tonite ada buat solat hajat and tahlil kat rumah, dari pagi sampai petang busy duk baking. then stop la kejap sebab nak buat tahlil n solat hajat, naisb baik semua makanan order je so takde la kelam kabut sangat.
|kerabu pucuk paku| sambal belacan yang sangat mabeles| tembikai| gulai ayam| ikan masak blackpepper|
sangat delicious! even lauk takde la banyak sangat tapi kombinasi yang sangat sedap 🙂 thank you Kak Ton, our family caterer..  and thank you guys for coming 🙂
lepas majlis, Mama suruh clearkan semua kat dapur.. sebab me nak sambung baking lagi and majlis for the next day.. will update later!
semalam, balik KB with my cousin Nadia. dah lama tak naik bas SANI, so naik la SANI EXPRESS
wah dah canggih. bleh tengok movie, dengar lagu, dengar orang ngaji quran, boleh maen game.. and ada WIFI 🙂 fuyo fuyoo!  jakun sekejap HAHA, biasa la bila naik bas pagi mak aihhh nak sampai tu berjam jam lamanyaaa.. so, tidur tidur dan tidur lagi. sampai KB around 6.30pm, Capix pick up.. then lepas Maghrib terus start majlis solat hajat and tahlil..
nasi kerabuuuuuu 🙂
the next day, beramai ramai ke Pengakaln Kubur. tujuan, nak beli kacang kacang saje. HAHA
warga Shah Alam, kemain banyak memborong.. bekal bawa balik Shah Alam hihi..
antara hasil tangkapan yang me beli kat sana.. paling best, beli chocolate banyak banyak sebab murah gila! heavennnnnnnnnnnn :p
after lunch, Nana and Ariff balik. then tengah duk surfing my cousin Nadia call ajak pegi makan. yes, makan lagi. HAHA  lepas makan tak tau nak pegi mana, sebab Nadia sepatutnya ada kena pegi UiTM, tapi tak nak pegi so terus je pegi MidValley teman my cousin, Sha n Aiman pegi shopping barang baby 🙂 lepas shopping.. makan time :p
Sha – Sizzling Chicken and Cheese
Nadia – New York Strip Wild Mushroom Butter Sauce with Grilled New Orleans Corn Cob
Aiman – New York Strip Black pepper Sauce with Bean and Broccoli Blend
Nieja – Mushroom Onion Swiss Burger
thank you Mommy and Daddy to be sebab belanja 🙂
Khamis petang, Nana and her husband Ariff sampai Shah Alam.. ni first time Nana n Ariff sampai rumah me 🙂 ye la sejak masing masing dah kawen nak jumpa pon susah tambahan pulak masing masing duk jauh.. so kebetulan time ni diorang pegi holiday kat Colmar Tropicale, Bukit Tinggi and Genting Higlands.. so alang alang singgah la Shah Alam.. so me terus je ajak stay kat rumah 1 malam 🙂 so, malam tu Nana suruh bawa dia pegi i-City Shah Alam.. so bawakan je la minah ni..
tak sampai sejam, jom la balik. sebab dah boring HAHA. then terus pegi makan, and menghabiskan masa and cuci mata kat Uptown Shah Alam..
balik Uptown, ngam ngam pukul 12 malam. and kebetulan kitorang yang naik kat rumah dulu sebab Ariff nak g kedai.. so sempat la buat surprise birthday kat Ariff.. ada record, tapi lupa nak transfer masuk laptop. Happy 26th Birthday Ariff! lepas celebrate b’day lepak lepak tengok movie, borak borak hu-haa hu-haa.. tengok jam dah kul 5pagi. laki masing masing dah terbongkang tido HAHA
makanya, the next day masing masing bangun lambat ngeh ngeh 🙂 tetamu datang jarang jarang sekali kita buli tetamu plak yang masak :p
|green curry| ikan sambal| telur dadar tomato|
yummylicious! and ni first time blajar buat green curry.. yeay! dah pandai 🙂 thank you Nana..
tuan rumah hanya buat lamb chop saja untuk tetamu 🙂
Ibu plan nak buat Alimi’s birthday on Sunday sebab memang Sunday tu la birthday dia, last minute Ibu call bagitahu nak buat on Saturday plak. gila kalut. dah la banyak tempahan masa tu.
phew, nasib baik on time boleh siap. tapi apam polkadot yang Ibu order ye tak dapat siapkan sebab pagi tu bangun konon nak buat tapi blackout.. Â petang, terus gerak pegi umah Ibu.. jumpa ngan Ciksu jap sebab dia nak pick up cake n cheese tart untuk celebarte anniversary dia. sampai rumah Ibu, “eh jadi ke tak ni majlis? macam takde pape je lagi?“ majlis strat lepas maghrib, tapi pukul 6ptg baru Ibu keluar beli barang HAHA. memang hebat la. nasib baik cepat and ramai yang rajin so keje pon cepat je la siap.
oh yeah! ada bbq. macam dah lama tak berbbq 🙂 punya la susah nak hidupkan api. dah la kami berlima semua pompuan. nak hidupkan api pon tak reti. tapi setengah jam lepas tu dah ok ;p jom bakarrrr daging rusa!
sepatutnya order  ni dah bleh siap awal tapi disebabkan masalah kesihatan, maka tergendala la plak.. so today baru rasa betul betul sihat, then terus masuk kitchen..
packing cheese, dah siap bake 7 choc cake tapi belum sempat buat topping and letak stoberi, stoberi pon belom sempat nak g beli.. so esok pagi kena bangun awal la stock banyak dah abis.. and now tengah siapkan 100pcs lolychoc, sekarang baru siap 60pcs, 20pcs lagi tengah nak packing, lagi 20pcs belum buat. pastu nak kena buat 100pcs tart shell. sebab esok nak kena siapkan apam polkadot lagi, choc mini cake lagi, nak buat cheese tart lagi.. aiyoo!
tak sempat nak masak, maka breakfast,lunch and dinner makan ini saje.. cepat la mr.hubby balik.. im hunGry!!