phewww.. mabeles la kalau bulan puasa, malam malam banyak je kedai jual somtam, kerang rebus, kerang bakar and colek buah.. sakit perut ke ape lantak la, janji dapat makan dengan puas π hehe.. oke la nak g makannnnnnnnnnn :p
Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.
Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia .Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin. Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara. “Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara,” katanya. Restoran ini menggunakan konsep layan diri.
“Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan… ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan,” kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider.
Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran.”Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa. “Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2 “Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan,” katanya. Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara. Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia . “Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan. “Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya,” kata Azahar. Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang. “Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6. “Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme,” katanya. Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan. “Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang. “Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yan sama,” katanya.
Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.
Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa. “Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu. “Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan,” Azahar lagi. Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak. Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang. Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah. “Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga. “Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti,” katanya.
Oleh Syed Muβaz Syed Putra
wahhhh.. berbuka puasa hanya dengan RM 2?? mana nak dapatkan.. so, kepada penduduk Shah Alam, ape lagi g serbuuuuu.. hehe
last 2 weeks or 3 weeks pegik Pizza Hut, Kubang Kerian.
dah dekat setengah jam duduk kat meja, tapi takde orang datang clearkan meja pon. pastu dah order semua, mushroom soup semua dah sampai, patut 4 bowls skali sampai 3 je. ok takpe. ni mushroom soup dah sejuk, soup spoon pon tak sampai sampai. dah mintak 2-3 kali. aduii.. soup spoon sampai, mushroom soup dah sejuk T___T mushroom soup lagi satu dah habis makan baru sampai, tu pon 2 kali nak kena bagitahu. then my aunt, Umiyah order coffee.. sekali dah sampai, coffee dalam gelas? takde mug ke ape? siap complaint kat staff dia, tanya nak minum camne panas, tau ape jawapan dia? “mug dah habis, semua kotor tak basuh lagi“ wtf!
then ada suruh tapau, tapi punya la lambat nak siap. padahal time tu pizza dah nak tutup kot tapi still terheggeh heggeh buat kerja, then salah sorang staff datang bagi bil, sebab cashier dah nak tutup kan sekali tengok bil, aikkkkk? apsal RM27+ sepatutnya bil kitorang around RM 60+, sekali me check balik tengok no table pon dah salah. so kira bil yang ada kat tangan me tu bil table belakang. time nak pegi meja belakang tu, tengok ada couple ni dah garu garu kepala dengan muka cuak gile sebab tetibe diorang kena bayar mahal, maybe diorang pon x check no table tu sebab ingat dah betul la kot coz staff die sendiri yang datang hantar bil tu.. kalau ikut jahat, boleh je me pegik bayar bil yang RM 27+ tapi takde la sejahat and sekejam tu kan, sampai je kat cashier me bagitahu la kat cashier tu yang staff die tu bagi bil salah, kesian kat orang je.. takde say sorry ke ape pon. wthell la. pastu me cakap sendiri kat staff tu, kebetulan staff tu tengah clearkan meja, dia boleh senyum kambing je? damn! dah bayar semua, sekali cashier tu bagi balance salah. omg! apasal pizza hut kubang kerian ni? dari start sampai hingga dah nak balik macam banyak masalah je.. huh! hope pizza hut kubang kerian dapat pertingkatkan lagi service diorang la lepas ni..
baru seminggu berpuasa, tapi dah 3 jenis ice cream habis. mana tak nya, after berbuka makan eskrem, tengah malam makan eskrem lagi, after sahur eskrem lagi hahaha! tapi seriously sedap.. lagi lagi lau yang cookies and cream.. rasa ala ala mc flurry oreo kat mc d la.. πΒ kalau makan eskrem ni mesti teringat iklan budak kat tv tu.. nampak sangat terpengaruh dengan iklan.
cookies and cream. vanilla flavoured ice confection with chocolate cookiespieces. yang ni paling sedap.
very rocky road. chocolate flavoured ice confection with marshmallow, peanuts and chocolate chips. yang ni baru beli 2 hari lepas, balik rumah buka buka je.. aik?? rupanya dulu dah pernah beli, ingatkan lain.. sekali sama. tapi dah beli nak buat camne, makan je la. yang ni me tak berapa sket sebab ade banyak marshmallow..
double dutch. vanilla flavoured ice confection with chocolate syrup, marshmallow, chocolate chips and cashew nuts. yang ni ponnnnnn sedap! ohhh tak sabar nak beli lagi.. hehe.. try gak cari kot kot wall’s selection ni ada yang lain gak, tapi tengok kat mesra petronas semalam, ada 3 jenis ni je. tak puas hati, balik rumah google. sekali memang betol ade 3 jenis je. haha! so ape lagi, pegik la beli.. buat dessert selepas berbuka π
warning, hari berpuasa means siang hari jangan buka, nanti tak pasal pasal plak banned blog i kan sebab tayang foods hehe.. so buka lepas waktu berbuka ye.. π
DAY 1
sahur : ikan goreng, sambal udang+petai, ayam masak lemak cili padi and telur dadar.
berbuka : ikan kerisi goreng, sambal ikan bilis+kentang, ayam masak kicap and asam pedas ikan kerisi..
kuih muih and kurma..
DAY 2
sahur : asam pedas, telur kicap,sambalΒ ikan bilis+kentang and ayam goreng.
berbuka : ikan kerisi goreng, hati goreng kunyit, ayam percik, ayam masak halia and sup tulang.
roti tempayan+kari kambing, roti arab.. oh yang ni beli la. takde maknanya me nak buat roti tempayan. mihun goreng, jiran sebelah bagi..
DAY 3
sahur : telur kicap, maggie coto makasar and apple.. eceh konon diet la makan maggie and apple je?? haha!
berbuka : ayam goreng, ikan goreng, ikan bawal masak sweet sour and udang masak lemak cili padi.
bubur jagung, murtabak+kari kambing and sira pisang. hanya sira pisang je me masak, bubur jagung and murtabak Iwe beli kat bazaar ramadhan..
DAY 4
sahur : maggie goreng resipi Nana.
berbuka : gulai itik, tomyam campur, ayam goreng, telur dadar and sambal ikan bilis+kentang.. jangan terpedaya, gulai itik me tak masak. siang itik pun tak pernah inikan nak masak itik. gulai itik, Arman’s mom yang bagi.. tomyam campur, bakal adik ipar masakkan. untungnya ada bakal adik ipar pandai masak π
murtabak ayam and bubur lambuk.. finally, dapat makan bubur lambuk.. sedapppppp! my neighbour memang tip top la lau masak bubur lambuk, dari kecik kot makan bubur lambuk dia.. sedap sedappppp..
DAY 5
sahur : telur kicap, tomyam and ayam goreng.
berbuka : ayam goreng, ikan keli percik, kari daging, ikan kerisi+kerabu mangga.
agar agar. Mama beli kat bazaar ramadhan. tak sedap pon. 1 or 2 slices je kot yang dimakan. so, next time tak payah nak membazir beli kuih muih.
DAY 6
sahur : daging ketuk.
berbuka : kacang botol masak ape ntah, resipi hasil google kat tenet. haha! tauge+tauhu goreng, kari ayam ala kak wok, ikan kerisi+kerabu mangga. menu hampir sama dengan semalamnya, sebab nak habiskan buah mangga π
DAY 7
sahur : ikan goreng + kicap
berbuka : ikan goreng, ayam goreng, sambal+timun, gulai telur and baby sawi masak sos tiram..
roti tempayan+kari kambing and sira pisang.
tup tup, dah seminggu kita berpuasa kan? tapi belum jejak bazaar ramadhan pon T___T perasan rajin maska la konon. haha. takpe tengok la minggu seterusnya, maish rajin atau makan kat kedai @ beli saja? ngeh ngeh`.. oh oke la update blog pon secara lintang pukang, tangan duk menaip mata duk tengok tv haha.. sebab nak concentrate nengok cerita Isabella, pasni Lagenda Budak Setan the series plak π
dah berzaman nak update pasal Marlyn & Bard’s wedding, tapi asyik tak sempat je.. eceh.. macam orang busy sangat la plak kan, busy manjang.. haha! bukan ape, plus sekarang ni health condition agak tidak stabil.. so asyek tertangguh je la.. hurm, xceli wedding ni akhir bulan lepas.. before wedding Adli, tapi dah lompat lompat dulu pegik update yang lain dulu.. hehe.. ye la dah selang seminggu kazen lain plak kawen kan? semua adik adik dah kawen, dah langkah bendul ni.. pic kat atas tu masa majlis akad nikah.. and pic kat bawah ni keesokkan harinya, reception kat rumah Bard..
my dear cuzzy, selamat pengantin baru! cepat cepat dapat baby oke!
lastweek, ada buat makan makan sikit kat rumah. dinner bersama niejamuhaimi.com ecehh.. biasa la ramai request nak makan lamb chop. oke oke. kita buat lamb chop. padahal seharian tu dari pagi pegik KB, pastu balik pon dah nak Maghrib, so plan nak postponed la esoknya, tapi sebab dah janji punya pasal.. buat la jugak..
hanya ini yang sempat dimasak.. start masak after Maghrib, nak makan around 9pm.. nak marinated lamb lagi, buat coleslaw lagi, nak buat fruits salad lagi, mihun goreng lagi.. buat pizza lagi aiyoo.. nak buat fruits chocolate pon tak sempat. aishh.. takpe la, janji pembaca blog niejamuhaimi.com kenyang.. makan je la mane yang ade eh.. hehe π
eh eh ade cupcake plak. haha. kantoi. dinner bersama niejamuhaimi.com ape jadahnya. tak tak. sebenarnya me saja je buat makan makan ni, ajak kawan kawan makan sebelum start puasa.. and kebetulan time ni birthday Ain, Pkah n Ery.. so celebrate la sekali..
Sweethearts,i need more favor to vote baby Qaseh by clicking “Like” to her picture for Lollytot August 2010 Cutest Little One Contest. click share and “Like” on the 152 pictures in August 2010 Cutest Little One Contest album (Album A) .Please and thank you. Pls Click N Vote!!
ni some pic time reception kat rumah Nije.. pastu ikot Syafa n Nije pegik outdoor photoshoot kat Mangkuk, area Pantai Penarik.. and pic last tu, cupcake me bagi as a present untuk mereka.. π
aritu lepas balik shopping kain raya, singgah makan kat Sun Two Rest, order la mihun goreng basah and mee goreng basah.. mak aihh skali sampai, memang basah betul la hahahhaha!whatever, tapi abc dia tetap sedap.. slurrrppp.. oh cite psal baju raya, semua baju raya dah hampir siap π oh tak lama lagi dah nak start puasa..
ohh.. rasa macam ade 2 lagi entry wedding yang tak diupdate, Syafa&Nije’s wedding and Marlyn&Bard’s wedding.. tapi takpe, me update kemudian k.. sebab banyak permintaan dari cuzzy tersayang yang tak dapat hadir wedding Adli ni.. so guys, check it outtt.. more picca, will be upload kat FB
akad nikah : masjid mukim keting, daerah gunong
hantaran.. tapi macam ade yang terlupa snap je, biasa la duk kalut kalut amek pic lain kan. haha! kira kira macam tak cukup je, ok abaikan.. π
lepas majlis akad nikah, terus balik rumah pengantin perempuan, Fatin. makan makan and sesi berfoto kat sana. and esoknnya majlis kat rumah Adli, but sorry no picca. T______T
btw, Selamat pengantin baru my dear cuzzy, Adli and Fatin.. semoga bahagia and berkekalan hingga ke anak cucu.. π
unplanned. check fb. tengok status Sawa ajak lepak pantai. terus cakap ok. contact Nana, dia pon nak join.. tak sempat nak bersiap siap, Sawa call cakap lagi 2 minit sampai kat rumah me. kebetulan Sawa sampai, my lil sis baru sampai gak, terus ajak dia. so pegik berempat la. lepak lepak tepi pantai, makan sotong celup tepung, ikan celup tepung bla bla bla. oh sedap. thank you Mr. Sawa. next time belanja lagi oke! haha. on the way nak balik, terjumpa Limie n her gf maybe.. so sempat la lepak kejap, baru nak lepak hujan pulak. haha.