KETUPAT SOTONG

sebelum balik Shah Alam aritu sempat la buat ketupat sotong. kebetulan sotong murah RM16/kg tapi takde la size besar sangat tapi boleh la setakat nak buat ketupat sotong ni.. actually ni me buat ketupat sotong kelate, bukan version terengganu.. sebab kalo terengganu punya ketupat sotong kuah dia putih and ada halia la halba, bawang segala tu..

Bahan – bahan :

  • sotong
  • beras pulut
  • santan
  • daun pandan
  • gula melaka
  • gula
  • garam

Cara – cara :

firstly, lepas dah cuci sotong (nak buang ke tak kulit dia tu tak kesah) masukkan beras pulut dalam badan sotong ni. sumbat la 3/4 dari size sotong tu ke. nak rendam dulu pon boleh beras pulut tu, tapi sebab tak sabar sangat nak makan me rendam 10-15min je terus sumbat dalam sotong ni. nak lagi berlemak, rendam beras pulut dalam sedikit santan. lepas dah sumbat beras pulut tu, masukkan kepala dia and cucuk dengan toothpick, supaya nanti takde la beras pulut tu terkeluar.

masukkan santan + daun pandan and dah boleh on api.

masukkan sedikit gula melaka, me letak tak banyak pon sebab tak suka manis sangat. so me letak gula melaka sikit + gula biasa sikit and sedikit garam.

and biarkan sampai mendidih, make sure tutup periuk tu bagi cepat sikit pulut kat dalam tu masak.

done. nak kuah banyak ke sikit ke ikut korang la pandai-pandai la adjust.

ketupat sotong by NM

yumms! 4 ekor pon rasa tak cukup lagi bhahahah! next time kena buat 3kg sotong kot heheee..

Leave a Reply