AKOK KEDUT

tengah-tengah malam nampak orang share akok, fuhh.. tak boleh jadi.. esoknya terus buat haha! my first attempt akok kedut, resepi pon amek dekat FB je, combined resepi so agak-agak macam lebih kurang boleh la..

bahan – bahan :

  • telur
  • santan
  • gula melaka/nise
  • tepung

cara -cara :

nak senang and mudah paham, pakai ikut sukatan cawan ape korang pakai. so macam me buat ni, 1 cawan telur, 1 cawan santan, 1 cawan air gula melaka, 1/2 cawan tepung gandum. Macam cup sukatan beras me pakai ni, 1 cup dia 3 biji telur, so kalau korang pakai cup lain maybe telur 4-5 biji but dont worry, untuk sukatan lain pon korang kena pakai cup yang korang pakai tu jugak untuk senang.

so 1 cawan telur + 1 cawan santan + 1 cawan air gula melaka (me masak gula melaka ni agak-agak je tahap kemanisan dia tu, sebab ada setengah gula melaka jenis manis sangat ada yang tak manis sangat, so adjust ikut taste masing-masing and sedikit garam but me tak letak garam sebab gula melaka ni dah rasa lemak manis, and kalau ada daun pandan boleh masukkan sekali masa masak air gula melaka ni, then dah masak boleh sukat jadi 1 cup jugak) + 1/2 cawan tepung gandum, dalam pic pakai cup lain tapi measurement dia sama.

then masukkan semua bahan-bahan tadi blend and tapis masukkan kedalam acuan.

me pakai mould foil ni, letak butter or minyak sikit dekat acuan tu and masukkan adunan tadi half mould and bake 20min, suhu 170. Nak pakai oven pon boleh nak pakai air fryer pon boleh.

tinggggg!

dah siap, boleh keluarkan dari acuan, if kurang masak korang boleh tambah masa or adjust suhu, depend on ur own oven/air fryer.

akok kedut by NM

1 adunan tadi dapat la 12pcs, ok la untuk 2 orang.. siap simpan dalam peti ais lagi for the next day.

ternyata lagi sedappp bila simpan dalam peti ais hahaha! but mr.husband prefer yang panas-panas baru masak tu, dia cakap lagi fresh cewahh kemain.. padahal dulu cakap tak suka akok, ni dah suka boleh la repeat buat lagi next time..

Leave a Reply