beberapa hari lepas, ada pergi makan steamboat dekat Al-Fateh Steamboat & Grill, Seksyen 7. Sebelum ni selalu jugak makan Al-Fateh ni tapi dekat Kg.Jawa, Klang and ada la beberapa bulan aritu nampak dia buka new outlet dekat Bukit Raja ke mana tak silap, and this month eh nampak ada buka lagi dekat ngan kitorang, kat Seksyen 7. So, kitorang try Al-Fateh Steamboat & Grill yang Shah Alam ni plak.
actually harga dia ada la beza sikit la, kalau tak silap dekat kg.jawa tu murah rm2-3 ringgit la drp price kat sek7 ni.. yang kat sek7 ni dewasa RM30, OKU RM18, Warga Emas pon RM16-18 camtu la tak ingat dah, and for kids and student pon lupa sebab lupa nak snap aritu.
lamb, chicken, beef, pastu ada telur, telur puyuh and bebola segala tu.
untuk sayur, ada la a few jenis, ada mushroom, salads, tomato, maggie, bihun smua tu..
untuk seafoods, ada kepah, lala, kerang, pepahat, kupang, udang, sotong.
ada roti jala & kari ayam, ada sosej, ada nugget, murtabak, fries, coleslaw
ni jenis-jenis sos yang ada, tapi biasa dtg sini memang x amik sos pon, sebab marinated dia memang dah sedap.
ada bubur jagung, mee goreng, kuey teow goreng, nasi goreng
dalam mee, kuey teow and nasi tu semua ada lauk udang.
and ada spaghetti bolognese jugak

for dessert, ada ice cream
and ada a few fruits, utk air pulak ada la 4-5 jenis kot and ada teh tarik yang sedap jugak.
first batch dah amik macam-macam haha.. pastu cambiasa la 3-4 kali duk ulang grill lamb je..
thank you BIL, Man belanja
overall, semua puas hati la dinner kat sini. takde la sesak sangat macam dekat Kg.Jawa tu selalu pergi memang pack gila. tapi kat sini, floor dia macam licin sikit, so nak jalan pun kena hati-hati kang terbalik periuk steamboat plak haha. tak sure la sebab ada tertumpah minyak or ape tapi my in law pon cakap benda sama.
1-#alfatehkgjawa
Kawasan 1 Lorong Raja Jumaat Kampung Jawa 41000 Klang Selangor
2-#alfatehbukitraja
No 6 Jalan Astaka Bandar Bukit Raja 41500 Bandar Bukit Raja Klang Selangor (sebelah Setia Alam/berdekatan Hospital Colombia asia)
3-#alfatehseksyen7
No 41 Jalan Kristal K 7/K Seksyen 7 40000 Shah Alam Selangor