau suka ikan bilis banyak letak la banyak.. macam me buat, dalam setengah cawan ikan bilis tapi bahagi dua.. untuk blend sekali skit and lebih tu goreng dulu sampai garing.. dah blend cili padi, bawang besar, ikan bilis dan belacan.. panaskan kuali,tuang minyak dan tumis la semua bahan bahan yang diblend tadi.. tumis sehingga naik bau.. masukkan asam keping, gula dan garam..dah nampak macam dah masak tu boleh masukkan bunga kantan tadi.. kacau kacau smpai kering dah boleh tutup api dan sejukkan.. dah sejuk baru masukkan ikan bilis yang dah goreng tu..
tadaaa.. dah siap. tapi terlupa plak nak snap pic yang dah tabur ikan bilis goreng tu.. normally kalau buat, tak terus makan.. simpan dalam peti ais semalaman dulu, the next day baru makan.. tapi lagi lama simpan lagi sedap sebab bau bunga kantan kot macam lagi kuat bau dia.. so, selamat mencuba
tak pernah tau kantan boleh buat sambal. nnt boleh cuba.
Feel free to visit mine.
http://vitalicious2u.blogspot.com/
Saya menjual BUNGA KANTAN MALAYSIA dari kebun saya sendiri secara pukal/borong kpd sesiapa yg berminat utk memborong atau beli utk kegunaan sendiri
Sesuai utk pekedai restoran, pemborong di pasar, pengilang makanan & katering
Harga murah dan kualiti bunga yg segar, cantik & besar
Boleh lawati website www[a]bungakantan[a]com
Lokasi di Hulu Langat, Cheras
Utk tanya lebih lanjut whatsapp/sms 0183879434/0122740022 fazil
hawa :: saya pon sblum ni tak tau. kebetulan member ada jual. so try beli. sedap. tapi biasa la nak try buat sdiri plak hehe. awk try la.