FAREWELL AIN

2-3 hari lepas Ain (staff cc Mama) bagitau nak berenti keje, sebab nak masuk kursus jahit. semua macam terkejut la, tapi dah keputusan dia camtu nak buat camne kan.. actually Ain ni staff kesayangan kitorang, so macam berat skit la nak lepaskan hehe.. so semalam pegi makan-makan la dengan staff lain jugak meraikan Ain nak berenti keje πŸ™

today, last day Ain. so petang before balik, Mama ajak lepak-lepak. me ajak g makan mee celup, sebab nampak kat group Setiu ramai cakap best sini..

ABC

ABJ

Maggie Celup

Mee Celup

Laksa Penang

actually me kalau makan mee celup ni suka makan mihun celup je, sekali datang mihun dah habis plak, 2nd choice kuey teow but habis jugak nak tak nak me order je la mee celup. hmm.. but for me rasa dia biasa je, ntah la setakat ni tak jumpa lagi mee celup yang sesedap macam kat KB. tapi taste orang kat sini camtu kot, tu yang ramai cakap sedap. tapi laksa penang dia sedap. takpe next time nak datang try mihun celup la plak.

bye Ain, take care & belajar jahit leklok nanti lepas habis course bleh masuk keje balik hehe..

 

HAPPY BIRTHDAY CIK ABAS

 

beberapa hari lepas ada pergi visit baby baru my bff, Syafa. congrats yang, baby no 4 πŸ™‚ hehe..Β  kebetulan Mak dia datang from Sarawak jagakan dalam pantang, and semalam Syafa ajak datang rumah dia sebab esok lusa Mak & Ayah dia dah nak balik Sarawak. kebetulan esok lusa birthday Cik Abas, so Syafa cakap boleh la kitorang celebrate sekali. maklum la adik beradik dia yang lain semua duk jauh, so kitorang la datang memeriahkan lagi majlis hehee..

Cik Abas & Cik Ani bersama anak cucu kat Setiu

menu for today, mesti la nasi lemak legend. sebab tu datang haha.

nasi lemak Cik Ani sedap & power sama macam zaman kitorang sekolah dulu-dulu

memang x cukup la 1 pinggan, harus la 2-3 pinggan, bukan senang weh nak dapat hehe..

muka kekenyangan masing-masing makan nais tambah :p

thank you Loh & Apex jadi driver time me balik Setiu hehee..

ITAYUZIE KITCHEN

sebelum balik lagi nampak Kak Ita duk promote nasi lemak ayam pandan, soto, mee kari, pulut kuning and dessert macam-macam.. actually, Kak Ita ni dah lama me kenal, kenal online jugak kot masa tu pastu lelama siap tukar2 no phone and beli apam polkadot dia buat, kira sebelum me kawen lagi and sebelum me start buat cake lagi, masa kawen dulu pon kek coklat utk doorgift pon order dengan dia.. tapi lama dah tak jumpa πŸ™ last jumpa, masa Iwe kawen 2-3 tahun lepas kot. and kebetulan nampak Kak Ita promote ada COD area Setiu, (sebab Kak Ita stay Besut) so me order la mee kari, soto, nasi lemak ayam pandan. tapi sayangnya mee kari takde untuk hari ni, so me order 2 nasi lemak ayam pandan + 2 soto.

bihun soto + nasi lemak ayam pandan RM5 each

ni nasi lemak ayam pandan, ayam sedap rasa la rempah dia tu and sambal nasi lemak pon sedap, rasa ala-ala sambal nasi lemak me buat, cewah! hehee

bihun soto ni sedap, lagi-lagi dengan sambal kicap dia perghhh.. layan gila!

tapi sayangnya, tak sempat jugak jumpa Kak Ita, sebab yang COD nya biras dia hehee.. insyaAllah kak, next time kita jumpa ok!

so kalo orang Setiu & Besut nak order boleh la contact Kak Ita, bukan nasi lemak, pulut kuning aje dia jual, macam-macam jenis cake dia jual and yang penting memang sedap!

DAYANG CAFE, PASIR HOR

semalam cousins pakat duk ajak g makan dip n dip, selalu diorang pegi malas nak join sebab biasanya dah g situ mesti diorang melencong tempat lain plak, biasa la remaja hahaa.. but this time setelah dipujuk rayu oleh Sri, pergi la jugak..

dip n dip dah habis. T____T terus jem tak tau nak makan ape. hm..

waffle

sizzling yee mee

roti titab

sebab tak tau nak makan ape, order je la 1 waffle, pastu diorang pakat order sizzling 4-5 plate and roti titab. nampaknya kena datang try next time la plak dip n dip Bon Lab ni. lagipon kitorang datang dah lambat stall western nasi arab semua dah tutup time ni..

MIL’S BIRTHDAY TRIP, CAMERON HIGHLAND

310818

boleh dikatakan every year kot MIL nak celebrate birthday dekat Cameron. sebab dia suka tempat-tempat sejuk kot. but why cameron? sibaik kitorang gerak Jumaat ni tak jem lagi.. pergi 3 kete, BIL tak pegi sebab Mira dalam pantang.

sampai sana, Ckin & Sab dah sampai. tapi takleh early check in, padahal dah request nak check in awal. sampai around 11am macam tu nak kena tunggu sampai 3pm? walawehh.. tak tau nak g makan dipagi Jumaat tu, kedai makan pon banyak tutup, last-last terjumpa kedai roti canai ni.. kitorang breakfast la berempat kat sini, sebab kete Mak Abah semua tak sampai lagi. sekali tetau kereta diorang breakdown, so alang-alang kitorang g check in dulu la sebab orang hotel cakap paling awal 2pm dah boleh masuk..

kitorang stay dekat Iris House & Resort RM250 for 3 rooms + 3 bathrooms kira ok la kan.. yang penting each rooms ada toilet

dekat hall ni pon boleh letak 2 toto kalo datang ramai..

2 bilik queen size and master bedroom king size

view from our room, padang golf. ok la jugakk..

ni dapur dia, ada rice cooker, kettle and fridge.

lepas check in and settle kete FIL kat workshop terus g lunch dekat Abang Strawberry

dalam banyak-banyak menu yang tinggal nasi lemak, mee kari & soto je. yang lain sold out. adeh. air pon tinggal strawberry cordial je. sedih betul

nasi lemak NM lagi sedap kot. bahhaha! tapi ayam goreng dia ok la rasa la berempah tu.

depan Abang Strawberry tu ada jual stoberi choc sedap, ok la drp stoberi coklat kalo beli kat pasar malam. kira coklat dia lagi quality.

petang g ronda-ronda pasar malam, tu je la activity kalo malam pon. lepas pasar malam, g dinner dekat food court area Tanah Rata tu jugak tapi me tak makan la sebab dah beli macam-macam dekat pasar malam

ayam & lamb grill beli dekat pasar malam tu sedap.

010918

breakfast dekat food court. selalu jugak kalo datang Cameron breakfast kat sini, sebab banyak kedai buka. nasi ayam dia sedap.

memanggil-manggil betul iklan ni, dari semalam sampai nampak bunting ni sepah-sepah tampal dekat tiang. semalam tak sempat try, so lunch arini try bamboo briyani.

kira 2nd day diorang operasi la. lepas check out dari Iris tu terus singgah lunch sini, padahal dekat gila je kedai ni tapi dah start jem fuh.. dekat sejam baru sampai oiii..

briyani kambing

briyani ayam

sedap. tapi macam tak cukup plak hahahhaa.. harga 16+ kot x ingat dah.

plan lepas Big Red Strawberry Farm ni nak pergi Kea Farm tapi tetau la kalo dah start jem kat sini camne, lastnya lepak makan sini je.

punya la panjang Q, maklum la public holiday+weekend kan camni la.

tamak. semua nak haha. last-last suruh mr.husband habiskan.

pancake

waffle

salads

strawberry sundae

balik dr Big Red Strawberry ni plan g amik kete kat workhsop then terus gerak balik Shah Alam, tapi kete pon tak siap lagi. janji tengahari sampai ke petang pastu malam pulak. adeh. lastnya, terpaksa cari apartment lain plak. sibaik ada kosong. kitorang pindah stay dekat Brinchang. Crown Imperial Court, yang betul-betul belakang Petronas Brinchang tu. tapi mak aih penat nak turun naik bukit haha.

3 Rooms jugak. tapi 2 bathroom je yang ni. tapi lagi luas dari Iris semalam la.

master bedroom ada king size + single. 2nd room ada queen size + single. bilik kecik ada 2 single. ok la. nak ramai-ramai bentang je toto kat hall tu luas hehe.

malam, turun pasar malam lama yang kat brinchang tu je. tak banyak sangat la sebab pasar malam semua kan dah pindah dekat Tanah Rata. tapi boleh la setakat nak jalan-jalan tu.

strawberry milkshake & scones sini terbaik. murah dan sedap. ni pon lepas pasar malam jalan kaki je, kedia peladang ke ape nama lupa.

memula amik 2 sorang scones, dah sedap last-last borong semua haha.

rusa bakar, sedap.

020918

breakfast dekat stall depan balai bomba brinchang. nasi lemak cameron. sedap weh, and ada order ayam goreng berempah dia jugak layan gila. next time boleh la datang lagi.

malas nak pergi KEA Farm, kebetulan otw nak pergi ke KEA Farm depan balai polis brinchang tu ada pasar tani. so pergi situ je and terus balik.

takde beli pape pon, sayur-sayur pon tak beli sebab esok lusa dah nak balik kampung hehee.. beli untuk Umar je la.

NASI DAGING & AIR ASAM

dah lama tengok orang duk share resepi nasi daging ni tapi tak pernah buat-buat pon, makan kedai je haha. and kebetulan mil ada bagi daging qurban aritu, me saja la buat, ikut resepi sendiri je sebab tengok orang duk share tu macam banyak sangat bahan..

bahan-bahan :

  • daging
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • rempah kurma
  • rempah sup
  • rempah 4 sekawan
  • tomato
  • daun sup
  • susu cair
  • air rebusan daging

cara-cara :

potong daging nipis-nipis, then rebus sekejap. air rebusan daging jangan buang, sebab nanti nak guna untuk masak nasi.

nak guna rempah kurma saja pon boleh tapi saja la dah ada rempah sup me letak la sikit

me tumis je semua sekali bawang + halia + 4 sekawan tu sampai naik bau terus masukkan je rempah kurma + sup yang me campur dengan sedikit air

cuci beras, masukkan daging yang dah direbus, masukkan tomato. ada orang gunakan tomato puree or sos tomato, tapi me letak buah tomato je sebab tak nak masam sangat ke ape, then masukkan rempah yang dah ditumis tadi, masukkan susu cair + air rebusan daging. susu cair & air rebusan daging tu ikut sukatan macam korang masak nasi biasa la. so me letak la half susu cair and half air rebusan daging.

letak garam sikit, me letak blackpepper coarse sikit and daun sup. ada orang letak serai & daun pandan. tapi me takde, so tak letak. dah siap, boleh la masak macam biasa, on rice cooker and tunggu la nasi siap.

nasi daging ni memang makan dengan ayaq asam. so me buat la ayaq asam ni sikit. cili besar + cili padi + belacan bakar, tumbuk or blend ikut suka hati la. then masukkan dalam bekas, me letak pes asam jawa adabi tu sikit, letak air sikit, kerisik, gula & garam secukup rasa. lastly, masukkan hirisan bawang merah & tomato. siap.

ni nasi dah siap dimasak, me goreng la bawang goreng sikit tabur and potong daun sup saje kasi cantik sikit haha.

sup ni, optional je. sebab ada balance air rebusan daging tu, me just tambah la perasa sikit + tabur la daun sup + bawang goreng.

nasi daging air asam NM

HAPPY BIRTHDAY SISTER!

tak plan pun nak celebrate, sebab biasa dia busy je celebrate sana sini.. kebetulan dia ada nak datang Shah Alam, me beli la mini cake je. russian black & white cake. nak makan pun bertiga je tak payah cake besar-besar kang tak habis plak.

 

sandiwch popcorn chicken ni pon me beli dengan akak yang jual mini cake tu, express haha.

satay mr.husband belikan time balik kerja, suruh mr.husband beli satay Atuk yang orang kat group Sarban cakap sedap tu, tapi me whatsapp orang tu cuti pulak sampai hujung bulan ni, so mr.husband singgah beli kat pasar malam je haha, sibaik sedap.

me just buatkan nasi goreng daging je.

happy birthday, Mir!

beli mini cake pon tak habis, sebab kenyang gila haha. takpe simpan, esok makan πŸ™‚

 

HAPPY 2nd BIRTHDAY, EZRA

happy birthday baby nephew, Ahmad Ezra Al Fatih.

cake ni bro in law beli dekat Hokkaido baked cheese tart tu, tak tau pulak kat situ ada jual cake sekarang. yang ni dia beli pistachio cake.

 

mil buatkan mee goreng

ni dalam kek dia, for me tak sedap haha. sebab kek span biasa je then just layered with fresh cream and pistachio paste camtu la, and ada rasa matcha skit. maybe combination of matcha & pistachio kot.

birthday boy with his present, suka la tu..

HARI RAYA AIDILADHA 2018

 

macam dah lama gila tak raya Aidiladha kat Shah Alam, so macam biasa la raya kat Shah Alam biasa-biasa je la kalo raya haji ni. pagi, pergi makan-makan rumah mil. ada lontong, mee kari, nasi lauk kari daging + ikan keli sambal + ayam goreng + sambal goreng jawa and mil’s homemade yogurt.

balik dr rumah mil, terus pergi rumah Ayah Chir, tapi Ayah Chir takde la mana pernah dia tak balik raya haji hahahaa.. so datang beraya dengan Aunty Da, Kina & Bihan je la.

selamat hari raya semua, aish tengok pic diorang kat KB sedih plak. ruginya tak balik T______T

 

 

BERKORBAN SEBELUM RAYA KORBAN HAHA!

aduhai dugaan betul, awal tahun aritu washing machine rosak, then ni baru je sehari service aircond sebab seminggu ni macam pelik je kadang-kadang dia ok kadang-kadang bila on terus 1 rumah blackout, so panggil la orang service sempat la pakai 1 malam the next day on je blackout terus satu rumah try beberapa kali pon sama, sekali compressor kat luar tu dah terbakar πŸ™ aduhai, nak repair macam tak berbaloi mahal sangat lagipun aircond ni dah lama gila kot 8-9 years mungkin, sebab lepas kawen kitorang cabut aircond ni kat rumah mil sebab ada 1 bilik tu dah renovate tak jadi bilik.

survey punya survey lastnya beli kat lazada je kebetulan ada sales and amik package sekali dengan installation. jimat & senang dah tak payah nak fikir mana nak cari orang buka aircond lama and pasang aircond baru.

baru settle pasal aircond, tv pulak tetiba rosak pulak. sedih betul.

gigih la belajar kat youtube and mr.husband try nak repair sendiri, tapi still tak ok jugak πŸ™

lastnya, hantar repair. but still kat atas tu ada line sikit, but its ok tak nampak sangat pon line tu..

lepas tv, kipas pulak buat hal. kali ni memang rosak terus haha. actually kipas ni lama gila dah, since my uncle Ayah Chir kahwin kot sekarang anak dia dah 23 years kot hahaa.. memang lama gila la, asalnya kipas ni dulu time me study kat MSU sempat la pinjam 3 years, dah pulangkan lepas habis study pastu Aimi plak cont study kat Intec Shah Alam pinjam kat Ayah Chir lepas habis study dia tinggal kipas ni kat rumah ni je sebab Ayah Chir pon memang dah tak pakai, at least ok la me letak kat bilik kecik tu takde la panas sangat.

lastnya, pergi la survey kipas kat Giant la Tesco, Aeon and online.. plan nak beli online je, sekali mr.husband cakap takpe la dia nak try cari dengan supplier so boleh la murah sikit dari harga kedai hehe.. dah tukar kipas ni, lagi lama la mr.husband duk main game sebab dah selesa kipas betul-betul bawah pc bahhahah!

sekali diuji bertimpa-timpa, dugaan betul. terus takde mood nak balik raya haha!

MUKMIN IKAN BAKAR ALAI CRYSTAL BAY, MELAKA

semalam, Mir ajak pergi Melaka. saja-saja g makan ikan bakar. ramai yang suggest Mukmin Ikan Bakar dekat Crystal Bay ni. nak ke Medan Selera Ikan Bakar Crystal Bay ni kena lalu kawasan perumahan. memula macam pelik jugak sebab kawasan perumahan belakang tu tempat makan..actually kat sini banyak gila kedai yang jual ikan bakar, so boleh pilih je yang mana berkenan. kebetulan kitorang sampai sana pon 8 lebih, ngam-ngam time orang dinner kan, memang penuh la.

ni pilihan seafood yang ada, alaskan king crab pon ada kat sini. harga dekat pic tu semua per KG. yang penting semua fresh la. sebab berdua je so order pon takde la banyak pon.

ketam telur masin

udang butter cereal

ikan pari bakar + ikan pari bakar berempah

semua sedap, tapi pari berempah tu rempah dia bagi kitorang macam tak berapa kick, and sambal dia letak pon tak banyak tengah makan me request tambah sambal tu lagi hahaa.. pari bakar biasa tu just cicah dengan air asam, sedap. total ikan pari bakar sekor 1.2kg + udang 6 ekor size besar + ketam 2 ekor besar RM80. kalau korang nak makan ikan bakar boleh la try kat sini, takpon pilih je kedai area situ berlambak..

MUKMIN IKAN BAKAR ALAI

Jalan Alai Perdana 8, Alai, MelakaΒ 

operation hour :Rabu – Isnin (dinner)

 

 

GM DIET

this time rajin plak nak buat GM Diet.. last buat 2 minggu lepas, tu pon buat yg 5 days je.. this time pon me buat yang 5 days jugak. senang buat time weekdays, weekend boleh jalan-jalan cari makan ngan mr.husband bhahaha!

DAY 1

fruits only + wonder soup

me makan rock melon + korean pear + apple. and macam biasa buat wonder soup jugak.

DAY 2

fruits & vege + wonder soup

rock melon + orange. sayur plak me buat sayur campur goreng je, letak kacang buncis + cauliflower + carrot + oyster mushroom

DAY 3

banana & milk + wonder soup.

banana macam biasa boleh makan 6-8pcs. tapi me makan 6 pon dah kenyang, 6 tu termasuk buat banana smoothies and banana yogurt. sebab tak suka minum susu, so me ganti dengan plain yogurt. plain yogurt tu me letak pisang yang dah dilenyek-lenyek tu and campur yogurt je. but this time me saje didihkan fresh milk skitΒ  dah suam me letak plain yogurt tu and letak pisang dah dilenyek tu and simpan 1 malam, esok makan memang sedap.

DAY 4

beef/chicken/fish & vege + wonder soup.

me grilled ayam ni guna resepi ayam panggang ala kenny rogers. not bad, sedap resepi ni. and vege tu me grilled je sekali senang cepat skit. biasa sebelum ni 2 kali makan ayam ni, tapi kali ni makan untuk lunch je, malam makan vege tu je sebab macam dah kenyang sangat.

DAY 5

brown rice & vege & fruits + wonder soup.

macam biasa me guna beras herbaponi je, buat nasi goreng sayur. and makan buah korean pear + wonder soup. tapi biasanya last day memang dah malas nak makan wonder soup sebab kenyang makan nasi kot.

so total loss Gm Diet kali ni 1.7kg πŸ™‚ ok la kannnn.. yang penting buat gm diet ni memang tak lapar sebab tu me suka buat gm diet ni heheee..

LAKSA SARAWAK

pes laksa sarawak punya la lama dah beli tak terbuat je, weekend hari tu masa Mama semua ada plan nak buat dengan Kiki sebab dia pun suka laksa sarawak, tapi Mir bawa nasi kak wok plak untuk lunch, so cancel la buat laksa sarawak. semalam, alang-alang udang pon ada dalam peti ais, buat je la laksa sarawak.

firstly, me rebus ayam dulu. pastu dah masak, me angkat ayam tu sejukkan dulu sebelum dicarik-carik. air rebusan ayam tadi, me masukkan je terus udang. angkat udang, kopek kulit udang and blend.

sepeket pes laksa sarawak tu dlm 1 liter air & 200ml – 250ml santan, but me letak air dalam 900ml je, 900ml air tu termasuk dengan air rebusan ayam & udang tadi, and me campur sekali dengan kulit udang yang dah diblend. nak sedap lagi blend sekali dengan serai, tapi terlupa nak blend so me ketuk camtu je la serai tu. and biarkan mendidih, siap. tak payah tambah garam ke ape dah, biasa pon me buat tak tambah pape dah. sebab kuah dia just nice je.

kulit + tulang ayam pon me campak sekali dalam kuah ni bagi lagi flavor.

daun sup + limau. nak sedap pakai limau kasturi. tapi semalam mr.husband cakap takde limau kasturi, dia beli limau nipis jee..

sambal belacan. ni kebetulan memang dah ada stock kat dalam fridge, jimat masa nak tumbuk sambal belacan hehe.

tauge.

mihun. mihun ni just celur je.

isi udang

isi ayam yang dah dicarik

telur. telur ni me just letak kicap sotong je time nak goreng, saje nak bagi flavor skit. goreng nipis and potong halus-halus.

laksa sarawak with condiments

sepeket pes laksa sarawak tu boleh la untuk 6-7 orang makan camtu. so me bagi la kat jiran tetangga skit alang-alang dha buatkan..

laksa sarawak by NM

SALMON WITH LEMON SAUCE

last week, Mama & family datang sebab Ciksu & Uncle K nak pergi haji. so stay kat my house 2 days, and stay rumah Mir plak 3-4 days. dah semua kat sana, me pon stay kat rumah Mir sekali la hahaaa.. since Mir pindah aritu lagi janji nak buat salmon, now semua ada kena la tuntut kan hehee.. thank you Kakak!

salmon ni marinated dengan salt + blackpepper coarse + mixed herbs. then goreng atas pan je dengan olive oil. fuh, dia punya skins tu memang crispy gila la.

broccoli & carrot just boiled dengan salt skit, and yang lain raw salad.

dressing untuk salads, just mixed honey + lemon + black pepper coarse + olive oil + chili.

sauce for salmon plak, meltkan butter, perah sedikit lemon & a pinch of sugar. tu saje ada parsley lebih me tabur je haha.

table for 12

yumms!