BIRTHDAY TRIP, PHUKET

221019

3.30am macam tu gerak ke Putrajaya umah my SIL, Ckin sebab kitorang park kete sana, and sama-sama amik grab dari Putrajaya, sampai umah Ckin around 10min camtu grab sampai and terus g airport, subuh pon kat KLIA2, and flight kitorang dlm 6 lebih, touch down Phuket International Airport dalam 7 lebih sebab flight dalam sejam suku camtu je. 

sampai Airport tunggu orang hotel datang pick up, ni pon pkul 1am semalam baru deal sebab hotel cakap diorang ada sediakan transport from Airport FOC tapi bila check balik ada time tertentu je, so semalam la Ckin deal balik dalam 750baht sebab try contact yang dlm semua dlm 800+baht, sampai sana orang hotel dah tunggu.. actually ada mcm 1 family lagi yang naik sekali, tapi dlm 10min xde pon, so kitorang berempat je la, airport to our hotel dalam 40-45km around 1 hour jugak la.

kitorang stay dekat Tanawan Hotel, kitorang sampai tu around 9am camtu kot ingat nak dro bag je g cari breakfast ke ape dulu, eh sekali hotel bagi check in awal 🙂 lepas settle check in and rest jap, kitorang terus keluar cari breakfast tapi malangnya semua kedai tutup je hahaha.. kedai halal yang orang suggest pon tutup, pastu ada orang kat situ cakap ada kedai halal area situ, so kitorang breakfast dekat Le Dolce Cafe Restaurant & Healty Nutrition
mr.husband order tomyam, me order pad kra pao and Ckin & Sab order set breakfast ada toast, roti canai, egg and set dgn tea.. after breakfast kitorang balik rest kat hotel jap, since me & Ckin pon memang tak tidur dr smlm haha dapat nap kejap pon jadi la.. and bila kat hotel baru kira balik yang kitorang breakfast tu boleh tahan dlm RM50 Ckin pon sama hahaa.. dah kedai lain semua tutup lagi kan.. time tu lapar, main order je.
sempat la tidur and rest kejap lepas Zohor terus keluar, tapi panas gila time ni so kitorang target shopping Mall je haha. kitorang duk lepak dlm JungCeylon, menarik jugak macam-macam ada dalam tu..
kat luar tu macam ada stall banyak ala-ala kat The Curve tu, ada jual baju la bag la ape, stall foods pon banyak, so kitorang order phad thai.

lama jugak dekat JungCeylon ni, sekali nak keluar hujan pulak.. so sambung ronda-ronda lagi dalam tu and masuk XD Theater, haha macam kat Malaysia tak pernah masuk je kan.. tapi dah masuk seronok, macam lagi best je efek dia drp yang masuk sebelum ni haha.. kitorang amik 2 movie je.
dari JungCeylon, kitorang jalan singgah Banzaan Fresh Market.. ala-ala Pasar Siti Khadijah, bawah tu ada tempat orang jual sayur, seafood bagai and atas ada foodcourt and kedai jual baju-baju.. and kebetulan masa kitorang keluar dr Banzaan Fresh Market ni dah banyak kedai, macam pasar malam tu.
jalan-jalan dekat Bangla Walkin Street, and makan kat situ., ada halal restaurant Kusuma Seafood.
stri fried crab meat with chili paste
dari Bangla Walking Street tu kitorang jalan sampai ke Patong Beach.
on the way balik, singgah JungCeylon lagi sebab kebetulan hujan eh sekali lama plak dalam ni duk beli fridge magnet la ape sebab ingatkan kat Bangla Street tu banyak yang murah tapi dalam ni macam lagi murah je.
pusing-pusing Bangla Market jugak sebelum balik hotel. dari tengahari sampai tengah malam berjalan, fuh!

231019

baca review aritu oorang cakap hotel kitorang stay ni ada halal food, sekali tanya cakap tak.. and sibaik sebelah hotel tu ada stall jual makanan halal, semalam lepas breakfast ada tengok ramai duk beli situ tapi kitorang dah siap makan masa tu.. so arini kitorang try sini. eh sekali, nasi habis plak tak sempat masak lauk banyak lagi.. sekali makcik tu g beli nasi dlm family mart haha. not bad jugak lauk dia, sedap dan murah sangat. 


lepas breakfast, kitorang pergi Hard Rock Phuket, and terus ke pantai..

dari pantai, singgah Ploen Thai Market tapi banyak lagi stall tutup sebab awal pagi kot. 

balik hotel, packing and check out. kitorang sewa van ni untuk ke our 2nd hotel sebab 40km jugak kot sebab semalam kitorang stay area Patong and hari ni kitorang nak stay area Phuket Town, kalau dekat dah jalan haha.. tapi murah jugak la dia bawa pergi kilang cashew nut, bee farm and tempat jual leather & gems.

kitorang pergi Sri Bhurapa Orchid Cahshew Nuts Factory, kat sini dia tunjuk la cara nak kopek kulit cashew nuts tu, and belakang tu macam factory diorang tengah roasted la, buat coklat la ape tapi boleh nampak la thru window. macam-macam flavor cahsew nut dia butter, sesame,  coconut, choc, and many taste sensations including sweet chili and hot&spicy version. Tapi macam mahal gila je so kitorang tak beli haha, kitorang try yang tester je semua bhahah!

from Cashew Nut Factory kitorang ke Big Bee Farm Phuket, this place that sells all things honey, and kat store dia u can shop all honey-related products, ice cream, skincare, coffee, choc etc. kat sini kitorang beli jugak honey, lip balm la ape.. 

next, kitorang pergi Wang Talang Gems International.. memula sampai sini, eh apsal bawa sini kata nak bawa pergi tempat leather la ape tapi semua gems je.. oh rupanya dia sekali bahhaha! ingatkan orang tu x paham.. lawa-lawa gems dalam ni, dalam ni macam muzium gems, pastu ada tempat diorang buat and untuk dijual, kira macam jewellery shop la and macam-macam jenis weh ada.. tapi sayangnya semua tak leh snap pic. 

so bergambar kat luar je la buat kenangan hehe

sempat Ckin grab purse ni from stingray skin, kebetulan dia memang berkenan design ni tapi mahal sangat so tengok la tempat offer 50% eh sekali ada design ni jugak 1, terus dia grab sebab defect dalam dia sikit sangat tempat nak letak kad tu kalau tak cakap memang tak perasan. 

from Wang Talang Gems International tu, driver tu anta kitorang terus ke hotel, Feel Good @ Journey Hostel. Check in, solat and rest kejap terus keluar, so kali ni start jalan kaki balik haha.

kitorang pergi Methee Cashew Nuts Factory, kat sini dia punya cahsew nuts lagi sedap, flavor sama je macam dekat kilang kitorang pergi memula tadi tapi dia punya crunchy semua tu lain.. kira kat sini lagi better.

and kitorang try air cashew nut ni. not bad, sedap jugak. healthy drink of Phuket katanya.. 

kitorang pergi lunch/dinner dekat Chareefha Restaurant, pergi mana-mana mesti nak try pad kra pao and tomyam, not bad semua sedap and nasi goreng seafood me order pon sedap, portion kat sini memang banyak, sedap dan murah. tomyam pon boleh makan 4 orang. 

lepas makan, singgah Sengho Bookstore, Phuket. Oldest bookstore in Thailand. Walk and enjoy the hours, and the bookstore also has an Amazon Cafe. 

saje la tengok ape best seller kat sini, mak aih semua novel gay je bahhaha!

 

and terus kitorang pergi ke Limelight, tapi tak besar sangat shopping mall ni, tujuan asal nak pergi Phuket Indy Market je tapi alang-alang sebelah Limemlight ni singgah la kejap. 

Indy Market, takde la banyak pon orang jual souvenir ke ape ni macam uptown la, ada orang busking ada orang jual makanan.. meriah jugak la tapi yang tak bestnya anjing bersepah kat lorong-lorong makanan tu aishh.. 

lepas pusing-pusing Indy Market kitorang masuk pusing dalam mall lagi sekali, memula macam nak buat massage kat situ tapi takut mall dah nak tutup plak.. sekali otw balik to hotel, boleh terjatuh plak masa nak lompat tu terus cari tempat massage hahaha, eh sekali terjumpa Kim’s Massage ni jugak, plan asal nak pergi yang dlm mall tadi pon Kim’s Massage ni jugak.

 

241019

breakfast at hotel. 

lepas breakfast, sekali diorang cakap nak g cari Aroon Restaurant sebab semalam cari macam tak jumpa, eh sekali jalan-jalan terjumpa kedai ni tak ingat dah ape nama, tapi diorang jual roti je semua so kitorang singgah la makan roti canai + telur mata. tapi roti canai kat bawah rumah me lagi sedap bhahaha! dah la style kuah semua charge asing, so makan roti dengan telur je la. 

and kitorang g jalan kat Thalang Road, sini banyak kedai souvenirs.  dari Thalang Road, plan nak singgah Phuket Philatelic Museum tapi sebab rushing nak check out kitorang balik hotel kejap check out and drop bag kat hotel je.

from hotel kitorang singgah Phuket Philatelic Museum, museum post & telegraph. eh sekali sampai tutup plak pintu padahal masa lalu tadi buka je, so tak dapat la nak masuk. 

sebab museum tu tutup kitorang pergi makan lagi, kali ni dah jumpa Aroon Restaurant tu, actually dah jumpa lepas kitorang makan roti canai tu tapi baru lepas makan so tak jadi la. so alang-alang dah area sini kitorang lunch kat sini terus. 

me order rice noodle green curry with chicken and bamboo shoot, Ckin order rice noodle fish curry and Sab order rice noodle fish organs sour soup, sebab orang kedai recommend fish curry tu mix dgn sour soup and memang sedap. 

mr.husband macam biasa pad kra pao. 

heaven gila ulam banyak namateiii, 1 basket tu dia bagi pastu 1 set condiments plak, dah la ulam smua tu free memang kaw-kaw la kitorang makan dgn laksa tu hehe

sebab dah kenyang, sampai terlupa nak order roti canai dia nampak sedap and orang ramai order. 

 

lepas lunch, kitorang pergi Museum Phuket (the children recall ww2 in Phuket) and The Peranakannitat Museum (Baba Museum) sebab dua-dua museum ni seberang jalan je. 

from museum, kitorang singgah ceramic workshop. so kalau nak buat handmade ceramic utk buat souvenir boleh la kat sini, tapi takes time jugak sebab nak membuatnya tu bukan kejap. 

and kitorang pergi Street Art painting  at Old Town Phuket. actually banyak tempat tapi kitorang pergi mana yang laluan kitorang nak pergi masjid je, sebab semua belum zohor & asar.

at Masjed Yameay

actually masa dekat masjid tu ada orang offer utk bawa ke airport tapi konon lepas solat la deal, eh sekali dah keluar orang tu dah blah haha, macam rugi jugak la sebab dia offer paling murah. dekat area masjid ni memang banyak kedai muslim tapi semua dah kenyang so singgah beli air boba je, serious sedap gilo! 

last place sebelum balik, kitorang pergi Phuket Trickeye Museum price dlm RM70 camtu la. so alang-alang bayar mahal so stay lama sikit la sini hehe.

keluar from Trick eye museum pon dah lambat, ingat nak makan food court depan tu je sebab masa memula masuk tu tengok banyak kedai halal, sekali keluar semua dah tutup bahhaha. so kitorang pergi bus stand dulu cari ticket, dah sampai sana rupanya kena beli before naik. so kitorang pergi la cari makan dulu before naik bas.

semalam plan nak datang kedai ni tapi tak jumpa sekali dah balik dari bus stand terjumpa plak, yang kelakarnya duit cash dengan kitorang memang dah tinggal sikit, mr.husband & me ada 70 baht je sebab dah tolak siap-siap duit tambang bas semua, Ckin & Sab ada 150baht, nak pakai card tak boleh so kitorang plan share je la order 2 foods je. punya la lama duk discuss nak makan apa minum ape sebab takut tak cukup budget, siap ada brother keje foodpanda tu nak bawa salah sorang utk g tukar duit, tapi semua dah tak nak tukar sebab dah nak balik kot, pastu duk kira-kira sekali tak tau la owner dia ke ape datang tanya, and dia cakap ok la bleh tambah bayar pakai duit RM sebab anak dia ada duk sini, terus tak agak-agak order sorang satu bhahaha!

mr.husband order chicken pad kra pao, Ckin order noodle with assorted fishball, me order beef pad kra pao and Sab order rice with redbeef. 

sekali sampai, eh orang ni ngajing ke ape bagi banyak sangat ye la tadi memula nak order 2 je share pastu tetiba order sorang satu, sekali sampai mak aih dalam talam plak. banyak gila weh portion nasi semua tu macam utk 2 orang makan banyak sangat, kalau order share tadi pon dah ok je, rupanya dia cakap memang portion diorang banyak camtu, tapi biasa la semua licin hahaa.. 

kalau korang datang Phuket, memang recommended la kedai ni, Anwa Yentofu. lepas dinner, mr.husband & Sab pergi hotel amik bag, Ckin & me terus ke bus stand ye la takot la kan tetiba sampai ticket dah habis ke ape. 

 

100baht to Airport, dalam 1jam 20min camtu la jugak. 

kitorang boleh g dinner dulu tadi tu sebab dapat email flight delayed, sekali dah sampai airport delayed lagi dan lagi. dari 9lebih, 10 lebih lastnya 11 lebih camtu baru gerak from Phuket. 

sebab sampai nanti pun dah tengah malam, malas nak stop mana-mana dah so kitorang makan je terus dalam flight, nasi lemak for me and chicken teriyaki for mr.husband. ikutkan nak order set lain yang dah include air, tapi semua set tu xde sibaik ada bekal ovaltine 2 kotak haha. 

alhamdulillah, sampai KLIA2 around 2am terus solat jamak kat situ je and amik grab terus balik Putrajaya and amik kete terus balik Shah Alam, sampai pon dah around 4am phew! 3 hari 3 malam yang pack gila. thank you mr.husband for the birthday trip! 

souvenirs, me banyak beli fridge magnet je and baju for Umar. 

Leave a Reply