semalam datang tidur umah Mir sebab kononnya esok nak gerak awal around 10-11am, tapi biasa la janji melayu pukul 11 baru bangun pastu time tu sibuk nak buat nasi lemak pulak tetiba, memang janji melayu betul la haha!
dah siap makan, terus tapaukan untuk bawa bekal la konon malas nak stop makan ke ape, pastu siap singgah butik Tasha anta nasi lemak
baru keluar simpang butik Tasha, eh nampak orang duk jual pizza beli pizza pulok aduh!
pastu duk pergi Cash Converters la ape, last baru singgah Family Mart belikan pudding kat family members yang kirim tiberrrr plak jadi PS Family Mart haha, yang plan nak gerak 10-11pagi lastnya dekat 6pm baru gerak weh!
plan nak lalu LPT, boleh singgah Setiu dulu tapi nanti sampai Setiu family semua dah balik KB plak.. so kitorang lalu Gua Musang je sebab semua dah kat KB, sempat jugak singgah rumah Kak Zura kat Gua Musang, Ya Allah mak dia siap masakkan gulai ayam la ape pulak.. ada budu petai bagai mak aih mana boleh tolak haha, padahal sejam sebelum kitorang sempat stop kat Petronas jap makan nasi lemak yang bekal tu, biasa la dah banyak penyinggahan sampai pun dah nak around 12am..
Jumaat, lepas solat Subuh majlis cukur jambul baby Izz.
Mama order roti cicah gulai ayam and lepat pisang untuk majlis arini..
baby Izz dah botak
baby Izz with Umar
tetamu semua balik before solat jumaat, so untuk lunch kitorang masak-masak je la.
tadi pagi, dah duk plan ngan Aiman & Sha nak buat steak sebab Chef Mir balik haha, so malam ni dinner kat rumah Sha & Aiman, nasi goreng & cekmek tu goreng siap-siap dari rumah then bawa je, steak & spaghetti aglio olio je masak kat situ.
Hari ni seharian bz sampai lupa nak makan nasi, sekali dah Malam amik ko segala benda nak order haha.
Before balik Setiu, sempat buat pudding caramel 2 jenis resepi, by me and Mir.. of course la yang Mir menang sebab ingredients pon mahal haha.
Lunch, makan ayam kampung kat Kg.Bintang
Dah balik Setiu mesti nak datang Pantai kan.. makan celup tepung ditepian pantai cewah.
For dinner, goreng ayam kampung yang beli kat kedai ayam kampung tadi sebab dia dah siap marinated smua dah just goreng je..
Kononnya nak balik semalam, tapi macam penat gila lagi.. so arini baru gerak balik Shah Alam, kete pon full dpn belakang sebab bawa balik keropok viral, actually sebelum ni collect order suka-suka je sekali ramai pulak yang suka, Alhamdulillah.. tapi sebelum ni kalau blk dgn flight memang me tak collect order sngat la malas nak bawa banyak2 dengan bag n kotak bakery la ape lagi.. tapi Kali ni balik dgn kete boleh la bawa banyak skit..