MAMA’S NASI AYAM

safely arrived at Shah Alam 🙂

awal puasa dah balik KB 2-3days, tapi tak sempat nak balik berpuasa kat Setiu.. cuti nuzul qur’an balik lagi.. pegi Ipoh 3 hari, balik KB 3 hari..then balik Setiu 4 hari 🙂 oh heavennya puasa dengan family heheee..  nasib baik la dapat mr.hubby yang memahami, setiap bulan balik pon dia tak bising :p janji wife dia senyum sampai ke telinga gagagaga! so before balik ke Shah Alam, macam biasa la mesti nak makan nasi ayam Mama.. oh sedapnyaaaaa!! tengah update blog pon tetiba terasa lapar balik arghh!!!

COLEK TIME!

bulan puasa, majoriti semua kedai jual colek. yummehh! so dah macam trend plak, lepas terawih ke ape mesti lepak kedai makan colek. kalau kat Setiu & KB, semua kedai full kot. macam macam colek ada. dah alang alang balik ni, mesti la pekena colekkk kan.. :p tapi kat Setiu takde la sebest KB, macam macam colek ada, tapi takpe la janji ada. tapi frust plak time pegi colek kerang takde la pulak hurm..

2 malam berturut turut pegi makan colek, malam memula tu with family.. second day tu ngan bff.. hari seterusnya.. tapau sudey heheee..

IFTAR WITH BFF

semalam, berbuka puasa kat rumah Syafa & Nije.. actually, diorang baru pindah rumah..kira first time la pegi rumah diorang..sebab sebelum ni diorang duk umah mak Nije.. so kebetulan time ni me balik, kitorang plan nak berbuka puasa sama sama la.. Syafa+Nije+Amanda.. Nana+Arif.. n me? alone T________T sebab mr.hubby tak balik. hoho.. xpe la, nak buat camne kan..

|tomyam campur| telur dadar| ikan siakap 3 rasa|

made by tuan rumah, Syafa

kuih muih, Bazaar Ramadhan..

|bread butter pudding|

by me 🙂

|bam bam|

lepas berbuka, biasa la borak borak sampai tak ingat dunia sebab since me n Nana kawen, ni baru kitorang jumpa. 🙁 gila lama kot. ye la sebab masing masing pon dah ada family kan, and duk jauh..lagi la susah nak jumpe.. nak harapkan jumpe time raya memang susah la kot, sebab me tak pernah beraya plak kat Setiu hurm.. dr memula jumpa sampai nak balik, topik dibincangkan cuti raya T__T sebab laki masing masing semua kena bekerja pada hari raya, dapat raya 1 hari macam tu je aishh.. me? lagiiiiiiiiiii la tak tau raya kat manaaaaaaa and husband dapat cuti ke tak. boleh banjir Shah Alam macam ni agaggaga!

ENDING DEJAVU DI KINABALU

today, berbuka puasa kat Ipoh City Country Club (ICCC) with Teh’s family.. lepas berbuka, macam biasa la buka fb n twitter orang sebok duk bercerita pasal ending cerita Dejavu Di Kinabalu..actually dulu  memang tak suka pon tengok, sebab tak suka Aqasha berlakon, tapi sebab Kiki and Nadia tengah tengah malam je duk ngadap tontonso, terjoin la sekali. tapi sejak last week kot macam membosankan plak cite dia, pastu siap ada vote vote la pulak, Nadira pilih Bazli ke Amar..

Nadira pilih Amar atau Bazli?

jeng jeng jengggg.. masa ni cepat cepat je buka tonton, tapi sebab orang tengah buka puasa so agak bising, maka tak jadilah tengok. balik rumah je la tengok..

macam macam status kot orang duk update, majoriti semua tak puas hati. sebab Bazli kawen dengan Dira.  tapi sebab ramai duk pertikaikan ending dia macam hampeh, so lagi la tak sabar nak tengok ape la ending dia kan.. sejam yang lepas buka la tonton, ok fine ending dia memang Nadira pilih Bazli. patut la ramai tak puas hati, sape suruh vote Bazli kan. HAHA pastu sebok nak marah marah. ye la, dia kawen ngan Bazli tapi dia sayang kat Amar lagi. tak ke bongok? eii sakit je hati. me yang tengok pon geram je.

kawen dengan Bazli, then Nadira sakit lagi and buat transplan kali kedua. 3 years later, dia terjumpa Amar kat airport. itu je ending dia. tapi.. check kat tonton, tetiba ada 2 ending..

patut la sebelum ni dia suruh vote. ending yang ni plak, Nadira kawen dengan Amar, then Amar tunaikan janji dia nak bawa Nadira honeymoon kat suite yang diorang duk angan angankan dulu, then Nadira suruh Amar nyanyikan lagu tema diorang..

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu

tengah nyanyi, tengok tengok Nadira dah mati T_____________T

for me, ending ni macam best sket HAHA maybe sebab sedih kot.. sedih Bazli takleh kawen ngan Nadira, then Nadira kawen dengan Amar tapi Nadira mati jugak. aishh… so sape sape yang nak tengok ending lagi satu, ape lagi.. cepat cepat la tengok kat tonton 🙂

YEAY!

now at IPOH. ye Ipoh! semalam, 5 minute before berbuka my cousin, Faisal sms bagitau this friday tak jadi balik. aishh  🙁 sedih la puloks. sebab before puasa lagi dah planning nak balik with Faisal n Nadia. tapi last minute tak jadi. nasib baik la awal puasa dah balik 3 hari. so pikir pikir balik, xpe la kalau tak balik pon 🙁 tapiiiiiiiiiiiiiii, hati macam dah kat sana. dah la cousins ramai balik. aishhhhhhh!!!! sedih tak boleh balik tak habis lagi, tambah plak tengah pikirkan kena berbuka sorang sorang, sebab Nadia berbuka ngan kawan kawan dia kat SACC Mall, and mr.hubby kat tempat keje lagi T____________T  baru je nak sedih sedih, mr.hubby balik 🙂 terselamat, kalau tak menangis time berbuka la kot sebab berbuka sorang. HAHA tetiba my aunt, Teh call bagitau dia sampai S. Alam.. ingatkan Uncle Shamil je datang, skali Teh pon ikot. then tetiba ajak balik Ipoh sekali. masa ni dah 50 – 50, nak ikot ke tak. kalau ikot kesian plak tinggal mr.hubby sorang sorang kat S. Alam ecehh macam tak biasa HAHA pastu pikir patplohpat kali, terus cakap setuju nak ikot balik Ipoh. sebab nanti on Friday (esok) boleh balik KB YahOoOo!!

lepas berbuka, terus kemas rumah, basuh baju, jemur baju, kemas dapur, kemas bilik, kemas baju bla bla, tak sampai 2 jam.. terus gerak 🙂 nak tinggal mr.hubby kena la settle semua keje dulu, kang nanti itu tak jumpe ini tak jumpe ke ape plak nanti..

Shah AlamIpoh Kota BharuSetiu Shah Alam..

plan, seminggu je.. tapi tak tau la plak kan HAHA

MUKMIN CHINESE MUSLIM RESTAURANT

rasanya ni baru first entry sejak puasa ni, kemain lagi konon nak  update macam tahun tahun sebelum ni, setiap hari dengan pelbagai hidangan makanan, tapi biasa la.. snap pic rajin, transfer kat laptop tak berapa nak rajin, nak update lagi la datang penyakit MALAS hoho..  actually puasa this year, lain sket la dari puasa sebelum ni sebab this year kan me as a wife.  so hari hari masak, sahur pon masak. terlampau rajin la puloks. eh dah meleret la plak..

ok, today berbuka puasa with Nadia and her friends. Cuyob, As, Along n Asma. kitorang berbuka kat Mukmin Chinese Muslim Restaurant, kat Sek 19 Shah Alam..  not bad, foods dia semua sedap sedap. last week pon pegik makan kat chinese muslim punya restaurant gak tapi kat Sg. Penchala, Ewa  Chinese Cuisine. kebetulan masa ni my bro, Chox n Iwe datang Shah Alam, so my cousins Nabil n Abe ajak join skali. kat sini pon makanan dia best best. tapi sayangnya terlupa nak snap pic, sebab sampai sampai je orang dah azan. terus makan la hehe..

YEAY, DAH NAK PUASA!

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik tau tau lusa dah nak start puasa, rasa macam baru je puasa. sekejap je kan masa berlalu.. paling excited, puasa tahun ni sebab dah status wife. nanti nak kena pikir nak berbuka dengan apa, sahur dengan apa.. kalau sebelum ni utk diri sendiri makan ape pon x kisah..dah berdua kena la pikir jugak kan, tapi nasib baik mr.huby jenis tak cerewet.. sahur dengan kurma n air masak pon dia ok :p esok kena makan puas puas sebab lusa dah xleh makan siang hari hihi 🙂 tapi seronoknya kalau first ramadhan dengan family T____________T