KUEY TEOW THENG

2-3 hari lepas nampak my cousin, Elin duk buat kuey teow theng.. eh pastu tetiba ramai plak duk share kat FB.. x boleh jadi ni.. terus buat la..

bahan – bahan :

  • kuey teow
  • ayam
  • fishball/ fishcake
  • sawi pakchoy

cara – cara :

Utk sup, me rebus air then masukkan isi ayam. Isi ayam dah masak boleh angkat and sejukkan kejap pastu boleh la carik-carik isi ayam tu. Then me tumis sikit bawang putih + halia cincang, pastu masukkan air rebusan ayam tadi, masukkan chicken stock/cube, masukkan fishcake, fishball, oblong fishcake. keluarkan yang mana nak dihidang, pastu balance biar je dalam kuah sup tu.. me letak sesame oil skit dalam kuah sup tu, pastu nak hidang tu just tabur daun bawang/sup + bawang goreng.

Minyak bawang putih tu, cincang je bawang putih pastu tumis la kejap and angkat. Kuey teow tu just celurkan kejap, me suka pakai kuey teow halus tu. Sayur tu pon just celurkan je kejap then rendam dalam air sejuk kejap. Chili tu nak buat cili potong boleh, just potong cili and letak kicap cair.

Tapi me tak buat cili potong, so pakai je la crispy dried shrimp chili oil yang me jual ni je, nak beli boleh beli dekat shopee hehe..sempat lagi promote bahahaa!

malam-malam tak tau nak dinner ape, boleh buat ni je cepat pon cepat.

kuey teow theng

rupanya ada 2 packs kuey teow, kuah pon banyak me buat so boleh la tapau skit bagi dekat jiran-jiran..

Leave a Reply