banyak cite nak diupdatekan, tapi takde mood. tapi everything dah settle tadi. for those yang terlibat, sorry. aku pon bukan nak kecoh-kecoh, tapi if terjadi kat korang, ape korang rasa? so, the best solution, aku blah balik rumah. dunt wory, aku dah ok skrg. pls be alert for the next tyme. 🙂 0-0
semalam tak tido. bosan gile. so layan youtube je la. gile bosan. pastu pusing blog rakan-rakan. sampai la pagi tak dapat tido. aish. bosan betol hidup camni. huh! den t’tido dlm kul 10.30am kot, tu pon paksa mata suruh tido. dlm kul 12pm dah terjaga, tapi macam bosan lau bangun tak tau nak buat ape, abis-abis pon mesti maen tenet, so baik tido. haha! lagipon x sampai 2 jam tido. so tido la sampai petang. bangun tido, online. pastu Dib ajak kuar makan, den sms my mr.bf die pon nak ikot, so pegik la 2 kete sebab Dib pon bawa die punya rumet. kami g makan kat Sek 7..
oh kenyang. alhamdulillah 🙂 ehe. malam nanti ade latihan tarian lagik. hurm..
oh thanks to my dear, Mia sebab bawa balik lolypop strawberry dari Cameron, soh belikan strawberry die gi tinggalkan. ape la. ntah-ntah ko saje reka cite kan, ntah-ntah ko dah makan kat sana, tak pon ko makan dalam bas tyme ondaway balik kan?? pastu ko cakap t’tinggal, mcm xtau je taktik ko. kahkahkah! by the way, thanks.. tak dapat buah strawberry dapat lolypop strawberry pon jadi la… huhu~
—edited—
oke, ni yang malam plak.. pegik college sebab ade latihan tarian ulik mayang..oh pic kat bawah ni before start, harus lah meeting skejap.. tapi sempat aje posing haha..
n ni pic time training..
xceli ade video. sumpah kelakar gile kalau korang tengok. macam hape ntah me menari. malo sial. huhu~ so better tak payah letak, kang x pasal-pasal ramai komen kan. oh last pic ni, dah kepenatan. masing-masing rest..
lepas training, pegik Darul Ehsan Restaurant(D.E) masing-masing kehausan. tapi dah sampai sana, rasa nak makan pulak. oh 1st time siot lepak D.E, padahal sebelah Perdana Apt je.. tapi tak penah nak jejak, ni pon sebab Nina smua ajak lepak situ, so join je la diorang..
oh duk snap pic orang, pic tuan punya blog terlupa plak. tak payah la. buat semak je, asyek letak muka sdirik. haha! oh oke la dah 1.10am, penat la. tetiba rasa nak tido awal malam ni, hm..i hope 🙂
this week dah takde class. study week. so tido je la keje. bangun tido, online. makan. haha! tadi petang lunch, beli makanan kat cafe bawah je.. malam, pegik amek Put kat rumah die, sebab die takde kete.dan sempat aje membeli air kepala, kat kedai nasi lemak yg best tu.. xdpt makan nasi lemak, minom air kelapa die pon jadik la haha!
tapi kalau tengok real, memang tak abis la nak minom sorang.. banyak gile wei. minom sampai kembung kahkahkah!
den balik amek Yati kat rumah, baru gerak g college. malam ni ade meeting n training dance..
fulamak. first time siot, practice dance. kahkahkah! gile lawak. den time nak balik tu, tetibe kete Aiman problem lak.
lepas settle semua, teros g makan. g makan kat Geng’s Corner (Upin n Ipin)..
lepas makan, pegik anta Put kat Kg.Melayu Subang.. den my mr.bf baru antar me n Yati balik.. oh report Tourism Planning belom buat lagik, hoho! bile ntah nak start ni.. hurm..
oh plan nak g stadium, maen go kart, tapi ampeh sekali. org yg ditunggu tak muncul-muncul, adekah maseh lena diulit mimpi? me tak tido semata-mata, nak ajak sesorang pegik bfast, nak ajak temankan g go kart, sms banyak kali tak reply.. kul 10am me sms lagik, die cakap dah lame bangun n skrg kat sabak bernam. oke fine. sia-sia tunggu, sms tak reply. baik tido. dah la lapar. bye
condolence
takziah kpd penyayi no 1 tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza n family atas kehilangan ayah beliau tadi pagi. al-fatihah.
tido sangat heaven. 5pm baru bangun. oh best! bangun je, tetibe ade mosquito fogging. aiseh! tension betol. 2-3 hari sekali plak tu. tapi nyamuk banyak je. huhu~ kul 7pm, baru makan. oke dah 3 hari mcm ni, tak lunch, teros dinner. my beloved friend, datang anta makanan. nasi lemak + mc d.. oh nyummy! kenyang gile, pastu makan eskrem 1 boxes. oke kenyang nak mampos.
lepas makan-makan, Yati balik.. bawa cake. then celebrate b’day Yati.. hpy bd’ay Mokcik!! hadiah ko dapat memang superb la.. nak jugakkkkkkkkkk! aha..
see, banyak gile baju tak basuh sebab this week memang busy nak mampos. last week lagi banyak kot, 1 plastic bag hitam, plastic sampah tu.. penuh.. tapi me bawa balik rumah Ciksu, soh bibik basuhkan, diz week tak balik. mati la nak kena basuh semua. ahh! untung ade washing machine, tapi still malas. badan penat lagik.. anyone yang nak tolong basuhkan? haha..
birthday wishes
14 Feb- hpy b’day my dear friend, Yati
n also 2 my cuzzy, Abe Naza *right*
Korang celebrate valentine dimana? ehe.. biasa la, me mane celebrate valentine ni, tiap hari sayang.. tak perlu celebrate2 ni.. betol tak? lagipon bukan elok pon.. kami dirumah hanya berparty saje, maklom la semua single.. except me la 🙂 ngeh ngeh`..
Thursday– tido kul 5.30am, bz cari bahan-bahan untuk assignment. plan nak bangun kul 10am. tapi tak larat gile. tengahari baru bangun. celik je mata, teros on lappy. buat keje, till 5.30pm. oke penat. mandi, bersiap den keluar ngan my mr bf. seharian tak makan. around 6.30pm keluar g Sek 7. g makan sana. dah macam orang berpuasa pulak. ye la camne nak makan, hati tak senang. keje banyak gile tak siap.
lepas makan, kul 8.30pm ade discussion. buat kat Ali Corner. me ngan my mr.bf baru lepas makan, so juz minum-minum je la. wireless kat Ali Corner dah ok, tapi takde plug nak charge lappy. so nak tak nak terpaksa la blah. so terus menuju ke Sempeneh Cafe. minum-minum gak sambil buat keje. tapi budak-budak lain makan la.
tengah syok discussion, buat keje, tetibe wireless kat Sempeneh Cafe problem. what the F*** la. so me ngan my mr.bf pegik Ali Corner lagik skali, semata-mata nak guna wireless. haha! penat wei ulang alik, bukan dekat. lepas mencopy segala benda dalam tenet, teros pegik Sempeneh Cafe sebab my group members semua tengah siapkan keje kat sana. sekali dah sampai sana, Dib’s lappy problem. habis segala keje yang dah siap hilang.. oh tension gile. nak tak nak, kul 1am kitorang gerak g rumah Put, kat Kg Melayu Subang. continue buat keje kat sana. xceli bukan continue, tapi buat balik, from zero. gile!
5am, baru balik rumah. tu pon ade lagi keje lom settle. lagi kesian, Awish, Daus n Yati kul 8am ade class law. lagi la tension. me pon tak tido gak.
Friday– 9.15am gerak g college. kul 10.15am presentation. dah la first group, sekali dah cucuk pendrive tu tak keluar pape. oke gile cuak nak mampos. tak sempat present pape, our lect ckp “ok thank you, out“ OMG! rasa nak nangis pon ade time tu. my group members yang lain pon tak payah cakap la, masing-masing bengang. ye la tak tido semata-mata siapkan slide untuk presentation arini, sekali cmni lak jadi. oh tension gile. then my mr.bf masuk pujuk our lecture, last-last dapat gak kitorang present. xceli bukan kitorang punya pendrive yang problem, tapi lappy yang kitorang pakai time tu yang problem. tapi yang penting tu bukan lappy budak group me. kira organizer punya lappy la. n finally, dapat la buat presentation gak. huh! lega wei. daripada tak dapat present lsg kan. habis presentation ngam-ngam ngan orang nak solat jumaat. after my mr.bf g smayang, teros start buat and siapkan assignment Recreation Mgmt. kena submit before 5pm, ngam-ngam siap print semua 15minute before 5pm. oh lega! dah submit semua tu, lepak college jap. pastu gerak pegik cari kedai foto. oh gile. dah cari merata tempat takde, last-last pegik Sek 7. dah settle amek gambar semua, teros g makan. lapar wei. lom makan pape. 7pm, baru makan. oh! lapar nak mampos.
lepas makan, teros ke college. 8pm ade meeting pasal oversea’s trip. 10pm settle. gile penat, takde rest. balik dr college, lepak Sempeneh Cafe jap, menenangkan fikiran kat sana, padahal badan dah penat gile la.
11.30pm baru balek rumah. sampai rumah, teros mandi.on lappy, update blog. jap lagi lau dah tido memang kaw-kaw la qada’ tido neh. haha! oh susahnya nak berjaya, banyak betol dugaan. hurm..
sudah pening! will be update later pasal oversea’s trip. but dlm private n3.. ngeh ngeh`..
tadi pagi, pegik college. fuyo! bangun awal babe. kul 8am g college. jangan tak caya. rasa macam dah berzaman wei tak menjejakkan kaki seawal pagi kat college. hahaha! pagi ni ade briefing psal Tourism Planning, diz friday kena submit proposal n presentation. oke gile! banyak nakmampos pulak tu nak kena buat, dah la tak paham n mcm tak logik pulak budak hospitality n tourism kena buat benda alah ni. aishh.. tension siot! 8am-11am. 11am ade meeting psal oversea’s trip. dean turun padang. fulamak. nanti akan dicerita kan kat private n3.. settle segala meeting, pegik lunch kat Bob Corner Sek 18. makan lagik bagus dr pening-pening pikir segala masalah ni.
den pegik CIMB Bank. mensettlekan sewa rumah. then nak g settle kan bil letrik n bil air, mcm takde mood pulak. esok-esok je la. hm.. balek rumah, try buat assignment Recreation Mgmt, tapi macam susah gile. layan facebook lagik bagus. haha! malam, pegik college. kononnya ade discussion untuk Tourism Planning, tapi macam blur. tension. takde idea. kul 10pm balik. g makan kat char kuey tiaw. siap makan, balik rumah. online. nak buat assignment tapi blur. oh bodo betol.
ni picca semalam, mase kat rumah Ciksu. oh rendu Syakirin. pdhal baru je jumpe. haha! den semalam, pegik antar my bro, Chox n my lil sis, Sri naik bas kat Hentian Putra.. oh gonna mish u! tapi Kiki belom balik, die stay kat rumah Ciksu lagik. shit! nape rendu sangat nak balik rumah ni? rendu gile-gile la 🙁 sampai nangis-nangis. adoi. so tadi petang, ajak my mr.bf keluar makan ngan my mr.bf.. g makan kat Tesco Shah Alam..
lepas makan, plan nak teros balek rumah, tapi macam malas. so ajak my mr.bf g lepak kat rumah my cuzzy, Nadia kat Sek 6.. den baru balek rumah, sampai rumah je teros rasa bosan balik. oh tension gile!