GM DIET

actually dah 2 bulan nak try buat tapi, biasa la. selalu pikir, eh x lapar ke? boleh ke tak makan nasi seminggu? biasa tak makan nasi 1-2 hari dah pening kepala, takde energy. tapi bila tengok my friend, Annie buat dah masuk habis batch kedua terus rasa nak buat jugak. so, macam biasa la before nak start, me google la dulu buat research orang kata, so takde la nanti eh boleh ke makan ni, eh ni tak boleh makan ke.. kalau nak tau for more detail ape tu GM Diet, sila lah google ok.

DAY 1

fruits only. but no banana. so me makan la seberapa banyak buah. me makan apple, green apple, rock melon, papaya. lapar je makan, makan la sebanyak mana pon.

DAY 2

vege only. and boleh makan 1-2 potato for breakfast. so untuk breakfast me boiled potato and mash sikit sprinkle with black pepper and mixed herbs. untuk lunch and dinner makan sayur goreng. nak healhty make sure guna olive oil. tapi takde olive oil me belasah je corn oil. and yang macam sup sayur tu nama dia wonder soup.

DAY 3

vege and fruits only. makan la segala buah dan sayur kecuali pisang.

DAY 4

banana n milks. tapi me sejenis tak reti dan tak boleh nak telan susu susu ni me ganti dengan yogurt. so menu untuk hari ke 4 smoothie banana yogurt, banana yogurt, banana and wonder soup. serious macam paling mencabar hari ke 4 tapi bila dah makan pisang 4-5 biji pon dah rasa kenyang. smoothie and wonder soup tu sangat membantu. yogurt tu macam blur jugak nak buat camne, memula campak je pisang dalam plain yogurt tapi tak leh nak telan plak.. so me decide blend je yogurt + banana and sejukkan sekejap. walaaa.. sedap weh.

DAY 5

meat and tomato. so boleh la nak makan ikan ke ayam ke daging. kalau x nak boleh makan nasi. tapi me pilih untuk makan ayam. sehari tak boleh lebih 500gm. me buat grilled chicken untuk lunch and dinner tu pon mengenyangkan. sambil tengok tv boleh makan tomato hehee..

DAY 6

meat and all vege except potato. kebetulan weekend, so masak best sikit sebab mr.husband ada kat rumah. buat skewer chicken+vege, grilled chicken and vege.. tak dilupakan wonder soup mesti ada.

DAY 7

rice, vege and fruits. last day boleh makan nasi. boleh je nak makan nasi dengan lauk sayur tapi macam tak menarik, me buat nasi goreng sayur. ayam daging segala tak boleh. senang cite nasi goreng sayur la nama dia, letak carrot, mushroom, pak choy and cabbage. oh ikutkan kena makan brown rice tapi me tukar beras faiza herba ponni, first time try not bad jugak. kalau boleh telan boleh la next month tukar beras ni plak hehee, healthy sikit.

wonder soup

wonder soup ni dari day 1 sampai ke last day, day 7 korang boleh makan setiap hari. kalau lapar je makan ni tapi biasa me buat sikit je la sebab masa first day kemain takot lapar buat la banyak sekali 3 hari kot baru boleh habis. lepas drp tu start buat sikit je untuk 1-2 bowl je sehari. actually wonder soup ni macam kobis masak tumis air tu je. tapi lagi sedap kot sebab resepi dia kena letak celery, capsicum, tomato and cabbage. ikutkan resepi masak lama lama biar sampai lembut, tapi me suka masak sekejap je. best sikit nak kunyah sayur tu heheee.. nak resepi wonder soup, boleh je google.

finally, dah last day. memula nak buat risau macam macam tapi akhirnya berjaya jugak habiskan seminggu. GM diet ni untuk seminggu je tau, jangan sesuka hati nak g buat 2-3minggu pulak. dah habis seminggu boleh gap 2weeks, takpon nak buat sebulan sekali pon boleh. total loss 2.4kg ok la kan even takde la banyak sangat pon.. I am happy with the result, and I will eat healthy after the diet, insyaAllah.. My goal now is to lose another 5-6kg untuk kembali ke berat 5 tahun lepas HAHA harap berjaya la.

3 comments

Leave a Reply