DAGING GORENG KETUMBAR

bahan – bahan :

  • daging
  • serbuk kunyit
  • garam
  • ajinomoto
  • biji ketumbar
  • bawang besar
  • cili

cara – cara :

hari tu nampak Kak El upload pasal daging goreng ketumbar ni, pastu dia cakap buat macam goreng daging biasa je so me pun buat je perap daging dengan serbuk kunyit + garam + aji sikit pastu biji ketumbar tu me tumbuk skit and gaul semua then goreng.. dah garing and daging dah empuk masukkan bawang besar & cili.

Daging Goreng Ketumbar

daging dah nak masak pastu baru la Kak El reply balik, cakap dia ikut resepi Dato’ Rizalman haha.. rupanya me salah cara and bahan kahkahkah.. terus tengok dekat ig story yang Dato Rizalman buat sebenarnya, perap daging dengan kicap+garam+gula+serbuk perasa and masukkan biji ketumbar je pastu goreng letak bawang n cili. tapi takpe la benda dah nak siap, so next time la plak try cara Dato’ Rizalman hehe..

tapi yang camni pon sedap weh, sebab rasa biji ketumbar tu kot buat lagi sedap.

Leave a Reply