SELAMAT PENGANTIN BARU SHUHADA & MUDRIKH

Sabtu, ada majlis kahwin officemate mr.husband kat Kuala Krai, so Jumaat kitorang semua gerak dr KL. 

breakfast kat area mana ntah ni, tapi kedai ni kawasan kampung gitu je but lauk dia semua sdap weh. mihun bodo gini pon sedap, sambal ikan bilis petai dia power, sambal paru dia pon sedap. 

macam baru je makan, eh stop makan lagi.. ni trip makan-makan ke ape? haha.. singgah makan lemang dekat Lemang To’ki.

kitorang gerak dalam 11 lebih, so sampai Gua Musang pon awal jugak. Kitorang gerak awal nak elak jem la sebab arini dah last day school, kalo tak memang jem gilo la. Kitorang tido kat Gua Musang malam ni, sebelum sampai homestay sempat lagi singgah makan cendol. Mr.husband berapa kali duk tanya camni ke cendol sini, apsal pelik sangat bahahahah!

kitorang stay dekat GM Villa, bilik semua ok. ada 3rooms 3bathrooms. tapi yang tak bestnya time ni la wifi diorang tak jadi, dah la line kitorang kat sini macam weak. pastu dapur dia tu camtu je takde sinki takde ape, so macam leceh nak cuci tangan ke nak cuci mug, plate smua dalam sinki toilet. tak proper hahah. at least kalo x nak bagi orang masak pon, kena la ada sinki dkat dapur tu senang skit. 

untuk dinner, kitorang google je and ramai suggest kedai ni. Restoran Dalam Taman D’Tasik. Kawasan restoran ni luas, betul-betul macam dalam taman la, tepi tu ada tasik.. pastu nak makan kat atas pon boleh.  Memula kemain la kitorang duk kat taman tu, betul-betul sebelah tasik.. mak aih sebab makanan pon lambat jugak siap, dengan nyamuk pon banyak.. last-last kitorang pindah duk dalam restoran je. 

kitorang order set for 6pax, tapi lauk-lauk lain semua dia buat macam sorang makan, tomyam kitorang pesan asingkan 2 bekas senang nak makan, sekali dia g buat double plak portion dia. foods biasa je takde la sesedap macam orang duk review tu, kitorang semua makan macam hm.. 

sabtu pagi, sebelum gerak ke Kuala Krai breakfast nasi lemak & roti canai. kemain la saja bangun lambat and simpan perut sebab nak makan kenduri eh sekali diorg beli breakfast plak haha..

ngam-ngam kitorang sampai, rombongan pengantin lelaki sampai.. so berarak la sekali

orang lain tak sempat bergambar lagi, kitorang yang masuk dulu haha.. maklum la datang jauh, kang lambat-lambat ramai plak tunggu turn nak bergambar.

selamat pengantin baru Su & Erik

 

habis majlis, terus gerak balik Setiu. Diorang drop me & mr.husband kat Setiu tidur 1 malam kat umah Mama.. Petang, sempat pergi rumah Nana kejap, kebetulan dia buat makan-makan sempena birthday Mak dia. Dah datang sini, boleh la tengok kebun cili Mak dia sekali, baru feel petik sendiri haha. 

Ahad, lunch kat Ayam Kampung. Petang, xde g mana pun packing barang je sebab malam dah nak balik KL.

time ni dah start banyak case Covid19, nak naik flight pon takot-takot, tawakal je la. 

Monday, kitorang demam.. me siap pening muntah bagai..maybe sebab balik Kelate & Trg panas sangat kot, tak sempat nak keluar ape tengok orang pakat duk panic buying..eh sekali semalam PM dah umum pasal Movement Control Order, matilanak.. barang-barang dapur semua pon tak sempat beli lagi. 

PES AGLIO OLIO

pes aglio olio, me start jual mid December aritu starting bawa balik ke KB dulu promote kat family members, 7 bottle sold. 

And Alhamdulillah, last month dapat jual dalam 98 bottles. 

and, kita pon dah tukar bottle baru, sebab botol yang 1st batch tu macam susah nak dapat stock, kadang-kadang ada kadang takde so kita buat packaging baru je.

berat pes 200gm+-

and ni packaging baru, biasa la sebulan dua tu testing tu itu ini, dah masuk bulan ke 2 kita improve la sikit-sikit.

 

ni ada a few photo yang customer share, ada yang me masak.. bukan setakat boleh masak spaghetti aglio olio, macaroni boleh, ada customer goreng mee pon pakai pes aglio ni, buat marinated ayam, daging, ikan, kambing pon boleh. Lagi senang ok, dah tak payah tambah pape. 

so anyone nak order pes aglio olio boleh PM me kat SINI or whatsapp 0179020774

RESEPI KULIT LEMBU

Punya la lama beli kulit lembu ni, kalau tak silap early Dec last year kot haha, tapi sebab frozen ok je la kot. Actually, me memang tak pernah makan kulit lembu, masa mr.husband nak beli erkk, terus cakap i memang tak pandai masak kulit lembu and tak pernah makan haha. Tapi, tu la kalau tak try sekarang bila lagi kan, so beli la 1 pack. Kitorang beli ni kat tepi jalan je masa pergi Banting aritu, kalau x silap RM10/pack.

ni kulit lembu frozen, memang ready to cook. dah bakar rebus semua, tinggal nak masak je. So, meh tgk ape yang me masak utk habiskan sepeket kulit lembu ni haha, kemain lama nak boleh habiskan 1 pack.

Kulit Lembu Masak Lemak

masak lemak ni, me tumbuk/blend je cili padi + bawang merah + kunyit. Pastu masukkan semua dalam periuk, masukkan santan and serai lastly masukkan kulit lembu tadi tu and 1-2 keping asam keping, pastu letak la garam gula ke ape sikit.

Kulit Lembu Masak Kicap + Sos Tiram

yang ni me tumis je bawang putih kejap, pastu masukkan kulit lembu tadi then masukkan kicap and sos tiram sikit, lastly masukkan bawang besar and cili.

Kulit Lembu Goreng bersama Fucuk + Suhun

me tumis bawang putih + bawang merah + halia sikit, then masukkan kulit lembu + suhun and fucuk yang dah direndam, pastu just masukkan kicap and air asam jawa sikit, seasoning to taste.

3 kali masak untuk habiskan 1 pack kulit lembu ni, not bad sedap jugak tapi takde la suka sangat tapi mr.husband suka haha, me tak suka sebab ada rasa bau smoke kat kulit tu kot, macam pelik sikit haha. Takpe, next time nak try makan yang orang jual or yang dah siap masak plak, maybe me yang tak reti masak kulit lembu ni kot, ntah-ntah orang lain buat sedap je haha.

BAYAN BATA

nampak kakak kawan me share pasal bayan bata ni, macam menarik so me try la buat. explaination dah ada kat atas tu kenapa panggil bayan bata and resepi pon ada sekali, meh la kita try.

 

me pakai 1 biji je terung, sebab takot buat tak jadi ke ape kan hahaha.

kalau ikutkan resepi akak tu, dia bakar direct je atas dapur tu tapi me grill dalam pan je senang. 

dah masak terung bakar tadi, campur je semua sekali bawang besar, cili, garam+gula and sedikit air limau/lemon. Nak blend boleh nak tumbuk boleh, tapi me tumbuk je. 

tadaaa, ni la hasilnya. oh lupa, me just tak letak daun ketumbar sebab takde haha. 

pastu masak kurma ayam + telur makan dengan bayan bata ni, yumms!

Thank you kak Nadzifah share recipe ni, kalau nak tengok recipe akak ni boleh tgk kat SINI

 

DAGING GORENG CUKA

Semalam nampak my friend buat daging goreng cuka, so tanya la camne nak buat kebetulan plak memang tak tau nak masak ape hari ni so kita try la daging goreng cuka ni.

bahan- bahan :

  • daging
  • cuka
  • garam
  • gula

daging tu potong ketul-ketul besar sikit, takde besar gila lebih kurang separuh tapak tangan camtu la pastu rendam dengan cuka, garam and gula. sukatan ni pon me agak-agak je bila rasa tu ada masam manis sikit tu ok la and marinated sejam. Actually, my friend ni macam tersalah bagi info sebenarnya kena marinated for 1 night haha, tapi me pon buat la sejam macam dia cakap memula tu, pastu goreng la. Dah nampak garing kat luar tu boleh la angkat and me slice macam daging bakar ni.

ni la hasil daging goreng cuka, rasa masam manis gitu sedap, crispy diluar juicy didalam haha.

sebab tak tau nak pair dengan lauk ape, so buat je nasi goreng butter pastu gaul je sekali dgn daging goreng cuka tadi, siap.

TELUR REBUS AIR ASAM

Lately ni ramai pulak yang duk share telur rebus air asam ni, aihh dah la setiap kali duk keliar dekat timeline FB tu kecur je air liur haha, so sebab nak buatnya pon simple kalini me try plak buat..

Bahan-bahan :

  • Telur
  • Asam jawa
  • Bawang merah
  • Bawang besar
  • Cili
  • Tomato
  • Belacan
  • Kerisik

Cara-cara :

Me rebus dulu telur, rebus macam biasa je, dah masak and sejukkan kejap (nak cepat dah masak tu rendam je air sejuk, bila kopek pon cantik) pastu me potong la 2.

Untuk air asam plak, me potong je semua bawang besar, bawang merah, cili besar, cili padi if nak lagi pedas, tomato. Pastu, dalam bekas letak air and asam jawa, gula and garam secukup rasa, belacan skit and kerisik. Belacan and kerisik ni optional je tapi me suka letak sebab macam lagi umphhh! Pastu campak la semua yang dah potong tadi, lastly masukkan telur rebus tu and biarkan la terendam 15min camtu biar air asam tu  dah meresap dlm telur rebus tu..

Telur rebus air asam by NM

Seriously meme sedap, rasa lemak telur kuning tu pastu kena plak dengan air asam tu, fuhh.. korang kena try!

WARONG SOKMO

Tadi petang ada orang duk tanya pasal laksa sedap and orang duk suggest Warong Sokmo ni, sekali check ehh eh dekat dengan rumah je ni jalan kaki pon boleh, apsal tak tau pon kedai ni, pastu stalk la ig dia, rupanya macam baru jugak buka 2 minggu lepas camtu.

Tapi time kitorg sampai ni macam xde orang, maybe orang pon X berapa tau lagi pasal kedai ni.. Oh, terlupa plak nak snap menu dia, takde la banyak sangat choice, ada laksa,mee kari, nasi ayam geprek, nasi lemak pastu ada roti Benggali tu je kot makan dgn kacang pool or kari ayam, maybe sebab baru lagi kot menu pon tak banyak lagi.

Nasi ayam geprek

Sebab tak tau nak order ape and memang kitorg nak makan nasi which is dalam menu pon just ada ayam geprek and nasi lemak je, so kitorang berdua order sama je. ikutkan time kitorang sampai ni around 8pm camtu takde orang pun tapi service agak slow skit, tapi dia ada la bagi keropok boleh la menguyah sambil tunggu foods siap, nasi ayam geprek ni ayam dia sedap crispy and ada 2 sambal, sambal ijo and sambal merah tu, xde la pedas sangat kira sedap dimakan la tapi bagi kitorang macam masin skit sambal dia ni..tapi kalau makan dgn kicap lemak manis mungkin lagi sedap nasi ni..

So, next time kalau pergi harap ada menu lain jugak la baru best sikit nak pilih makan ape, Ada variety skit orang kata haha..

WARONG SOKMO

27G, Jalan Tukul N 15/N,

Seksyen 15, Shah Alam.

CUKUR JAMBUL BABY IZZ

semalam datang tidur umah Mir sebab kononnya esok nak gerak awal around 10-11am, tapi biasa la janji melayu pukul 11 baru bangun pastu time tu sibuk nak buat nasi lemak pulak tetiba, memang janji melayu betul la haha!

dah siap makan, terus tapaukan untuk bawa bekal la konon malas nak stop makan ke ape, pastu siap singgah butik Tasha anta nasi lemak

baru keluar simpang butik Tasha, eh nampak orang duk jual pizza beli pizza pulok aduh!

pastu duk pergi Cash Converters la ape, last baru singgah Family Mart belikan pudding kat family members yang kirim tiberrrr plak jadi PS Family Mart haha, yang plan nak gerak 10-11pagi lastnya dekat 6pm baru gerak weh!

plan nak lalu LPT, boleh singgah Setiu dulu tapi nanti sampai Setiu family semua dah balik KB plak.. so kitorang lalu Gua Musang je sebab semua dah kat KB, sempat jugak singgah rumah Kak Zura kat Gua Musang, Ya Allah mak dia siap masakkan gulai ayam la ape pulak.. ada budu petai bagai mak aih mana boleh tolak haha, padahal sejam sebelum kitorang sempat stop kat Petronas jap makan nasi lemak yang bekal tu, biasa la dah banyak penyinggahan sampai pun dah nak around 12am..

Jumaat, lepas solat Subuh majlis cukur jambul baby Izz. 

Mama order roti cicah gulai ayam and lepat pisang untuk majlis arini..

baby Izz dah botak

baby Izz with Umar

tetamu semua balik before solat jumaat, so untuk lunch kitorang masak-masak je la.

tadi pagi, dah duk plan ngan Aiman & Sha nak buat steak sebab Chef Mir balik haha, so malam ni dinner kat rumah Sha & Aiman, nasi goreng & cekmek tu goreng siap-siap dari rumah then bawa je, steak & spaghetti aglio olio je masak kat situ.

Hari ni seharian bz sampai lupa nak makan nasi, sekali dah Malam amik ko segala benda nak order haha. 

Before balik Setiu, sempat buat pudding caramel 2 jenis resepi, by me and Mir.. of course la yang Mir menang sebab ingredients pon mahal haha. 

Lunch, makan ayam kampung kat Kg.Bintang 

Dah balik Setiu mesti nak datang Pantai kan.. makan celup tepung ditepian pantai cewah.

For dinner, goreng ayam kampung yang beli kat kedai ayam kampung tadi sebab dia dah siap marinated smua dah just goreng je..

Kononnya nak balik semalam, tapi macam penat gila lagi.. so arini baru gerak balik Shah Alam, kete pon full dpn belakang sebab bawa balik keropok viral, actually sebelum ni collect order suka-suka je sekali ramai pulak yang suka, Alhamdulillah.. tapi sebelum ni kalau blk dgn flight memang me tak collect order sngat la malas nak bawa banyak2 dengan bag n kotak bakery la ape lagi.. tapi Kali ni balik dgn kete boleh la bawa banyak skit.. 

 

 

AMBO CAFE

terpengaruh dengan ig Datin Ismatia duk promote kedai Ambo Cafe, terus ajak mr.husband dinner kat sini. Actually Ambo Cafe ni same owner dengan Warung Ambo tu, kedai pon area situ jugak. Menu dia nasi lemak & nasi kerabu je tapi macam-macam jenis lauk la, eh kalau tak silap ada nasi sup jugak..pastu ada aneka roti, ada jugak nampak stall corndog and ada colekkkk.. tapi kali ni kitorang order ni je..

nasi kerabu daging bakar

nasi kerabu paru

and…

roti pandan sangkaya

semua sedak! haha..

AMBO CAFE

NO.24, JALAN NOVELIS U1/86A, 

LAMAN GLENMARIE, SHAH ALAM

4PM to 11PM

3 YEARS, NASI KANDAR HAJI RAMLI

3 years ago, masa opening me kat kampung, pastu masa buat doa selamat untuk 2 years pon me kat kampung, so kebetulan ada kat Shah Alam this time haruslah datangkan.. Alhamdulillah, congrats bro! dah 3 years kedai nasi kandaq hang..

me sampai ngam-ngam orang baru start baca doa, fuhh tengok lamb ni yumms!

dalam sejam camtu je kitorang lepak sana, sebab mr.husband keje kan.. btw, congrats Nabil! hang kena belanja aku nasi kandaq sebab selalu promote kedai hang kat google maps hahahah!

NASI AIR BERLAUK

semalam balik dr rumah Tasha konon nak terus balik Shah Alam, eh sekali Mir ajak tidur rumah dia plak so balik la Shah Alam kejap amik baju pastu pergi KL balik.. and plan kitorang harini nak buat nasi lemak, eh tetiba tukar menu nasi air plak, sebab semalam otw balik rumah Mir sempat singgah makan cendol dgn kawan-kawan dia and terus g cari barang untuk nasi lemak sekali duk tengok ikan bilis tertengok ikan masin la telur masin la ape eh pakat tukar nak makan nasi air plak..

paru crispy

isi ayam

ikan masin

ikan bilis

ikan kering

telur masin

kangkung goreng belacan

cendawan masak sos tiram

lala daun selasih

kacang goreng

condiments

yeah, meriah gila macam-macam lauk masak. 

fuh penuh bowl :p

and untuk dessert plak me, Sri and Mir buat sagu gula melaka and pengat ubi.

sagu gula melaka

pengat ubi & sagu

KUPANG

hari tu ada post pasal Kulit Lembu kan, ni pon beli sekali time beli kulit lembu. Beli 1 pack je tapi banyak la sekilo setengah camtu la.. pastu dah balik rumah biasa la mati kutu nak masak ape, sebab tak pernah kot masak kupang haha.

Kupang Masak Sambal Balado

me tumbuk bawang merah, bawang putih and cili besar + cili padi sikit. Then, tumis la semua kejap, masukkan garam gula aji sikit lastly masukkan kupang.

Spaghetti Aglio Olio Kupang & Udang

spaghetti aglio olio ni, me just tumis garlic and onion sikit then masukkan pes aglio olio yang me jual tu, then masukkan la lauk pape nak letak, masukkan mushroom and capsicum and spaghetti, dah tak payah letak seasoning pape dah.

Kupang Sweet Sour

yang ni me tumis bawang putih + cili + serai yang dah tumbuk, pastu just masukkan sos tomato sikit and sos cili, pastu masukkan kupang.

Kupang sweet Sour Telur

tumis bawang merah, bawang putih and halia yang dah diblend, dah nampak garing sikit masukkan cili kisar sikit, nampak dah masak tu masukkan sos cili and tomato, pastu terus pecahkan telur sebiji kacau-kacau and masukkan kupang.

HAPPY BIRTHDAY IBU

semalam birthday Ibu, so Tasha order la fav ibu dia cheese tart.. masa dia pick up semalam dia ada bagitau arini ada nak buat makan-makan kat butik dia, sekali tadi pagi dia call tanya datang ke tak.. dah la Jumaat, mr.husband kan keje tapi kebetulan Sri sampai from Trg tadi pagi, so me pergi sekali dengan dia and pergi pick up Mir dekat umah dia dlu sebab duk plan nanti balik dari Butik ibu boleh terus g rumah Farah tengok baby dia and boleh g lepak-lepak rumah Tasha since kitorang pon tak pernah pergi lagikan..

sampai-sampai tengok fuh.. nasi dagang ada nasi kerabu ada.. semua nak try haha.. dah la nasi kerabu tu ada daging bakar, kambing bakar, ayam bakar mabuk jap tak tau nak makan yang mana dulu ahahha

nasi kerabu & nasi dagang

 

happy birthday Ibu

so sape-sape nak beli tudung ke baju, set pinggang mangkuk boleh la datang Chaaa dekat dgn Tesco Ampang.

NASI KANDAR TERSANDAQ

dah beberapa hari nampak orang duk post kat group Sarban pasal Nasi Kandaq Tersandaq ni, kebetulan mr.husband balik awal sikit arini, so ajaak dia makan sini je. 

Actually, Nasi Kandaq Tersandaq ni takde kedai pun, dia buka stall depan Petron TTDI Jaya, ada khemah kuning kat situ, tapi jangan risau ada tempat duduk, takde la banyak dalam 3-4 table camtu kot tapi ok la masa kitorang datang ni pon dalam pkul 4 lebih takde orang sangat pon yang datang pun ramai yang tapau je, kalau time lunch hour tak tau la maybe penuh la kot sebab kitorang sampai 4 lebih camtu pon lauk dah nak habis.

 

ada ayam bawang, ayam ros, ayam berempah, kari ikan, sotong, daging masak hitam, telur dadar.. tapi masa kitorang datang pon lauk dah banyak habis, ayam berempah je kot banyak lagi time tu. 

me order ayam bawang

mr.husband order daging masak hitam and telur dadar

sebab bendi dah habis so amik kobis, pastu each set dia ada letak bawang goreng and sambal serbuk cili koyak lidah ke ape ntah nama dia, but bila dah combined tu sedap la rasa dia, nak kata pedas gila takde la tapi ok la sedap bila dah campur sekali.