2 bulan washing machine ni rosak. masuk kali ni dah 3 kali rosak. sedih betul, bukan ape guna dah la jarang sekali seminggu 2-3 kali camtu je, ye la duduk pon berdua je kan takde la hari-hari nak membasuh baju, dah la time me takde memang mr.husband anta dobi je jarang pakai kot sebab tu merajuk, senang rosak haha. 1st time rosak dulu 3 tahun lepas kot cari warranty card tak jumpa so hantar kedai area rumah ni fuhh bawah mesin basuh tu berselirat bulu mop tu, kerja tikus 🙁 masa tu memang perasan tetiba ada tikus plak masuk dari airwell tapi lepas sekali kena perangkap sampai sekarang dah takde. and dekat board tu ada la 20-30 ekor lipas fuh! memang jahanam la board tu, oh masa repair tu terus board la yang rosak sekali dengan repair RM300+ pastu last year rosak lagi tiba-tiba bila air masuk tu dia macam xleh tampung air tu ada masa dia ok ada masa tak ok, kira susah la nak habiskan sekali basuh tu.. nak hantar kedia yang kitorang pernha hantar dulu tu dah tutup pulak, so try la contact a few orang repair semua macam x berani nak repair sebab repair macam tak jadi lastnya terjumpa sorg ni yang sanggup nak repair.. memula dia kata board, kitorang dah pikir takkan la board lagi so orang tu siap dah beli board sekali dah pasang baord baru still tak ok, see kitorang dah cakap tak caya sibaik la tak suruh kitorang bayar board dia dah beli tu.. lastnya dah tau punca tukar ape benda ntah kat belakang tu RM160+ camtu la, masa tu me and mr.husband dah cakap sekali lagi rosak memang bye-bye la malas la nak melayan. sekali 2 bulan lepas rosak lagi 🙁 so panggil la orang yang pernah datang masa 2nd time tu sempat la 2 kali dia datang cakap board lagi? eh kau ni pandai check ke tak, oh sebelum tu kan yang 2nd time rosak dulu dia pernah cakap board rosak dan dia dah beli sekali benda lain rosak so dia bagi je baord baru tu kat kitorang sebab dah pasang so board lama tu dia amik. so takkan board lagi? senang betul board rosak. then dia test cakap ape benda ntah rosak so kena tukar 2 benda total RM350+ kot tapi end up dia pon give up kot terus tak datang whatsapp semua dah tak reply HAHA. last decision, me and mr.husband plan panggil terus orang Toshiba takpe la sekali datang bayar RM50 pon sebab dah malas panggil orang luar duk try and error je. sekali technician dia datang check dalam 5-10min dia cakap 3 benda kena tukar sebab ada satu part tu budak sebelum ni tukar tapi yg China punya pastu board pon dah nak short, pastu lagi satu ape benda ntah so total around RM500. dia pun cakap tak berbaloi la repair cari mesin baru je la 🙁
sayang sangat bukan ape, sebab ni my bro Iwe yang bagi masa kitorang baru kahwin kira wedding gift jugak la actually banyak betul wedding gift Iwe bagi maklum la one & only yang kahwin kan, dah la masa dia g beli tu orang kedai tak leh hantar awal tapi sebab kitorang nak keluar masa tu, dia and Kiki sanggup ni angkat dari kedai and naik ke tingkat 2 dha la takde lift oi.. tau-tau orang ketuk pintu, buka pintu tengok kotak washing machine surprise betul haha. tapi takpe la almost 6 years berjasa kat kitorang, Nadia, Aimi & Mir pon dulu selalu je jugak datang cuci baju kat sini time weekend, so dah banyak berkhidmat jugak la hehee.. so time to change!
pergi survey kat beberapa tempat, lastnya pergi Seng Heng ada sales 12.12 tapi still balik fikir dulu nak ke tak nak tapi memikirkan ada sales, the next day kitorang g beli tapi sayangnya stock habis and kena tunggu 1-2 weeks. hm, takpe la tunggu pon tunggu la setakat 2 weeks apa la sangat dengan 2 bulan yang menunggu hari tu hahaaa..
tak sampai seminggu dah sampai, yeay! tak payah ke dobi lagi. pasni hari-hari nak cuci baru berbaloi bhahahah! and please be nice, rosak la 10 tahun akan datang takde la sedih sangat nanti :p pasni make sure memang kena simpan betul-betul warantty card senang kalau pape, and next time meang dah tak nak la panggil orang suka hati, konon nak tolong orang kita tapi buat kerja pon tak jujur siap tukar amik part yang original pergi tukar dengan yang lain hm.. takpe la jadikan sebagai pengajaran untuk masa depan.