1-2 minggu ni orang kalut duk viral kek 2 bahan, so me pon try la jugak .. senang je nak buat ni..
bahan – bahan :
oreo 2 packet
fresh milk 200ml
cara – cara :
me saja beli yang cream coklat and yang cream susu tu.. nak pakai yang mana-mana pon boleh je.. tak nak oreo, pakai cream o yang ala-ala oreo pon boleh jugak
masukkan dalam blender and masukkan 200ml fresh milk, yang ni nak pakai perisa coklat pon boleh je tapi sebab dah ada yang ni kita pakai aje la..
blend sampai semua sebati camni..
sambil tu, panaskan la periuk.. and masukkan la adunan yang blend tadi dalam loyang and kukus 25-30min.. tengok la kalo belum masak tambah la lagi 5min ke..
tadaaa.. dah siap kukus.. tapi sebab mengada nak buat topping bagai, me cairkan je dark choc.. terus jadi 3 bahan la camni HAHA.. kalo tak nak buat topping makan camtu je pon dah ok.. tapi biasa la mengada skit nak topping bagai..
siap 🙂
yumms!
texture dia macam padat sikit la tapi memang moist la.. kalau ada orang datang, nak buat ni pon express je.. bleh hidangkan kat tetamu hehee..