UBAT CACING

bila kali terakhir korang makan ubat cacing?? entry ni khas utk org yg dah lama or lupa nak makan ubat cacing.. *aku lettew

12345571_1020265464663599_2381914464914096749_n

Assalamualaikum.

Kali ini sekali lagi saya mahu mengingatkan semua akan kepentingan mengambil ubat cacing.

Seringkali saya bertanya kepada orang yang meminta consultation saya.

Terutama bila mereka bertanya kepada saya :

1. Kenapa saya mengambil apa-apa supplement /vitamin atau jamu tidak nampak kesan kepada saya?

2. Kenapa saya sering rasa gatal-gatal di kawasan tertentu, penyakit di hadapi payah sembuh? Kemaluan saya berbau busuk , walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor mendapatkan perawatan dan hilang sekejap tetapi berulang lagi.

3. Kenapa saya mudah selalu gastrik / masuk angin dan perut jadi sensitif .Badan tidak bertenaga. Kadang-kadang saya makan sudah terlalu banyak tetapi masih lagi lapar di waktu tengah malam?
Perut saya buncit berbunyi sesuatu dalamnya.

Dan banyak lagi simpton cacing banyak didalam tubuh badan manusia.

Dari sudut perbidanan kampung , dari ilmu yang saya perolehi di percayai setiap 15hb -21hb bulan Melayu biasanya cacing akan bertelur dan membiak-biak dalam usus manusia.
Walau pun tidak terbukti secara perubatan moden, saya percaya akan maklumat ini berdasarkan pelbagai pengalaman.

Ini juga salah satu cara bagi menjadikan badan sentiasa sihat dan bertenaga dengan memastikan pengambilan ubat cacing setiap enam bulan sekali.

Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu.

Ramai kebanyakan orang bila saya bertanya bila kali terakhir mengambil ubat cacing? Rata-rata memberitahu di ketika usia budak zaman sekolah dahulu.
Bayangkan ..jika anda sudah berusia 40 tahun..pelbagai jenis cacing beranak pinak dalam badan anda!!!!.

Sekarang ini , bila kita mengambil ubat cacing , cacing takkan keluar seekor demi seekor seperti zaman dahulu. Cacing-cacing akan hancur melalui najis. Jangan takut mengambil ubat cacing.

Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan – mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.

Tanda-tanda kecacingan:-

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
* Gatal sekitar lubang najis (dubur)
* Alahan terhadap makanan
* Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
* Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
* Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
* Hiperaktif
* Sakit kepala
* Sensitif terhadap cahaya
* Gusi & hidung berdarah
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkandemi kesihatan & kualiti hidup.

Nahhh.. gara-gara duk viral pasal ubat cacing ni.. dan dan la teringat macam dah lama jugak tak makan ubat cacing.. apa lagi suruh la mr.husband belikan.. tapi sana sini ubat cacing zentel out of stock, untung company zentel bulan ni.. campaign free punya pasal orang duk viralkan pasal ubat cacing ni kat fb..

IMG-20151216-WA0035

IMG-20151216-WA0036

sebab takde, maka farmasi tu suggestkan yang ni.. terkejut mak aihh RM16+ ingatkan murah je ubat cacing ni bahhahah! siap mr.husband belikan chocolate flavour lagi cewahh ingat me budak kecik ke apeee..

ok jom la kita sama sama makan ubat cacing ni, demi menjaga kesihatan bersama cewah!

Leave a Reply