Penginapan homestay eksklusif di Kota Bharu untuk pasangan berbulan madu dan percutian keluarga.
Terletak di tebing sungai Pangkalan Datu bersebelahan Jambatan Pulau Melaka. Suasana kampung yang nyaman dengan pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan.
Kelengkapan:
– katil kayu jati saiz king
– sebuah bilik air
– air cond
– peti sejuk
– cerek letrik
– oven microwave
– pantri
– kolam renang
Lokasi:
– 7 Km ke Bandaraya Kota Bharu (Pasar Sti Khatijah dll)
– 9 Km ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa
– 3 Km ke Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian
– 1.2 Km ke Maahad Darul Anuar (Masjid Tok Guru Nik Aziz)
Aktiviti tambahan (Caj berasingan akan dikenakan):
– kayak
– river cruise
– memancing
– cari lokan
– melihat kunang-kunang
– BBQ
pernah tengok gambar gambar ni viral kat FB? beberapa hari sebelum balik Setiu, ada ternampak ramai orang duk share pasal homestay ni and kebetulan memang akan balik KB, so my sis ajak stay sini la 1 night.. gerak dari Setiu pon dah lewat sebab ada beberapa hal nak kena settlekan dulu.. dah lewat petang baru sampai sini..
sekali dah sampai macam tersesat ke ape ni, macam besar sangat kawasannya, rupanya rumah owner pun dalam kawasan ni.. kalau tak silap ni guesthouse diorang dulu.. dah sampai, terus check in la.. actually kat sini boleh berkayak, naik bot pon boleh tapi ada charge lain la.. tapi sebab sampai pun dah lewat and cuaca pon tak mengizinkan, so tak jadi la nak berkayak ke ape..
ok, ni pic kat dalam..
untuk family kitorang memang muat la, katil memang 1 je.. tapi dia ada sediakan 2 toto and bantal.. ikutkan depan tv tu memang boleh bentang 2 toto, depan katil tu pon sama.. kalau family besar boleh la nak datang ramai ramai, tapi kena bawa extra toto la sebab homestay ni sediakan 2 bidang toto je..
kawasan homestay ni besar, siap ada kandang rusa.. so pergi la jalan jalan dalam tu, bagi rusa makan.. ada beberapa ekor kucing.. kalau petang petang jogging keliling kawasan ni boleh kurus jugak la HAHA kalau nak buat family day ke ape pon sesuai sebab padang dia pon memang cukup luas, siap boleh buat main bola hehe..
dah takde aktiviti, semua pakat terjun kolam :p
tu rumah owner, kira swimming pool ni betul betul depan rumah owner. jalan beberapa langkah je la dari homestay tu, tapi dont worry kita boleh conquer swimming pool tu.. tapi boleh swimming start 7am sampai 7pm je la.. kitorang baru berangan malam malam nak swimming HAHA..
lepas swimming, terus marinated barang untuk nak BBQ malam tu, nasib baik on the way nak sampai homestay ni ada 2-3 kedai yang jual sotong ikan udang semua ni, rempah pun semua beli situ je.. kitorang just bawa bekas nak perap tu, bawa penyepit, beli arang je la.. oh paper plate, cup semua kena bawa sendiri la ye..
nasib tak berapa baik, malam tu hujan. terus angkat tempat bbq tu bawa naik atas.. so menjadi la jugak bbq malam tu.. my bro siap siap keluar belikan nasi putih siap dengan sup perut air asam, lagi la syok makan.. lepas bbq aktiviti memancing je la sampai tengah malam.. the next day, awal pagi dah check out, sebab ada urusan, planningnya kalau kerja settle awal boleh datang lepak lagi tapi sebab semua dah packing, pakat check out terus je la..
ni owner ALA Riverview Lodge, kalau nak datang stay sini boleh la contact akak ni..
ALA Riverview Lodge
RM 250 per night
Lot 667, Lorong KP,
Jalan Raja Perempuan Zainab 2,
15200 Kota Bharu, Kelantan.
019-919 6961